re-edit dengan buang mana yang tak patut |
First statement beliau, mempertikaikan ISMA dengan menyatakan mereka sama sahaja dengan yang lain.....ada dalam komen tu tapi nak edit semua aku perlukan mouse yang canggih (takda kena mengena). ada la juga budak ISMA ke apa aku tak pasti yang tak puas hati dengan beliau. gyhahaha, anda semua membuatkan aku jadi tergelak-gelak baca group ni. cilaka apa nak jadi dengan korang ni? aku tak paham dengan tujuan group ni diwujudkan. untuk mengekalkan informasi dan keharmonian sesama ahli atau berpolitik bila mana ada yang memulakan?
Lepas tu banyak la post-post pasal DSAI la pula. secara tiba-tiba (post tu da didelete sebelum sempat aku capture). tapi post ape je pun, cuma pasal yang Dr Sidek kowt nama dia yang kata perjuangan DSAI ni menyimpang. dan kemudian pasal DSAI nak buat pluralisme. ok, anda semua melibatkan saya dalam kancah mengutuk sesama kita.
And then, the best part and bagi aku neutral la dan yang ni aku sangat minat.....
Neuralisasi hak kami....gyhaha |
Untuk ni, aku selit sikitlah. percayalah bahawa siapa sahaja yang memerintah Malaysia, mereka tidak akan membiarkan Malaysia hancur sepertimana yang diomong-omongkan sesetengah pihak. mungkin ada yang lebih hebat dalam bidang pentadbiran tapi mereka tidak dapat diangkat kerana bereda di tempat yang bukan lemah, tetapi tidak kuat. tidak akan ada umat yang begitu bodoh untuk membiarkan apa-apa sahaja yang dicintainya tumbang begitu sahaja. tidak salah untuk menyatakan bahawa perubahan itu perlu. mereka yang gentar akan perubahan seperti seseorang yang hanya mahu menetap di sesuatu kawasan, tidak mahu merasai kehidupan di kawasan lain kerana sudah terlalu selesa di kawasan tersebut. aku tidak menyeru untuk korang menyokong BN or PR (sebab parlimen dah bubar, no kerajaan dan pembangkang. semua sama). aku cuma menyeru untuk belajar mendengar dan menilai pendapat daripada dua pihak jika sesuatu itu berkaitan dengan 2 pihak ataupun lebih.
Mendengar hanya daripada sebelah pihak bererti anda tidak cukup adil untuk membuat penilaian. even hakim mahkamah pun kena dengan keterangan saksi, yang tertuduh dan yang dituduh. bukan sahaja dalam politik tapi dalam kehidupan seharian macam masalah dengan kawan-kawan, ibu bapa dan boleh jadi juga adik beradik. bagi aku, orang yang adil ialah orang yang mendengar bukan hanya dari satu pihak sahaja.
Aku tak tahu la aku bantai diorang ke atau aku saja nak update blog. tapi apa-apa pun kan kawan, korang tutup la ea cerita korang tu. aku rasa macam dah tersasar sikit la matlamat group ni ditubuhkan. minta admin yang disayang lagi dicintai lagi disanjungi memeriksa balik matlamat group ni.
sekian, selamat berhujung jari. #eh (blog tak main hashtag)
p/s: dengan ini gua mengisytiharkan gua dah habis tulis post ni.........