Sunday, July 31, 2011

Ramadhan kembali lagi!!!

Puasa la sok. peh, aneh gak la rse. mcm x lme tinggalkan bulan yg best nie. ye la, bulan camni la yang org pling ramai kejar pahala. ramai yang mintak nak lagi rasa Ramadhan utk tahun depan. dan memang ramai gak anak-anak muda yang rasa nak men mercun. nanti terpampang la kat dada-dada akhbar tragedi bulan puasa. ni sebab budak-budak salah konsep bulan puasa lah. tak patot betul. nanti ada la yang solat terawih 8 raka'at, 21 raka'at syap witir. ada gak nanti pakcik-pakcik akan lepak warung pas solat tuh (aku cakap sebab aku pna nmpk). haha, macam-macam gelagat la senang citer time2 bulan puasa nie.

Kalau nak citer pasal gelagat nie, tak yah pergi jauh-jauh la. tengok yang paling dekat, juadah berbuka. puasa berapa jam je. ade la lalu waktu subuh sampai maghrib. tapi nanti kalau nak buka tengok makanan atas meja. fuh, kalau meja tu ley jadi dua tingkat, memang penuh dua-dua tingkat tuh. nie pon satu gak, salah konsep. orang makan sebab nak isi perut yang kosong utk membolehkan wat ibadah solat yang lepas buka tu. nie tidak. syap qada' sarapan ngan lunch campur dinner sebab time dinner nak pergi masjid. perangai nie aku tak tau la sape yang buat tapi aku harap-harap tak berlaku la kat penulis nie sendiri.

Ade gak kalau kita lihat nanti, mungkin akan berlaku. de yang tak nak puasa. g kedai cina mintak nasi itik. haha. orang yang camni aku tak tau la nak cakap apa cuma satu je la nak cakap. puasa sebulan bukannya tak kasi makan langsung. lepas masuk waktu buka kan ley makan. ke silap tengok jam. dengar azan terus makan walhal baru masuk zohor. kalau kantoi gitu-gitu ngan orang bese tak pe. nie kalau kantoi ngan JAIS ke, lagi malu. tapi top gak la sebab dapat masuk surat khabar. front page lagi. da la kene tangkap, nek van jenazah lagi. kuang3. ape la nasib badan mereka tuh. len kali puase je lah. bukannya tak ley makan dalam masa sebulan pon kan...

Ni pon aku bese gak tengok time duduk umah lame dulu. gumpal duit, bakar baling dan meletup, boommm!! terkejut jiran sebelah menyebelah. duduk kat bandar dah tak dengar camtu lagi. mungkin sebab budak bandar tak berani nak kacau jiran-jiran tetangga. ingat lagi dulu time men meriam. peh, kalau sini berdentum, selang sepuluh rumah pon meletup gak. gila-gila. dulu sepupu aku men la meriam besi. paip besi mane nta ayah aku balon pastu gi buat meriam. mula-mula memang la ayah aku ngan pakcik aku yang men. last-last kitorang yang men. aku memang ngaku la. aku tak bakar dan aku tak masukkan karbait dalam meriam tu. almaklumlah, pengecut sikit dalam bab-bab yang ley mendatangkan kecacatan nie. ade gak budak-budak len yang main meriam tanah, meriam tin dan macam-macam lah. buluh je yang da lame giler aku tak dengar orang main. mungkin saiz buluh yang berpatutan tak de kowt. bab mercun tak yah citer, mercun bola satu paket besar habis gak la dalam seminggu baling kat jalan. nak baling tu tengok kiri kanan la an. kang ngah baling ade orang lalu mati kitorang kene pukul nanti. thunder clap la. mercun padi. mercun telur. memang tak de la pengalaman camtu kat kawasan bandar nie. kalau ade pon susa nak jumpa part mne yang diorang men tuh.

