Wednesday, February 29, 2012

Projek Lynas - Makan Untung atau Makan Tuan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. mula-mula aku nak cakap yang topik kali ini serius dan menyentuh sedikit isu politik dan kepentingan rakyat. jadi, mana-mana pembaca tak nak baca benda-benda serius, tak apa. boleh baca post lain. tapi post ini banyak berkait dengan masalah negara (tengok tajuk pun tahu). so, siapakah Lynas ni? dari mana dia datang? apa dia buat dekat sini? sikit-sikit aku terangkan dengan ringkas supaya  tak akan ada yang akan makan panadol sampai sepapan. 


Lynas atau nama syarikatnya, Lynas Cooperation Ltd. adalah syarikat perlombongan Australia yang melombong apa yang kita panggil sebagai nadir bumi (rare earth). Ada dua operasi utama, melombong di Bukit/Gunung Weld dan memproses bahan buangan di Gebeng, Kuantan.


Apa pula rare earth atau nadir bumi ni? siapa-siapa yang belajar kimia mungkin tau mungkin tak tahu (aku memang tak tahu. baru-baru je) yang rare earth ni ada dalam periodic table.


tengok betul-betul.


Rare earth merupakan satu set 17 elemen kimia didalam periodic table. secara khususnya ialah kesemua Lanthanide berserta Scandium dan Yttrium. ok la kalau kita lihat begini saja kan. benda mudah buat apa kita nak susahkan. tapi kita kena tahu juga apa yang kita akan proses di Gebeng tu nanti. 


Bahan buangan yang dimaksudkan pula bernama gypsum, mengandungi thorium pada skala yang besar (highly concentrated). thorium pula dalam periodic table menggunakan simbol Th. anda boleh lihat diatas sana. apa pula thorium nie. dewa Norse kah yang selalu menurunkan petir? melawak sudah. thorium merupakan bahan radioaktif semula jadi yang dijumpai pada tahun 1828 dan diberi nama sempena nama Thor, dewa petir kaum Norse (eh, betul pula).


Bahan kimia Actinoid ini ada bahayanya terhadap alam sekitar. dipetik dari Wikipedia:


Powdered thorium metal is pyrophoric and will often ignite spontaneously in air. Natural thorium decays very slowly (14 juta tahun ++) compared to many other radioactive materials, and the alpha radiation emitted cannot penetrate human skin meaning owning and handling small amounts of thorium, such as a gas mantle, is considered safe. Exposure to an aerosol of thorium can lean to increased risk of cancers of the lung, pancrease and blood, as lung and other internal organs can be penetrated by alpha radiation.Exposure to thorium internally leads to increased risk of liver diseases.


Hayok, tak tahu. kalau terbakar, habis satu Gebeng tu. nak tengok tak apa mat saleh yang seorang ni bagitahu dekat kita:


Tak suruh pun undi pembangkang. tapi fikir la. kenapa orang Aussie sendiri tak nak terima projek ini sedangkan kita senang-senang terima tanpa alasan yang kukuh. hanya sebab IAEA kata bahan buangan tu selamat, kita terima. ceh, dasar tak kaji dulu punya orang.

Sememangnya apa yang boleh dikatakan adalah benda ini selamat kerana paras radiasi pada tahap normal (tak bahaya), tapi ada beberapa aspek penjagaan alam sekitar yang perlu dipatuhi syarikat Lynas dalam hak ini. peraturan di Australia yang ketat menyebabkan mereka beralih arah ke Malaysia yang tak ada la ketat sangat. duit masuk masyuk sudah tapi rakyat selamat jalan beramai-ramai.

