Saturday, December 15, 2012

Lets Talk About My Research....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. lama tak update blog. jadi aku pun dengan bangganya nak update blog ini setelah lama dibiarkan bersama debu-debu IT. about PSPM 1, aku dapat pointer yang ok la. lepas la aku punya target. berbalik kepada tajuk entri kali ini, aku nak membincangkan satu topik tentang research BI aku. yakni 'It is relevent if students involved in politics?' menarik? ni adalah idea aku sendiri selepas ditapis daripada 8 idea sedia ada. tapis dengan segala penapis termasuklah penapis air, dapat jugak tajuk nie.

Relevannya? topik ni aku bangkitkan setelah tertengok Perhimpunan Agung UMNO la. gara-gara aku tengah belajar, mereka ada jugak ajak perwakilan UMNO luar negara seperti dari Jepun, UK, Australia dan lain-lain negara yang ada students Malaysia di negara mereka. sebab lain jugak adalah perhimpunan BERSIH, tak kira point yang mana. sama je semuanya. mereka ni memang la membawa nama parti sokongan masing-masing tapi perlukah time tengah belajar lagi?

Ketidakrelevenan 1, sebab tengah belajar. boleh dikatakan ramai yang terlibat politik semua bukannya siswa siswi biasa je. mereka terdiri daripada mereka yang telah berkejaya. tak ke rasa rugi bila diberi peluang untuk belajar kita pergi berpolitik? jangan hampakan parents kita nie. bagi mereka merasa pemberian ikhlas anda dulu baru dok pikir pasal politik semua nie.

Ketidakrelevenan 2, awal sangat. orang macam Anwar pun join politik masa dia dah habis belajar. Dr. M apatah lagi. mereka ni mahirkan diri dalam bidang masing-masing dulu sebelum terlibat. kita nie, nak makan pun kena suap lagi. kencing pun bersepah lagi ada hati nak masuk aliran politik nie.even jadi perwakilan pun rasanya tak perlu la sebab dah bawak kita selangkah ke dalam kancah politik.

Ketidakrelevenan 3, takkan dihargai. confirm la yang ni. sebab hang demo macam mana pun, hang kempen macam mana pun sampai parti hang menang, hang takkan dihargai. itulah yang pasti. sebab orang atas ni biasanya nak mandat daripada rakyat. so, tak tau la kalau anda berkempen, parti anda menang, leader parti anda terus mengenali anda.

So, as a conclusion, terlibat dalam parti politik pada awal waktu yakni time study memang tak releven. melihat kepada persepsi negetif dan positif, lebih banyak negetifnya daripada positifnya.

p/s: time update la nak blackout bagai. kejadahnya.