Friday, March 8, 2013

Mana Silapnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. mula-mula sekali aku ni sebenarnye terkejut la dengan pencerobohan di Sabah ni. aku tau pun bila dah hari kedua kot mereka beroperasi. maklumlah, duduk matriks ni aku terpisah dengan dunia luar sikit. tapi dalam diceroboh macam ni ada lagi suara-suara sumbang kedengaran membabitkan sedikit hal politik.

First, pihak penyokong kerajaan pusat kata ni semua Anwar Ibrahim punya dalang. wah, senang juga nak tuduh orang tanpa bukti macam tu. lagipun kalau la semua ni kerja Anwar tu, apa faedahnya dia nak suruh serang Sabah? macam nothing je aku tengok.

Bagi pihak pembangkang pulak, ada yang cakap ni sandiwara politik kerajaan pusat. ah sudah, ni orang datang nak balik Lahad Datu bukannya PM suruh mereka datang bom sana sini semata-mata tak nak bubar pilihanraya. dan statement ni juga banyak timbulkan rasa tak puas hati orang ramai. bila tuduh orang lain mereka senyap je tak bantah apa-apa. tu la orang Malaysia, always support a political parties without thinking rationally.

Aku pelik dan hairan dan makin tak paham macam mana mereka boleh masuk Sabah dengan selamba tanpa ada sebarang sekatan. kita ada pihak polis maritim yang ronda perairan Sabah kita ni. contohnya macam dekat Selat Melaka tu, ada nelayan Indonesia yang terlajak sikit je ke sini dah dihalau balik, kalau degil akan ditangkap. kepelikan makin bertambah pelik bilamana mereka mampu menyeludup senjata yang tak la high-tech sangat pun. tapi dengan senjata tu juga la ramai la jugak wira-wira negara yang gugur di medan perang.

Oleh kerana kita ni rakyat Malaysia yang prihatin, maka kita kenala ketepikan matlamat politik yang sempit ni. ceroboh, Anwar. liwat, Anwar. semua kita nak tuju dekat ketua pembangkang ni. dia pun tua dah, tak lama lagi la tu nak jalan. tapi ada rezeki panjang la umur dia. kes pencerobohan ni pun dia juga. payah benar rakyat ni. lagipun bila masa pula Anwar ada link dengan pihak polis sedangkan mereka mendapat perintah melalui kerajaan pusat yang sah. pelikkan?

Akhir kata, doakanla keselamatan anggota tentera dan polis yang terlibat serta penduduk Sabah yang dilanda musibah khususnya Lahad Datu dan Semporna agak mereka tabah dengan semua ini. tolong jangan kaitkan politik dengan benda ni. cuma mereka yang 'bijak' nak mampus je buat macam ni. sekian.

p/s: nak buat genjatan senjata sudah. strategi atau mengaku kalah?