Sunday, September 25, 2011

24/9,jamuan raya akhir sebagai pelajar sekolah menegah.

9/24/11, tarikh akhir jamuan sekolah bagi aku. ye la, pasni mana ade dah title 'budak sekolah' kat dada. ada title 'budak lepasan SPM' je. tak menarik sangat. memang la best sekolah dah nak abis, boleh lari dari undang-undang sekolah yang ketat tuh. entah la. macam malas nak tinggalkan sekolah ni. tak kisah la sebab apa. tapi ada daya tarikan di sekolah nie.

Dengan bangganye aku bangun la kul 6 berlari mandi solat dan gosok baju. 7 baru siap. gerak terus pergi sarapan jap. perut lak lapar tiba-tiba. tak patut betul. abis sarapan terus pergi sekolah. dalam kul 7.40 sampai la. aku pergi tandas dulu sebab situ je tempat yang ada cermin. tempat aku nak tengok samping center ke tak (walhal nak g masjid baru pakai). aku tunggu lak yang lain. macam tak datang lagi. lantok lah. aku naik la kelas jap dan aku ada nampak gak kawan aku nie. aku jalan la pergi kelas nombor 3. sekali ada yang sergah aku. nasib baik tak ada sakit jantung. memang  tak sayang kawan betul la kau ni.

Pukul 8 gerak ke masjid. seperti yang dijanjikan la. dah sampai tu tunggu je la. bila la majlis nak mula (sebab form 3, 5 dan 6 atas ada solat hajat). tunggu punya tunggu, pukul 8.30 lebih kurang baru mula. standard la tu kan. habis solat semua, bacaan yassin. gerak la semua manusia dalam masjid tu ke dewan. tapi kitorang macam biasa la. siap-siap dulu sebab hancur sampin masa duduk tadi....


lebih kurang jer korang


syaidi
ready2.
macam payah je nak pakai...



wawan nie bro!
Syazwan desa a.k.a wan de








fuh,hensemnye abang kite nie

Ni baru dekat masjid. kitorang pun g la dewan. sampai-sampai doa dah dibaca. kitorang aminkan aje. setel serbu makanan. wah, makan nak banyak je. sedap la gak ayam bakar, satay, dan macam-macam lagi. tengok sekali memang nak makan lagi.

Aku sajikan korang dengan gambar je la. lagipun tak banyak sebab masing-masing nak makan. kamera tak jalan. so sikit je la gambarnye. adios. aku harap akan bertemu lagi kemeriahan sebegini.

Ramai tak?

bodyguard alip la.sape kaco, dua org tu kasi pecah

macam rombongan meminang lak

nie la 'meja makan' litorang

selera nampak

kalau duduk atas grandstand la

Faisal.....

Bese la bergambo....






uish, lidah ko tu hadi terkeluar





Saturday, September 24, 2011

Peluang yang sukar untuk diraih

Kalau aku diberikan peluang untuk katakan sesuatu kepada orang yang aku sayang.....tak kisah la mak ke ayah ke awek ke ape ke an. aku mungkin akan macam nie aje kowt.....


"I love you, I have loved you all along, And I miss you, Been far away for far too long, I keep dreaming you'll be with me , and you'll never go, Stop breathing if, I don't see you anymore"


Ok, actually sebenarnya (sama aje) nak luahkan something kepada orang yang tersayang bukan semudah abc atau 123 atau 1+1=2. tak. ia sesusah menyebut ayat racist masa kecik-kecik dulu. sesusah berjalan masa korang nak belajar berjalan. dan juga sesusah add math kalau tak belajar. ha, maknanya tak semua kata-kata itu memperlihatkan setiap kata dari hati kita. tapi yang membezakan cuma pada perbuatan. memang korang boleh cakap "aku sayang mak aku, ayah aku, adik-adik aku" dan sebagainya. mungkin korang ak leh cakap "aku cintakan awek aku separuh mati". kesian la pulak. bercinta ngan zombi ke minah tu. kuang3.

Apa yang membezakan tahap sayang korang kat somebody yang korang really care sebenarnya bukanlah pada  percakapan. tapi pada perbuatan korang sebenarnya. actions always speak the words that our mouth can't. bak kata abang long dil la dalam KL Gangster......

"kalau kau sayangkan mak kau, takkan la kau nak usha dari jauh je. ha? sayang je usha. sayang je usha..."