Aku tak pandai olah ayat, tapi mari kita baca kata-kata ahli parlimen Kuantan sendiri:


“Lynas mendapat lesen di Australia tetapi mereka tidak memilih untuk membuka kilang di sana kerana peraturan yang ketat dalam aspek menjaga alam sekitar.
“Ada 41 komitmen yang perlu dijaga dengan pelbagai aspek melalui agensi Lembaga Pemuliharaan Alam Sekitar (EPA).
“Di Malaysia badan pengawalnya ialah Agensi Tenaga Atom Kebangsaan (AELB) yang hanya memikirkan kesan radiasi dan tahap radioaktif. Namun, AELB tidak dapat berfungsi seperti EPA kerana sekatan perundangan dan penguatkuasaan yang lemah dari Kerajaan Malaysia sendiri,”
Justeru itu beliau menyatakan tindakan Lynas itu jelas bertujuan untuk memanipulasi undang-undang alam sekitar di Malaysia yang longgar.
“Di Australia, zon penampannya (Buffer Zone) ada dalam radius 30 km, dan tak boleh ada penduduk. Di Gebeng ada 70 ribu penduduk dalam radius 30 km itu. Kami bimbang Lynas mengambil kesempatan dengan undang-undang Malaysia,” jelasnya.Fuziah menambah, tidak ada kilang yang menjadi rujukan bagi pembinaan loji tersebut, justeru kerajaan Malaysia tidak boleh membuat sebarang keputusan untuk membenarkan industri yang bakal mengundang bencana.

Ops, ada garis panduan yang tidak dipatuhi. haha, jangan jadi zombi Gebeng sudah lepas ni. sampai kesudah la aku tak nak turun kuantan lepas ni. kalau kena mutasi jadi Hulk ok lagi la. tapi kalau boleh cacat 7 keturunan aku tak nak lah.

So, sedikit penerangan yang tak seberapa ni, ada tambahan lagi. sudah ramai yang mula membantah projek ni. sebab merbahaya. mana pergi kerajaan Malaysia? duduk goyang kaki je ke? makin aku tak paham, dalam pengurusan sisa radioaktif, bukan setakat perlu menjaga kesan radioaktif. tapi fikirkan juga penduduk sekitar. nak jadi macam Fukushima ke nak jadi macam Chernobyl yang dah tak ada orang duduk sampai sekarang.

Dalam tempoh ini, bantahan berterusan dari orang-orang Kuantan meyakinkan ramai pihak bahawa projek ini terlalu bahaya. sedangkan masa pembinaannya  pun ada masalah. retak sana sini. dah siap, tengah pakai entah-entah meletup kilang ni. dah satu Pahang kena kuarantin. baru la time tu kerajaan kata "kita silap besar dulu masa terima projek ni". Hak tui!!!

Perhimpunan Hijau 2.0 yang paling giat (aku rasa la) membantah pembinaan kilang nie. sedia maklum untuk semua, bila semua orang membantah, bukan satu bantahan kosong. mereka berkata setelah mengkaji secara mendalam tentang isu ini. kalau tak, tak ada yang bantah.


Ok la. apa-apa pun, aku berkata setelah selidik secara luaran sahaja kerana aku pun tak ada la pandai mana nak kaji dalam-dalam. ada update dalam masa terdekat pasal projek ini bakal di-post-kan dalam blog ini. nilailah sendiri. mana la tau yang baca asal Gebeng ke, kampung dekat situ ke an. nak ke anda gadai nyawa duduk situ? tak nak kan. bagi mereka yang tak puas hati dengan post ni, mungkin info tak banyak kan, cari la dekat mana-mana blog yang concern pasal Lynas ni. aku harap duit bukannya tujuan utama kerajaan terima projek yang boleh bunuh ribuan nyawa dalam jangka masa panjang.

p/s: panjang, nak kata serius, boleh la. aku pun manusia ada perasaan bukannya boneka.

Tuesday, February 28, 2012

Yuna-Terukir Di Bintang



Lyrics:


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

p/s:beliau tercalon dalam Nickelodean Kid's Choice Award bagi kategori Favourite Asian Act.