Last sekali, yang nie aku bese jumpa bile dah nak abis puasa. orang bagi-bagi makanan kat jiran-jiran. aku lupe ape ayat jawa dia. tapi lantak la. part nie la yang biasanya aku busy sikit. ya la, kene tolong macam-macam sampai kalau ada kerja sekolah pon aku abaikan habis-habisan. lantaklah ape nak jadi ngan kerja tuh. pastu kena hantar g rumah orang. besenye yang aku ngan ayah aku kenal je la. yang aku tak kenal, tengok je la lauk ape yang aku hantar ye. lain rasanye bile ade aktiviti camnni. sekurang-kurangnya tak de la aku tido je petang-petang an.

Aku tak yakin aku ley jumpa suasana camni lagi selagi aku duduk kat bandar. nak kata rindu rumah lama, da berduit dan kawin agaknya baru la aku rasa nak patah balik ke tempat aku dibesarkan. tempat aku eksiden dulu-dulu. tempat aku men parit dekat kawasan belakang kampung. ape lagi, merempit nek basikal. haha. so utk tahun  kedua puasa dekat bandar nie, aku kene la cube utk jadi cam kat kampung dulu. tapi bukannya letupkan meriam tuh. kang marah jiran-jiran kang. Ramadhan nie pon dengan orang baru an dalam famili so mungkin de kelainan utk Ramadhan kali nie. Ramadhan menjanjikan 1001 kebaikan kepada kita dan bergantung kepada kita sama ada mahu merebutnya ataupun biarkan sahaja ia berlalu sebagai bulan yang melaparkan kita. akhir kata, jadikanlah Ramadhan nie sebgai bulan utk menambahkan pahala kita. begitu juga dengan bulan-bulan lain. jadikan la Ramadhan kali nie sebagai batu loncatan utk kita berubah kepada yang lebih baik pada masa akan datang.

Saturday, July 30, 2011

Aku nak senang kemudian, tak nak sekarang

Em, dalam masa-masa terdekat nie, banyak pulak dugaan dan cabaran hidup. contoh macam lupe camne nak kira acceleration, ape tu normal distribution, ape yang berlaku dalam meiosis. haha, macam lawak tapi tu la yang berlaku sekarang nie kat aku. budak-budak aku nampak jer aku ngah normal, wat keje yang cikgu bagi syap gelak-gelak time buat. tapi dilema dalaman brader. tu yang gua tak tahan tu. pekse nak dekat dah. tapi satu bende pon aku masih lagi tercari-cari cara nak kuasai ape yang dipanggil point penting dalam pekse. aku tak nak la mencuba senang sekarang dan kesan masa depannya akan menghancurkan segalanya. baik aku susah sekarang daripada senang. kan3?

Bile aku pikir2 balek, ade betul jugak cakap ustaz aku yang sorang nie. beliau pernah berkata "lebih baik bersusah-susah dulu, nie nak SPM. susah-susah je tak ape. tapi anak-anak fikirkan kesan masa depan anak-anak. senang dikemudian hari.". baru ayat camtu dah buat aku fikir, mampu ke aku bertahan dengan kesusahan ini hingga keakhirnya? lama aku berfikir dan bermuhasabah diri. lama gak aku ley termenung untuk berfikir "berbaloikah aku berpenat sekarang daripada aku bertungkus lumus pada masa-masa akan datang?". akhirnya aku menemui satu jawapan yang membuatkan aku mula untuk bertarung dengan kepenatan.

Ya, aku yakin aku mampu lepas ujian dunia ni. biarlah aku bangun dah tak ikot time sangat sekarang pon, asalkan aku dapat ilmu yang aku baca dan aku tulis. lantaklah aku tido atas lantai ke mana ke asalkan aku dapat rest yang sedikit untuk bertarung untuk masa hadapan. tak kisah la sakit jari ke, demam ke sakit hati ke, aku nak jugak kejar ape yang aku impikan. apa yang dah aku rancangkan. lantaklah ape cikgu nak target aku untuk SPM nie tapi itu bukan alasan untuk aku menurunkan gred yang aku impikan. aku nak orang tahu aku duduk kelas last sains pon aku ley gak dapat sama taraf dengan apa yang budak kelas first dapat. aku masih lagi belum cukup 'panas' untuk SPM nie tapi bulan puasa ni la yang aku rasa paling sesuai untuk aku 'panaskan' enjin yang memang tak cukup panas nie. aku nak pecahkan tradisi yang mana belah mak ngan ayah aku tak pernah dapat.