Lebih kurang la ayat tu. kalau korang sayangkan orang yang kau sayang tu, apa pengorbanan yang kau dah buat? aku mungkin ada yang aku tak buat lagi dan mungkin ada yang aku dah buat cuma aku tak perasan je. perasaan tu ada. perasan je tak ada. sedih benar. aku ni bukan la anak yang baik sangat. depan mak ayah mungkin la baik juga. belakang kadang-kadang langgar cakap gak. hari-hari lak tu. kata jangan bawa motor laju-laju, bawa gak laju. tapi tak ada la laju sampai terbang motor tu. suruh buang sampah kadang-kadang tak buat. senang cerita aku memang tak cukup berbakti lagi la kat parents aku nie. selagi mana aku hidup tu juga la aku nak berbakti kat mereka. tak kisah la payah macam mana pun. even aku kena pergi bertapa kat gunung jerai pun aku ok. semata-mata nak tunaikan hasrat mereka. selagi tak langgar syariat Islam dan gak selagi tak membebankan aku terlalu sangat.

Itu baru part mak ayah je. tak masuk part orang yang korang sayang gila-gila tu. yang ada setengah orang mak ayah pun sanggup campak dalam gaung kalau awek tu suruh. mungkin untuk orang yang boleh aku kelaskan sebagai orang yang tak sure lagi boleh dapat ke tak, apa yang korang leh buat cuma (antaranya la) doakan kebahagiaan mereka dan kesejahteraan mereka. aku tak tahu la kalau ada yang memang nak akad esok kan. tapi doakan kejayaan dia cukup bagus sebab kalau sayang sangat kat dia, tak nak tengok dia berjaya dalam hidup ke? tak nak ke tengok dia amik ijazah dalam bidang yang dia ceburi? mesti ada rasa nak lihat dia berjaya. walaupun nak kata berjaya lebih dari diri sendiri tu tak lah. tapi tak kan tak gembira lihat dia berjaya? fikir yang itu. pastu nak menggatal nak kawin ke apa ke belakang cerita. ada orang kata "nak tengok orang tu sayang kat somebody ke tak, tengok macam mana dia boleh terima hakikat kalau orang yang dia sayang bersama dengan orang lain". aish, aku yang dengar ayat ni pon lemah. ntah la. aku harap aku dapat la berfikiran rasional. jangan sampai aku membunuh udah. hahaha. tapi kalau bunuh dalam game je tak apa. polis tak kecoh.

Apa yang aku nak cakap ialah hargai yang tersayang. hargai mereka selagi mereka di depan mata korang. jangan sampai tunggu mereka (parents) dah nazak, dia (orang len selain yang ada hubungan kekeluargaan dengan korang) dah bersama orang lain baru korang terhegeh-hegeh nak hargai diorang. sorry to say la. mungkin diorang tak akan makan pujuk rayu korang. parents korang yes. diorang terima sebab sejahat-jahat mana pun anak tu, parents akan tetap doakan mereka sampai ke akhir hayat mereka. akhir kata (betul punya), doakan lah kesejahteraan parents korang dunia akhirat. puaskanlah hati mereka selagi mana mereka masih lagi didepan kita. hargailah mereka. doakan la kebahagiaan insan kesayangan korang. haraplah dan berdoalah agar dia menjadi orang yang terbaik dalam hidup korang walaupun perjalanan hidup korang masih lagi jauh berliku.

p/s: macam merepek. lantaklah!

Thursday, September 22, 2011

Peristiwa hari khamis

Aku tak tahu la apa nak jadi. tapi macam dah jadi. berita gembira dapat dua hari ni. selamber je jalani hidup lepas dengar benda tu. apa ku kisah. aku nak kata satu je. dua periksa lagi baru selesai sudah trial. hah, lama sangat lah nak tunggu. tak ape, tawakal je. tapi yang berlaku hari ni susah nak diterima budak-budak yang kena. ada yang dengar. ada yang buat-buat tak dengar. ada yang dah menyampah nak dengar. mana taknye, nak periksa dah tu. aku tau la paper 3 chemistry tu 'senang' sangat. tapi jangan la sampai tak kasi orang baca buku. tak lawak kot!

Biasa la datang pagi. g tandas sebab baju tak kemas. pastu gerak g depan pejabat (pondok). pastu loceng bunyi, beratur. kena sedia (senang citer, kena kawad pagi-pagi). nasyid lagu asma al-husna. dan dengar pengumuman. rutin. jadi dah tak mengeluh la. kalau dulu dengar pengumuman dari dalam kelas je sebab PA system A class, ni nak kena pergi dataran baru dengar. hah~ hampeh. tak pe. aku fikir positif. sekolah tengah dahulukan pendidikan daripada PA system tu, sebab tu tak ganas PA system. sebelum nak kuar baris tu, dengar la pulak pengumuman tambahan. nak jalan dah nie keluar pulak pengumuman terakhir......