Sunday, February 19, 2012

Train-Drive By



Lyrics:

On the other side of a street I knew
Stood a girl that looked like you
I guess that's deja vu
But I thought this can't be true
Cause you moved to west L.A or New York or Santa Fe
Or where ever to get away from me

Oh but that one night
Was more than just right
I didn't leave you cause I was all through
Oh I was overwhelmed and frankly scared as hell
Because I really fell for you

Oh I swear to you
I'll be there for you
This is not a drive by I-I-I-I
Just a shy guy looking for a two ply
Hefty bag to hold my I-I-I-I love
When you move me everything is groovy
They don't like it sue me
The way you do me
Oh I swear to ya
I'll be there for ya
This is not a drive by

On the other side of a downward spiral
My love for you went viral
And I loved you every mile you drove away
But now here you are again
So let's skip the "how you been"
And get down to the "more than friends" at last
Oh but that one night
Is still the highlight
I didn't leave you until I came to

Oh I was overwhelmed and frankly scared as hell
Because I really fell for you

Oh I swear to ya
I'll be there for ya
This is not a drive by
Just a shy guy looking for a 2 ply
Hefty bag to hold my love
When you move me everything is groovy
They don't like it sue me
The way you do me
Oh I swear to ya
I'll be there for ya
This is not a drive by

Please believe that when I leave
There's nothing up my sleeve but love for you
And a little time to get my head together too

On the other side of a street I knew
Stood a girl that looked like you
I guess that's deja vu
But I thought this can't be true
Cause

Oh I swear to ya
I'll be there for ya
This is not a drive by
Just a shy guy looking for a two ply
Hefty bag to hold my love
When you move me everything is groovy
They don't like it sue me
The way you do me
Oh I swear to ya
I'll be there for ya
This is not a drive by

Wednesday, February 15, 2012

Coldplay-Hurts Like Heaven



Lyrics:

Written in graffiti on a bridge in a park
'Do you ever get the feeling that you're missing the mark?'
It's so cold, it's so cold
It's so cold, it's so cold

Written up in marker on a factory sign
'I struggle with the feeling that my life isn't mine'
It's so cold, it's so cold
It's so cold, it's so cold

See the arrow that they shot, trying to tear us apart
Take the fire from my belly and the beat from my heart
Still I won't let go
Still I won't let go

Of You
Ooohooh

(...)

Oh you, use your heart as a weapon
And it hurts like heaven

On every street, every car, every surface a name
Tonight the streets are ours and we're writing and saying
'Don't let them take control
No, we won't let them take control'

Yes, I feel a little bit nervous,
Yes, I feel nervous and I cannot relax,
How come their out to get us
How come they're out when they don't know the facts

So on concrete canvas under cover of dark
On a concrete canvas, I go making my mark
Armed with the spray can soul
I'll be armed with the spray can soul

You
Ooohooh

Oh, you
Ooohooh

Yes, you
You use your heart as a weapon
And it hurts like heaven

Woho-ooh
Woho-oooh

It's true
When you
Use your heart as a weapon
It hurts like heaven

Sunday, February 12, 2012

Luis Suarez....Budak Nakal Baru EPL

Assalamualaikum dan salam sejahtera. tengok tajuk atas tu.... bukan apa la. tadi hang out main futsal dengan Faisal, Syamil, Imran, budak kolej Najib dan beberapa orang bawahan Imran yang lain. almaklum lah. malam tadi match Manchester United VS Liverpool. so kami debat la apa yang berlaku malam tadi. walaupun aku tak tengok (Astro tak ada ma) tapi aku dapat la bayangkan ketegangan malam tadi.

So berbalik kepada tajuk, memang Suarez yang buat hal malam tadi. Evra hulur tangan tapi dia tak nak salam. menunjukkan Suarez tak nak berdamai sikit pun dengan Evra. sedih. bukannya Evra yang tak nak salam. tapi Suarez. memang dia membawa reputasi 'kotor' nya dari Ajax ke Liverpool. antara yang pernah dia lakukan sepanjang kariernya ialah:

1. Menggigit bahu pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal dan digelar 'kanibal' oleh akhbar Belanda, De Telegraaf. digantung dua perlawanan oleh Ajax tapi dinaikkan kepada 7 perlawanan oleh FA Belanda.

2. November 2007, bergaduh dengan rakan sepasukan, Albert Luque. sebabnya rutin sepakan percuma yang gagal semasa menentang Feyenoord.

3. Perpindahannya ke Ajax dari Groningen  tidak berjalan lancar kerana memaksa perpidahannya dibuat.

4. Sikap panas baran dan muda melayangkan badan membuatkan dia menerima layangan kad. ini mengecewakan pengurus Ajax, Marco Van Basten.