Aku dah cukup rehat untuk F4 dan aku kene cepat 'panas' untuk F5 nie. aku tak nak tertinggal apa-apa pon ilmu yang cikgu bagi dalam kelas. setiap teguran aku akan consider as rangsangan untuk berjaya. setiap pujian aku akan terima sebagai ujian untuk aku mantapkan lagi kemampuan aku hingga aku mencapai tahap limit yang terakhir. bak kata pepatah "pantang maut sebelum ajal". jadi, aku tak nak rebah dulu sebelum aku sempat tamatkan perjuangan aku yang gans dan payah nie. akhir kata, pada yang membaca blog nie, yang seusia dengan aku, aku doakan korang berjaya untuk Spm kali nie. yang mungkin tua or muda daripada aku nie, doakan la kejayaan aku agar aku ley bantu korang balek pada masa hadapan. Thanks!!

Saturday, July 23, 2011

Kreativiti mengatasi pemikiran manusia biasa

Wah, ape keganas sangat tajuk tuh? haha. sebenarnya saja je tulis gitu sebab mane nak carik idea an time-time gini. tapi terlintas lak nak amek tajuk nie sebab..... camni citernye....

Mase nie, aku ngah la belek-belek pc aku yang dah tak berapa nak penuh nie. aku masok la dalam third partition (camne nak ayat nieh) hard disk aku. kirenye kat situ la aku simpan gambar, kat situ gak la hasil-hasil kerja aku dan gak music + muvi + vid klip. tetibe aku pon terbukaklah folder LP. dan aku tengok la balek vid klip 'Iridescent' diorang tuh. macam amat kreatif dan inovatif serta berdaya saing. lagi satu vid aku tengok 'New Divide'. mak aih, hensem gak nieh. ley ketengahkan kembali vid bertuah nie. pastu aku pon bukak la lagi satu vid klip Lp nie. nama dia 'Breaking The Habit'. tiga vid klip nie antara yang aku suka dan menjadi koleksi la senang citer. al-maklumlah, budak batak LP, camni la jadinye.

ha, ape kreatifnye vid nie sampai aku kate memang kreatif mamat-mamat dalam LP nie? kne tengok la gak an vid dia. tapi mesti kene tau dulu sape pencetus idea untuk rekaan set dan background vid klip nie. bese cume 2 orang jer. Joseph Hahn (Joe Hahn) dan Mike Shinoda. aku memang respect giler ngan diorang berdua kalau bab-bab kreatif nie. memang kerja diorang la yang kene pastikan vid klip nie nampak baru, tak cedok idea orang dan menampakkan kelainan dalam penonjolan genre music mereka kini. aku harap de yang enjoy bile tengok vid klip nie. ade satu lagi vid yang aku memang suka gak. 'Waiting For The End'. tak kurang hebatnye. selamat menonton dan klu nampak kelainan dalam vid klip nie. kci komen pon boleh.











p/s:mne yang dapat je la aku kasi

Sunday, July 17, 2011

Linkin Park - sape tak kenal!

Menggatal nak tulis pasal fav band sendiri. tgk la masuk blog je nampak Linkin Park depan mata. bukan ape, cume memang minat band nie sejak darjah 3 kalau tak silap. sebabnye satu je, terdengar dan tertengok video klip 'One Step Closer' yang agak 'ganas' tuh bagi budak-budak umur darjah 3. sejak dari tu, mula la aku minat ngan bende bertuah nie. and aku gak memang bertuah ble masuk skola menengah de gak yang sekepala ngan aku pasal LP nieh. thanks kepada dia sebab dia aku tau banyak lagu LP dan sebab dia gak la lagu LP aku sekarang dah cecah 100++. meh aku citer ckit-ckit pasal band nie.

