Wednesday, January 23, 2013

Curi, Mencuri, Pencuri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. hari ini aku nak cakap sikit je la pasal something that interesting.mula-mula, cukupkah RM 1 juta bila kolej nak baiki banyak benda yang aku anggarkan lagi mahal daripada RM 1 juta. lantaklah pasal benda tu. yang aku nak ketengahkan adalah pasal kes kecurian yang makin menjadi-jadi di KMNS ni. bukan nak burukkan nama kolej. tapi macam teruk je kali ni.

Firstly, 3 blok hilang serentak. B5, B3 dan C4. menurut info-info semasa la ye. kemudian cerita paling top B5 sebenarnya. dua aras hilang, 3 dan 4 kemudian banyak sangat hilang. ramai yang syak budak baru masuk B5 sebab budak-budak B1 baru masuk. tup tup terus ada kes curi. mau tak kena syak diorang ni. tapi yang menariknya, aku tertanya-tanya tidakkah mereka terfikir pasal sesuatu?

Yang aku maksudkan  ialah bila dia menghabiskan duit dia yang dari duit curi tu, dia tak terfikir ke yang dia pun salurkan dosa dekat makcik-makcik, pakcik-pakcik kafe yang kerja dekat sini. mari kita cuba bina analogi or mungkin satu link yang memang sebenarnya maybe boleh berlaku.

Ok, dia dah dapat duit tu. dia buat makan untuk diri dia. pulak dah dia ada awek pulak. mau tak mau kena la belanja awek dia. maklumlah, baru nampak macho bila belanja perempuan ni. so, dia beli, bayar guna duit haram dan bagi awek dia makan. yang terima duit tu pula cakap, 'syukur rezeki masuk' tanpa mengetahui yang duit tu bersumberkan sumber yang haram. dia pun dapat gaji dan ada sikit duit haram tu. pekerja tu pula balik la. beli barang basah semua alang-alang kebetulan anak dari perantauan nak balik. anak tu pula dah kahwin kan. pekerja ni pun bagi la anak dia makan daripada sumber yang ada duit curi tu.

Banyak kan link dia? dah macam food web pun ada aku tengok. tak kira lagi kalau dia ada belanja makan kawan-kawan dia lagi. amboi der, ramainya yang makan duit haram kau tu. ha, aku pun da expect kes ni akan meningkat lagi-lagi bila gaji lambat masuk ni. duit dah habis, hidup gaya mewah tapi duit kena kopak dengan awek je. padang muka kau la kne kikis dengan bunga yang tak tahu siapa kau sebenarnya.

Statistik or sebenarnya pemerhatian sendiri menunjukkan bahawa kes meningkat seiring dengan peningkatan hari pada setiap bulan. orang tak ada duit, terdesak, nak bajet banyak duit depan awek lagi. memang ni la jalan paling senang. tahniah kepada dia la sebab dah bagi anak orang makan duit haram.

Akhir kata, mencuri itu dosa la. memang la dosa, tapi nampak dah kan kenapa hukum hudud kata potong tangan bila mencuri? ha, jadi, muhasabah la diri tu sebab sekali tersesat, jika tidak kembali ke pangkal jalan atau bertanyakan orang lain tentang jalan yang benar, kita akan sesat selama-lamanya  didalam kegelapan dunia ini.

p/s: menyampah aku dengan pencuri cilaka lahanat super duper stupid ni.