5. Ingat lagi Piala Dunia 2010 ketika perlawanan antara Uruguay dengan Ghana? ye, kontroversi 'Hand of God' versi baru. menampan bola tandukan Dominic Adiyiah yang hampir pasti menjaringkan gol untuk Ghana.

Kontroversi antara Suarez dan Evra adalah begini:

Tuduhan:
Menggunakan perkataan kasar/menghina atau/dan bersikap kasar. ia termasuk merujuk kepada kepada etnik dan/atau bangsa dan/atau warna kulit Patrice Evra.

Dakwaan:
Evra menyatakan beberapa kali diejek dengan bahasa perkauman. mengadu kepada pengadil selepas perlawanan dan stesen televisyen Perancis. Suarez mengaku menggunakan perkataan 'negro' namun hanya sekali bukan sepuluh (seperti yang dikatakan Evra) dan bukanlah menghina kerana biasa digunakan di Amerika Selatan. Suarez turut merujuk kepada pemain Amerika Selatan memanggil Dirk Kuyt sebagai 'blondie' semasa latihan.

Hukuman:
Digantung 8 perlawanan dan didenda 40,000 Pound.

Tapi hukuman ni nampak berat tapi ada yang dapat lagi berat. contohnya Eric Cantona digantung 8 bulan dan didenda 10,000 Pound kerana sepakan Kung Fu terkenalnya terhadap penyokong Crystal Palace selepas dibuang padang. ha, ada banyak lagi jenis hukuman yang dikenakan. tapi mungkin ada yang tak terlalu berat. Kes John Terry dengan Anton Ferdinand juga sedang disiasat. dan sekali lagi JT dilucutkan jawatan kapten England. kemudian Fabio Capello pula meletak jawatan.

Rumusannya. Liverpool sebuah kelab besar yang penuh dengan sejarah. memiliki sejumlah 18 kejuaraan liga. sejarah dan reputasinya akan tercalar jika Suarez masih berada di situ.

p/s: sedikit sumber dari majalah WISEL!

Saturday, February 11, 2012

New Hobby Yaw!

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan jangan harap aku nak cakap salam yang lagi satu tu. hari ni aku saja nak update blog sebab dah ada yang bertanya "lama tak update blog?". haha, sori la. tak ada idea. so sebabkan aku dah ada idea nak cakap apa, meh aku cerita sikit.

Khamis lepas (080212), aku meng-follow ayah aku dalam satu hobi yang memang dah la dia suka. aku minat jugak tapi sebab ni salah satu hobi mahal, aku tangguhkan niat je la. tarikh tu aku dapat la sebijik road bike yang bernilai agak-agak RM 1400. mahal tu mahal la gak. tapi ayah aku pun mencari teman berbasikal. dia bagi la sebijik kat aku. rupa basikal aku :



Steady je basikal ni. haha. silver base dan merah serta hitam penambah rasa. cantik kot basikal ni. dengan teknologi Shimano menambahkan lagi kesedapan pada gear dan brake kat basikal ni. aku pakai basikal ni pun tak selaju ayah aku la. laju wooo. tak terkejar aku. basikal dia lak:


Black base mix with green with Shimano technology. ha, ambik kau. dua-dua nampak memang la lebih kurang sebab jenis sama. road bike. cuma aku punya Nexus ayah aku punya XDS. harga beza RM 400. sah-sah la ayah aku punya lagi mahal.

Beza dua-dua ni dekat berat sebenarnya. basikal aku berat sikit dari ayah aku punya. SE kowt ayah aku punya. aku still baru dalam arena ni. tapi tu la. baru-baru pun nak kena cepat suaikan diri dengan baik. aku harap dapat la kejar ayah aku dan cicirkan dia di belakang.

Dekat Bangi ni, ramai yang naik mountain bike. ye la, sini banyak jalan off-road dan nak yang on-road dekat sini payah. kereta banyak. so, lepas ni basikal da ada. aku nak cari helmet je. nak pergi Putrajaya lak. tak ada helmet kena saman wooo. fixie pun dengar cerita tak boleh masuk Putrajaya dah.