Band nie start mase tahun 1996 (bru 2 taon) dengan pengasas asal dia ialah:


Michael Kenji Shinoda, Robert Gregory Bourdon dan Bradford Delson. nie la mereka yang asal dan still ada dalam band nie. kire persahabatan diorang kukuh la sampai sekarang. sejak dari high school kat California lagi. tak lama pastu, diorang nie tamat la sekolah dan abis je sekolah, diorang bertiga tu start jadi serius. dengan itu, mereka merekrut Joseph Hahn, David Michael Farrell dan Mark Wakefield untuk mantapkan lagi band diorang dan tolong diorang bertiga nie wat performance. masa nie nama Linkin Park tak wujud lagi. nama asal Xero. 1996 gak la Mike Shinoda wat lagu ngan sumber kewangan (maybe) yang agak limited. dia pon best-best je tukar bedroom dia jadi studio. ganas. tak lama pastu, dengan kekurangan kejayaan, 2 orang anggota band nie mula meninggalkan Xero. orang tu ialah Mark Wakefield dan Dave 'Pheonix' Farrell. sume ade alasan tersendiri untuk chow dari band nie. lame gak la diorang nie spend mase nak carik pengganti vokalis baru, akhirnya, jumpa la diorang dengan Chester Charles Bennington. penyanyi yang berasal dari Arizona nie dicadangkan oleh naib presiden Zomba Music, Jeff Blue sendiri. kemudian, dari nama asal Xero menjadi Hybrid Theory. gandingan mantap duo vokal antara Mike dan Chester itu sendiri dah banyak tolong band nie hidup balek dan nama sekali lagi ditukar dan menjadi nama tetap. iaitu Linkin Park yang asalnya dari Santa Monica's Lincoln Park. tapi still, diorang nie masih susa nak sign kontrak ngan mana-mana syarikat rakaman. sedih-sedih.

Tapi nasib diorang nie terlalu la baiknya bile Jeff Blue yang tolong diorang tu jd vice presiden kat Warner Bros dan tahun 1999, diorang sign kontrak dan record lagu kat company tu. ape lagi, ngan segala sumber yang ada, maka terciptalah Hybrid Theory, first album diorang pada tahun 2000. album nie memaparkan hasil kerja diorang dari tahun 1996-1999. lame la gak bru dapat kuar album. Single macam 'Crawling' dan 'One Step Closer' antara yang top pada masa tu. 4.8 juta album terjual dan mendapat status best selling album taon 2001. start dari ini, banyak invitation yang high-profile diorang terima untuk wat persembahan. dengan kembalinya Dave Farrell, maka diorang pon work hard nak bikin album remix yang dipanggil Reanimation. album nie remix dari Hybrid Theory dan Hybrid Theory EP sendiri. contohnye cam 1 stp klsr. disember 2002, diorang announce nak wat album baru. namanye Meteora. terjual sebanyak 800K dalam minggu pertama debut, album nie terpilih sebagai best selling album oleh Billboard. lagu-lagu cam 'Somewhere I Belong', 'Breaking The Habit', 'Faint' dan 'Numb' mendapat tempat dihati peminat-peminat band nie. awal taon 2004, Meteora World Tour dianjurkan sendiri dan de gak beberapa band yang ikut serta dalam tour nie cam Hoobastank.

