Tuesday, November 26, 2013

Idea Untuk PRU UniMAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera. kembali menulis untuk beberapa bulan selepas aku meninggalkan semuanya dengan selamber. bermakna aku tinggalkan blog ni je lain-lain masih lagi in contact. apa aku nak tulis ni keluar masa aku tengah dalam bas nak ke kelas di Kubang Gajah. mantap punya idea even mengarut tahap apa entah. mari kita lihat apa yang aku fikirkan pagi tadi, tak nak tidur punya pasal la ni.

PRU = Pilihanraya Universiti

PRU pertama untuk aku, sebab first time kan masuk u lagi-lagi u paling hujung di semenanjung tanah melayu ni. came off with several ideas that might be mengarut, sort of mengarut. tapi worth untuk aku tulis masa tengah-tengah bosan ni. beberapa idea akan ditulis dalam bentuk point. bukan reti mana nak tulis panjang-panjang.

1. Wujudkan 2 buah parti sepertimana yang wujud di negara ini. kalau kita ada parlimen, untuk U kita boleh tukar untuk jawatan. tak salah bukan? kedua-dua parti perlu bertanding,termasuklah presiden dan yang menang akan memimpin di atas,menjadi yang dipertua MPP yang baru. untuk mudahkan kerja,kita ada dua parti, A dan B yang akan bertanding. semua pemegang jawatan dalam parti tersebut akan bertanding, sama macam PRU 13 baru-baru ini. menang mereka akan memegang portfolio jawatan mereka. untuk ADUN ea, aku terfikir untuk dipertandingkan di setiap kolej kediaman. contohnya UniMAP ada Wang Ulu, Sungai Chucuh, Simpang Empat dan beberapa kolej kediaman lain seperti Kampung Wai, Taman Bahagia, Taman Semarak dan sebagainya. pemegang jawatan di setiap kolej kediaman akan menjadi bagaikan ADUN dan akan ada satu jawatan dipertandingkan untuk menjadi sebahagian daripada board MPP yang membawa suara aduan atau apa sahaja yang rasional kepada pihak atasan. easy, sama seperti sistem perlembagaan Malaysia kita ni.


2. Wujudkan 'SPR' sendiri, badan yang mengira, mendaftarkan calon dan beberapa kerja yang dilakukan oleh SPR Malaysia. syok la bila kita dapat tengok penamaan calon yang diuar-uarkan di corong radio UniMAP, macam alive la PRU ni kan. maybe akan menelan belanja yang sedikit banyak tapi masih lagi berbaloi untuk dilaksanakan. boleh dengar bila nak PRU, boleh dengar ada penipuan dan undian ke tak dan sebagainya. kiranya SPR ni akan jadi satu badan yang berkuasa ketika pilihanraya sama ada untuk membatalkan kemenangan atau membuat PRK kalau-kalaulah MPP dan ahli-ahli jawatankuasa kolej kediaman sedia ada buat hal dan dilucutkan jawatan.

3. Mewujudkan satu media massa yang boleh melaporkan bukan sahaja pasal PRU, tapi pasal isu-isu semasa universiti pada setiap masa. maybe taklah setiap hari tapi kalau jadi macam Harakah 2 kali seminggu ke pun dah cukup best. masa ni la surat khabar ni dipenuhi propaganda kedua-dua parti, dengan manifesto nak ubah paradigmanya la (no offense), nak tambah water cooler dekat setiap aras la (no offense again) dan macam-macam lagi. tu cerita masa matriks tapi sekarang dah masuk u tak adalah manusia nak buat manifesto macam tu ye dak?

4. Kita dah ada ahli MPP dari dua parti yang berbeza kan, why not kita wujudkan parlimen yang bersidang seminggu sekali pada hari sabtu je. sebab kalau hari lain takut kacau waktu belajar MPP ni kan. sama juga untuk jawatan di kolej kediaman cuma kalau MPP punya buat dekat main campus dan AJK kolej kediaman buat di kolej kediaman masing-masing. ada parlimen ni yang acah-acah parlimen semua perwakilan bolehlah menyatakan masalah, cadangan untuk memperbaiki universiti atau apa-apa sahaja isu. kalau ada perbentangan bajet pun macam best tapi tak mungkin la sebab kalau ada pembentangan bajet mana parti-parti ni dapat duit kan. unless kalau bajet tu NC sendiri yang umumkan dan yang dipertua MPP cuma menyampaikan sahaja apa yang disampaikan oleh NC u masing-masing.

5. Lastly yang maybe menarik maybe tak, bakal lahirnya macai untuk setiap parti. nanti nampaklah ada yang obses menyokong sebelah pihak. dalam struktur PRU ini juga kita akan lihat apa yang boleh dikatakan pimpinan paling lama. aku tak tahu nak cakap macam mana tapi contoh dia sama macam Barisan Nasional. cuma menyebut contoh sahaja dan untuk kali ke tiga, no offense. boleh la nanti kita lihat flash mob tolak parti A terima parti B, itu ini dan sebagainya. kita pasti akan melihat aktiviti bernama rusuhan nak BERSIH satu hari nanti

Dalam idea ini, aku sengaja je fikir macam ni dan berimaginasi apa yang akan berlaku. mari aku kecilkan skop untuk UniMAP, universiti aku sekarang. untuk idea pertama, aku katakan begitu kerana universiti kami ni bukan 100% jurutera semata-mata.ada juga R&D engineer dan ada juga enterpeurnership (maaf aku tak reti nak eja langsung) ataupun bisness dalam kejuruteraan. jadi jika ada jawatan bendahara MPP, mereka boleh pegang. untuk IT atau kebudayaan atau yang tak berkaitan dengan apa yang kami belajar, ini bergantung kepada presiden MPP untuk cungkil bakat orang bawahan mereka untuk jawatan tersebut.

Idea kedua dan ketiga lebih kepada kita mahukan ketelusan dalam PRU walaupun aku tak pernah pula la dengar ada penyelewengan dalam kiraan undi. apa yang aku boleh cadangkan untuk UniMAP ialah tolonglah unblock TuneIN untuk bolehkan kami dengar radio UniMAP FM. jadi tak perlulah anda nak bazir duit untuk tubuhkan surat khabar dan dah jimat satu kos. jika dua badan ini boleh menjadi telus dalam kerja mereka, nescaya PRU akan jadi model contoh untuk SPR sebenar pada masa akan datang.

Idea keempat lebih kepada meniru dunia sebenar. manalah tahu kan mereka ni dapat jadi ahli parlimen sebenar ke an atau ADUN di negeri masing-masing. itu bukan impossible, kita tak mampu nak predict masa depan.kalau dapat mereka perlu bersyukur sebab mereka dah pernah ada pengalaman dalam perkara parlimen, debat, pembentangan idea dan sebagainya. untuk idea kelima ni tak logik la sebenarnya, cuma penambah perisa dalam masakan kehidupan ni. kalau terjadi tak apa, lebih bagus sebenarnya.

Apa-apa pun, ini sekadar pembentangan idea sahaja. apa-apa kena rujuk balik kepada KPM agar mereka boleh laksanakan perancangan ini. taklah bernas tapi boleh dimantapkan lagi. apapun sekadar ini sahaja penulisan pada kali ini. ada idea aku tulis lagi dan post dekat sini. sekian

p/s : lamanya tak menulis blog ni. rasa jari ini bersenam semula.