So berbalik kepada tajuk, memang Suarez yang buat hal malam tadi. Evra hulur tangan tapi dia tak nak salam. menunjukkan Suarez tak nak berdamai sikit pun dengan Evra. sedih. bukannya Evra yang tak nak salam. tapi Suarez. memang dia membawa reputasi 'kotor' nya dari Ajax ke Liverpool. antara yang pernah dia lakukan sepanjang kariernya ialah:
1. Menggigit bahu pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal dan digelar 'kanibal' oleh akhbar Belanda, De Telegraaf. digantung dua perlawanan oleh Ajax tapi dinaikkan kepada 7 perlawanan oleh FA Belanda.
2. November 2007, bergaduh dengan rakan sepasukan, Albert Luque. sebabnya rutin sepakan percuma yang gagal semasa menentang Feyenoord.
3. Perpindahannya ke Ajax dari Groningen tidak berjalan lancar kerana memaksa perpidahannya dibuat.
4. Sikap panas baran dan muda melayangkan badan membuatkan dia menerima layangan kad. ini mengecewakan pengurus Ajax, Marco Van Basten.
5. Ingat lagi Piala Dunia 2010 ketika perlawanan antara Uruguay dengan Ghana? ye, kontroversi 'Hand of God' versi baru. menampan bola tandukan Dominic Adiyiah yang hampir pasti menjaringkan gol untuk Ghana.
Kontroversi antara Suarez dan Evra adalah begini:
Tuduhan:
Menggunakan perkataan kasar/menghina atau/dan bersikap kasar. ia termasuk merujuk kepada kepada etnik dan/atau bangsa dan/atau warna kulit Patrice Evra.
Dakwaan:
Evra menyatakan beberapa kali diejek dengan bahasa perkauman. mengadu kepada pengadil selepas perlawanan dan stesen televisyen Perancis. Suarez mengaku menggunakan perkataan 'negro' namun hanya sekali bukan sepuluh (seperti yang dikatakan Evra) dan bukanlah menghina kerana biasa digunakan di Amerika Selatan. Suarez turut merujuk kepada pemain Amerika Selatan memanggil Dirk Kuyt sebagai 'blondie' semasa latihan.
Hukuman:
Digantung 8 perlawanan dan didenda 40,000 Pound.
Tapi hukuman ni nampak berat tapi ada yang dapat lagi berat. contohnya Eric Cantona digantung 8 bulan dan didenda 10,000 Pound kerana sepakan Kung Fu terkenalnya terhadap penyokong Crystal Palace selepas dibuang padang. ha, ada banyak lagi jenis hukuman yang dikenakan. tapi mungkin ada yang tak terlalu berat. Kes John Terry dengan Anton Ferdinand juga sedang disiasat. dan sekali lagi JT dilucutkan jawatan kapten England. kemudian Fabio Capello pula meletak jawatan.
Rumusannya. Liverpool sebuah kelab besar yang penuh dengan sejarah. memiliki sejumlah 18 kejuaraan liga. sejarah dan reputasinya akan tercalar jika Suarez masih berada di situ.
p/s: sedikit sumber dari majalah WISEL!
No comments:
Post a Comment