2004-2006, tahun dimana diorang membuat side projek.contoh, Chester menubuhkan Dead By Sunrise, Mike Shinoda kerja ngan Depeche Mode ngan lagu cam 'Enjoy The Silence' untuk Mike dan 'Crawl Back In' daripada Chester. antara tahun nie gak la keluarnya album 'Collision Course' dengan kerjasama rappers terkenal, Jay-Z. Mike gak wat band sendiri bernama Fort Minor. dengan kerjasama Jay-Z gak la Mike dapat keluarkan album dengan Fort Minor bertajuk 'The Rising Tied' dengan lagu cam 'Believe Me'.banyak gak konsert charity diorang join cam mase puting beliung Charley (2004) dan Katrina (2005) semata-mata nak naikkan dana untuk bantu mangsa bencana alam nie.

15 May 2007, LP mengeluarkan album baru bertajuk 'Minutes To Midnight' dengan lagu-lagu seperti 'What I've Done' untuk siri popular 'Transformers' ,'Leave Out All The Rest' dan banyak lagi. 600K salinan terjual dalam masa 1 minggu, sekali lagi mereka catat rekod dengan jualan album terbanyak. terlalu banyak pencapaian yang dibuat oleh LP dan album kali ini menunjukkan mereka bukan sahaja tertakluk kepada genre rock sahaja. lagu-lagu dalam album ini lebih  bersifat kesedaran kalau dihayati betul-betul liriknya. 'Live at Milton Keynes' antara konsert yang senang citer direkodkan dan dijual pada 28 November 2008, 5 bulan selepas konsert berlangsung. dan akhir tahun lepas, lahirnya album terbaru LP yang bertajuk 'A Thousand Suns' yang menampilkan lagu-lagu seperti 'The Catalyst' , 'Iridescent' ,'Waiting For The End' and much more. video klip 3 lagu nie memang kreatif dan idea yang ditampilkan memang berlainan dari klip-klip video mereka yang sebelum ini. hasil idea dan usaha daripada seluruh ahli LP terutama Mike dan Joe Hahn.

Minutes To Midnight Cover

8-Bit Rebellion cover album

Kalau konsert camni pon da penuh tempat, memang cukup top band nie
A Thousand Suns cover album
 tu je la yang aku dapt cer kat korang.klu nak tulis lagi panjang lah. nanti kang ade yang menyesal bace. kalau de mase lagi nanti aku post pulak pasal member LP nie. one by one. Adios!


p/s: terpanjang dalam sejarah.

What inside my heart

Dear God the only thing I ask of you is
to hold her when I'm not around,
when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
’Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again


Fuh, when I think back about this word. This makes me to believe that if you are alone, you'll alone forever. So, remember that God always hear our pray at day or even at night. Maybe if I always use this words as my pray, God will make it become true. Don't make somebody feel empty in his/her heart only because of you. Only because of you, other people suffer from what you've done. Sometimes I feel like I'm in this situation. Never knew right? If I missing somebody, it maybe hard for me to say "I miss you" because I'm the one who are wordless in front of someone that I really cares about. I'm not the one who know everything about women. What they likes and what they dislikes. Although I knew that are my weaknesses, people around me always says "be yourself not others". Thanks and I know that someday somehow, I'll got what I want. Even it as fast as tomorrow or as late as my age up to 25 years old. Whoever read this, thanks for reading. Thanks to the other because making me smile everyday even when I in the greatest conflict in my daily life. Thanks to You too because makes me think again that nothing impossible even without You in my daily step taken in my life. Thanks God because giving You to built me up as a person who know the responsibility to my family and to my Creator.

"The best day in my life is always be with You in hardness or easiness in my life."

Saturday, July 16, 2011

David De Gea, new goalkeeper for Manchester United

da lama carik pasal De Gea nie. Ingatkan tak jumpe pasal dia nie. Last-last jumpe jugak. Kat mane? Kat laman sesawang Manchester United Football Club la. Pasal dia nie orang tak ramai lagi yang tahu atau kenal. kalau kenal pon mungkin dari dulu dia ikot perkembangan La Liga. aku kenal pon baru-baru je lagi. ade la dalam setahun lebih an. meh aku cerita cikit pasal dia nie.

