Tuesday, November 20, 2012

We're Weak..Too Weak

Assalamualaikum and salam sejahtera. nak merapu ley? Seri ngan Bangladesh and Hong Kong, tewas jugak dengan Hong Kong. tu je match yang aku up to date. why? sebab matriks aku jadi terpisah dengan dunia luar. aku tak tahu apa-apa pasal dunia luar. tajuk atas tu untuk skuad Harimau Malaya. tapi aku tak boleh la nak komen banyak. aku ni amatur, cakap lebih nanti orang kata bajet pro pasal bola sepak. haha, in my opinion la kan, kita tertinggal sangat jauh kebelakang. tapi orang masih nak pertahankan bola sepak kita ni.

So, yang aku nampak ketara la lemahnya  skuad Harimau Malaya kita ni dekat part konsistensi. kita ni sama macam skuad England sekarang. menyerlah untuk kelab tapi malap untuk negara. macam contoh aku perhati Safee Sali la, kita biasa dengan dia penyerang berbisa untuk kelab Pelita Jaya. tapi bila masuk untuk peringkat negara, dia seolah-olah sedikit longlai dan hilang penyudah berbisanya. this is recently my scouting result. tak tepat sangat pun. kalau lihat masa edisi AFF yang lepas, fuhh bukan main power lagi dia ni. tapi still aku respect dia sebab tanpa dia jugak la tak mungkin kita ada barisan penyerang berkualiti. even kita ada brader Mat Yo, Safee Sali gak yang kita harap boleh jaringkan gol.

Pilihan pemain juga main peranan. kenapa Kelantan dominan untuk tahun-tahun kebelakangan ni? Selangor pulak kejap hebat kejap merudum? kekuatan bangku simpanan, ataupun dalaman adalah faktornya. kita selalu lihat Safiq Rahim dan Amar Rohidan yang akan main peranan untuk bertahan dan kawal game. tapi bila kita kehilangan salah seorang daripada mereka, kelihatan bahagian midfield Malaysia sangat goyah. Badrol Bakhtiar lebih banyak menyerang berbanding mengawal. dengan ketiadaan Nazmi Faiz, pilihan bahagian tengah bergantung kepada pemain yang kurang konsisten.

Tiada pelapis berbakat. dalam situasi ini, bahagian serangan paling kronik. aku pun tak nak la cakap apa. just aku jarang la lihat pemain selain Mat Yo, Safee dan Zaquan Adha untuk membarisi bahagian serangan Malaysia. serius aku cakap, aku cuma tahu ada 3 orang player serangan tetap, dengan Fakri Saarani pun aku jarang nampak. tak tahu la. tapi ni la lemahnya kita, bergantung kepada pemain yang sudah terbukti dan tak berapa nak berani bereksperimentasi dengan player yang berbakat tapi jarang diturunkan. contoh paling jelas adalah skuad samba Brazil. mereka kini sedang dalam pembikinan semula selepas berakhirnya era emas yang memiliki Ronaldo, Ronaldinho, Cafu, Rivaldo dan sebagainya. pendekatan berani mereka perlu di ambil sebagai contoh kepada pasukan Malaysia.

Komen ni pun tak layak sebenarnya untuk dikomenkan sebab bukan pandangan profesional, mereka lebih tahu dan paham tentang selok belok bola sepak ni. zaman kegemilangan kita sudah lepas. Malaysia sudah melepasi tahap terbaiknya. komen ni bukan untuk mengutuk tapi cuba untuk membina balik pasukan kebangsaan kita. siapa yang tak nak tengok Malaysia jadi juara Asia? juara Piala Dunia? prospek seperti Nazmi Faiz Mansor perlu diambil kira dan mana-mana pihak perlu menyerlahkan bakat pemain akademi mereka sendiri untuk kepentingan bola sepak negara. majulah sukan untuk negara.

p/s: akhirnya!