Tu je nak update sebenarnya. harap anda enjoy coretan ringkas ni.

p/s: tunggu la dalam 27 or 28 Febuari untuk coretan orang tunang. sape? jeng jeng jeng.....

Thursday, February 2, 2012

Rancangan TV yang Aku Minat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. bertemu lagi dalam coretan kali ini. bilamana kebosanan melanda diri, kita akan menjengah ke PC atau Laptop masing-masing bagi menghilangkan bosan. bila dah bosan dengan benda tersebut, kita akan capai remote TV rumah kita dan tekan pelbagai siaran untuk cari apa saja rancangan yang kita minat. ye dak?

Aku pun macam tu jugak. bosan dekat PC asyik main game je. aku akan buka streaming kat internet. kalau tak streaming pun aku buka www.gua.com.my nak tengok rancangan yang dah lepas (sekali je aku buka hari tu sebenarnya). ataupun aku akan ke youtube dan macam biasa la cari rancangan TV yang aku memang follow up. antara favourite aku ialah:

1. Maharaja Lawak (ASTRO).
Sori la der, memang cerita/rancangan ni dah lama habis. yang mega punya pun dah habis. tapi mega aku tak follow up. aku banyak tengok yang ni je. best kot. walaupun ade yang tak best langsung (cilake la Amir, kau buat ia jadi bosan untuk selama beberapa minit)


2. Top Gear (BBC).
Aku dulu follow rancangan ni sebab kat NTV7 pernah siar. lama-lama hilang dah rancangan ni. 3 orang lelaki, pelbagai jenis kereta mereka cuba dan pelbagai eksperimen mereka lakukan. memperkenalkan kereta-kereta baru dari pandangan mereka sendiri. seronok melihat mereka.


3. Worst Case Scenario (DISCOVERY CHANNEL).
Dulu ada rancangan ni dekat TV2. banyak cerita pasal how to survive bila kita berada dalam situasi tertentu macam sesat dekat gurun. banyak aku belajar dan dari situ gak aku baru tahu yang cactus boleh dimakan.


4. Seekers (NTV7).
Tahu tak kenapa aku suka tengok rancangan ni? sebab aku suka compare Seekers dengan lagi satu rancangan ni. memang susah benor aku nak percaya mereka sebab mereka ni senang cerita tak ada bukti saintifik untuk buat audience percaya yang mereka nampak hantu. setakat nampak sendiri aku pun boleh cakap aku nampak ada hantu jual kuih dekat situ.


5. Ghost Adventure (TRAVEL CHANNEL). 
Ni memang paling aku suka lah senang cakap. 3 orang, Zack, Nick dan Aaron. tiga orang yang selalu buat paranormal investigation di 'most haunted placed in US'. kadang-kadang mereka ke luar US macam Jamaica dan England. best sebab mereka bawa pelbagai alatan untuk buktikan yang hantu benar-benar wujud.



Itu je la coretan pada hari ini. sebarang kepelikan (typo) buat tak tahu je sebab aku pun manusia biasa juga.

p/s: just writing what in my head.

Wednesday, February 1, 2012

Faizal Tahir-Karma



Lirik:

Seumur hidup memang tak mungkin
Untuk aku terus bersamamu
Seumur hidup hanya untukmu
Menyakitkan memuaskan dirimu

Chorus
Halalkan segala makan dan minumku
Cari aku kira kau masih berani
Berdepan realiti
Hey hey jangan kau sentuh
Aku bukan boneka
Kamulah kamu
Aku bukan boneka
Kelak kau tahu
Lewat harimu


Lima tahun dalam kegelapan
Hari ini kau bebas berjalan
Lima tahun dalam kebenaran
Hari ini hari kamu dan aku

Ulang Chorus

Dan karma kan mengambil tempat
Menjemput kau buatku
Ku harapkan kau kembali

Hey hey biar kau tahu
Aku bukan boneka
Akulah aku
Aku bukan boneka
Kini kau tahu
Lewat hariku

Biar kau tahu
Aku bukan boneka
Akulah aku
Akulah aku
Kini kau tahu
Lewat hariku

p/s:pemenang tempat kedua AJL 26 hari tu