David De Gea Quintana lahir di Madrid, Sepanyol.merupakan anak muda jati Madrid walaupon dia menyertai pasukan musuh derby Real, Atletico Madrid. tarikh lahir pada 7 November 1990 (4 taon lagi tua dari aku). merupakan penjaga gol masa depan United dan juga Sepanyol bagi menggantikan Iker Casillas dan Victor Valdes yang mungkin akan bersara dari pentas antarabangsa tidak lama lagi. merupakan penjaga gol yang semula jadi la senang citer. tgk la dia tu tinggi (1.94 m) sememangnye. memang pelajar asal Atletico Madrid. memasuki akedami pada usia 10 tahun dan cepat je rank dia sebagai penjaga gol akademi nie naik. tak tau la dia nie memang terer or hasil usaha dia selama nie.

Musim pertama dia sebagai profesional keeper start masa musim 2008/2009 bilemane dia bermain untuk Atletico Madrid B kat Priemera Segunda ataupon liga kedua kat Sepanyol. pastu musim depan pulak dia wat debut bukan yang cikai-cikai punye. debut first dia mase Champions League. jarang-jarang orang ley wat start yang sebegitu. dia gak la antara manusia-manusia ciptaan Allah yang menolong Atletico Madrid menamatkan kemarau trofi Eropah dengan memenangi European Championship dan UEFA Super Cup dalam masa 50 tahun A.Madrid tak menang trofi Eropah. dia jugak pernah memenangi Euro U-17 bersama Sepanyol.

De Gea menikmati musim kedua penuhnya sebagai penjaga gol muda Sepanyol paling berpotensi. hal ni jugaklah yang menyebabkan Man Utd memantau De Gea dan spekulasi perpindahan memang dah meluas sejak Januari 2010. lama da lepas tu pada 1 Julai 2011 Man Utd pon sambar De Gea selepas Sepanyol menang Euro U-21. da la menang, dapat anugerah Team of Tournament lak tuh (bermakna dia di-list-kan dalam XI terbaik kejohanan)

Aku cuma berani citer cikit-cikit je sebab nak wat research pasal dia memang banyak bende sebab aku pon baru kenal dia dalam setahun (da macam kenal geng lak aku tengok). pape pon lah kan, bagi aku nie tindakan terbaik Sir Alex agar dia tak ulangi kesilapan sama macam masa Peter Schmicel bersara dulu. langkah kedepan diambil dan tidak istilah menoleh ke belakang dalam hidup Sir Alex Ferguson kini. akhir kata, penjaga gol baru, season baru trofi baru mungkin.







p/s: selesai sudah dan tu la antara gambar2 dia.

Sunday, July 3, 2011

Kembali menulis untuk Sekali Sekala

Sekian lamenye tak bukak blog nieh. Rse mcm da tak tau nak pakai camne. tulis kat blog nie pon pakai bahasa SMS jer. ape da. kate nak memartabatkan bahasa melayu, memperkasa bahasa inggeris. ada gak terpikir nak pkai MBMMBI nie.tp untuk certain post tu boleh la. kalau nk yg cter2 ganas dan selamber nak pakai slogan 2, memang tak ganas la jawabnye. kengkadan terlintas di fikiran, "ape sume nie? cepat sangat mase berlalu." klu diikotkan, de brape lme je lagi nak SPM. tambah tolak bahagi darab squared square root cube root, de la dalam 4 bulan je lagi. camne nie? tak ready lg lak tu.

Untuk release tension yg bergunung, berbukit, bertimbun dan yg ber-ber tu. mari kte tgk ape cter yg berlaku kat Malaysia skrg nie.............

Akhbar 1: seorang pelajar terjun bangunan selepas jumpa guru kaunseling.
Akhbar 2: Tunang nikah dengan perempuan lain.
Akhbar 3: bantah BERSIH 2.0
Akhbar 4: A. Samad Said ditahan pihak berkuasa.
Akhbar 5: ramai yang sokong BERSIH 2.0

Eh, ape sume nie.dalam banyak2 surat khabar yang aku bace,cme 2 je yg len tajuk depan dy sepanjang minggu nie. tak menarik langsung. sbb tu aku suke bace akhbar 1 dan 2. politik kurang. orang nak bace info.bukan politik. politik bukannye pasal "ahli parlimen ditangkap kerana mengedar vcd cetak rompak", tapi lg terok brader. pasal BERSIH 2.0. weh, bersih pon marah. kotor usah cter. mak cik cleaner yg dah meninggal tu pon sanggup bangun dari kubur semate-mate nak bersihkan kawasan. klu dy bising-bising pasal perhimpunan tu je takpe brader and sis, tp nie ade yg lagi mcm haram. bayangkan hang dalam situasi cmni........

hang gi la jenjalan dengan pakwe/makwe/pakcik/makcik/sepupu sepapat/parents/geng bek (pilih la nk yg mana) korang an.korang pon pakai la baju kuning yang ade cetakan kat depan 'Body Glove' or ape je jenama coz tak penting jenama tu. ngah syok korang jalan an ada la pakcik tiga line kt bahu datang kat korang. pak cik nie klu sorang takpe tapi bertiga.dy tgk je korang jalan an. follow cun je. tetibe dy cekup korang dari belakang and cakap dengan mudahnye "you're under arrest because wearing a yellow t-shirt" .msok la korang dalam lokap smpy la abz tarikh 9 Julai 2011....

mentang-mentang baju BERSIH 2.0 warne kuning, sedap-sedap je tangkap orang yg innocent. ape kejadahnye diorang wat sume tu.tak bersalah tu brader yang kene tangkap tu. ade yg gua bace. bru duduk kt warung pkai baju len kaler. pastu polis datang nak tahan la mereka nie.dy g selak baju laki nie semate-mate nak tgk dy pakai baju BERSIH x kt dlm.x ptot.bru dy ingat nk sembang2 ngan member smbil hirup secawan kopi kaw.dah kene tahan.ape la.

Klu nk cter pasal BERSIH 2.0 nie panjang. aku pon tak tau nape kerajaan takot gler ngan perhimpunan nie. cme nk mintak undi telus jer. bukannye nk mintak kurangkan harga minyak jd 10 sen seliter.klu macam tu aku pon cakap yang depa nie gler. 10 sen seliter memang kite hidup makan minyak jer lah. politik. bukan hal yang under age lagi.pape pun pasni takde la cter nie berlanjutan smpy 14 Ogos 2011.cukup la smpy 10 Julai 2011. nnt tgk la KL huru hara. nnt de la warna kuning lawan warna merah. warna biru jd reff kt tengah-tengah. nnt dah takleh sgt yg biru nie dy panggil lah warna biru merah syap riot shield ngan cota untuk pukui orang. x pukui tembak pakai air.membazir lak tu. taknak kalah gak kuning nie dy tembak la pakai gas pemedih mata.

mari kite end kan bnde nieh.konklusinye, sentiasa berfikiran rasional dan berunding untuk mengatasi sesuatu masala.bukan niat untuk menyebelahi sesiapa.tetapi perbincangan adalah penyelesaian terbaik. same gak macam Nabi Muhammad dlu. klu boleh dy nak ajak berbincang dlu.gaduh-gaduh nie ape kelas.tapi ble da satu pihak taknak gak,terpaksa la angkat pedang untuk mempertahankan agama dan negara Islam. macam gak perhimpunan nie. lebih kurang je. ajak berunding tak nak. degil. wat la perhimpunan jalanan. mesti la takkan perhimpunan bangunan pulak. selamat menjalani kehidupan seharian anda. semoga hari esok lebih baik dari semalam. akhir kata Assalamualaikum dan jumpe lagi di post yang akan datang.......

p/s: tertulis pon satu post akhirnya.hahahahahaha!