"Perhatian kepada pelajar form 5......putera, tunggu di dataran sebab Cikgu ***** nak jumpa"

Wah, sudah lebih. aku nak baca QS lah. tak nak la buat fatwa sendiri. kang salah tak dapat jadi mufti kang. hadoi. dengan selamba aku pun tunggu la kat dataran ngan geng-geng yang len. aku pun tengok la diorang belek-belek buku  sementara menanti kehadiran cikgu tersebut. tunggu punye la lame. aku nak duduk. kul 8 nak start dah. lama dah pastu PK HEM suh kitorang g dewan. pengawas suruh kitorang senyap je (klu dulu, senyap kata setuju, kini, senyap tanda protes). ah sudah. tak ade sorang pon yang bingkas bangun dari tempat duduk yang beralaskan tar tu. lambat je. pakat ngan budak pandai, "g dewan kul 7.50 la." rilek jer.haha. dari mula-mula PK HEM tengok kitorang, malas nak tunggu agaknye, terus masuk bilik dia. hambik kau.

Saje je jalan lambat pastu terjumpa manusia yang macam bersalah. dia tanya pasal kunci dewan. kelam sudah. yang biasa uruskan dewan pun g la cari kunci tu. aku gerak terus g dewan. OTW tu tiba-tiba budak tadi bersuara "agak-agak cikgu marah kat aku tak?" "asal?" "skip perhimpunan" "mungkin. tapi kalau marah pun nta la." "tapi tadi aku pun main lari je sebab cikgu suruh aku cari kunci dewan." "kompem kena. ko rilek je".

Sampai-sampai depan dewan aku nampak macam ada banduan kena tahan. lah asal lak tu. aku gerak slow-slow pastu aku tengok. la budak skip jadi banduan. ok, aku tak nak ulas apa dia cakap sebab nanti kalau salah fact mati aku dow.  then diorang bernasib baik sebab cikgu yang jaga paper masa tu suruh rush masuk dalam dewan. so tiada bebelan yang begitu panjang.

Dan baru ni je aku dapat tahu fact and what happen actually at that event. wah, event seyh. aku review blog budak nie (salah sorang mangsa) dan aku baca post dia. mak aih, gitu dia cakap. dia jawab benda rasional. so aku no wonder la. sapa tak marah kalau cikgu korang hanya nak tegur pasal korang tak g perhimpunan tapi dia citer bab lain? cuba kata satu point je so budak2 takde nak main sumpah seranah orang. kang ada yang menyumpah bukan-bukan, masak cikgu tuh. tapi aku suka statement dia yang nieh....

"Aku ponteng perhimpunan kau marah macam aku kantoi berzina sambil high on weed kay belakang dewan je kan."

 Haha, ape pun, sori aku tak mintak kebenaran ko nak copy paste down bende nie. aku rilek je pasal ayat ko yang selebihnye tu. nta-nta kalau aku ada kat sana pun maybe aku jadi macam budak ni gak. lagi teruk agaknye. situasi kali ni aku tak akan judge sapa-sapa dan aku takkan sokong bende yang aku tak suka. so, kalau aku tak suka dimarah, aku akan sokong geng aku sendiri. jangan nanti peristiwa name tag hijau berulang pula. sekian.......


p/s : aku tak tahu la diorang kena marah macam mana, tapi aku dapat rasa bahangnya bila baca blog dia.

Saturday, September 17, 2011

Tribute To......

Post kali ni aku nak berterima kasih la kat orang. bukan sebab apa pun. banyak introduce lagu kat aku. aku kecilkan sikit skop dia sebab kalau semua mana sempat nak tulis banyak-banyak. dengan pendahuluan yang pendek ni, aku memulakan bicara.

Lagu ni aku tak tau la nak berterima kasih macam mana. sebab ngah usha blog dia kan.ok la, tribute to Nur Bariah sebab kau post lagu ni kat blog kau. ngah lalu lalang diantara banyak-banyak blog tergerak nak dengar lagu tu. Rhythm Of Love. layan saja kalau lagu itu amat sedap.


Yang ni memang la banyak lagu yang aku ada. dari album first sampai yang latest. tapi aku tak mungkin la dapat dengar banyak lagu mereka kalau tak kerna aku jumpa budak ni. tribute to Azmin Amin sebab tanpa kau, tak mungkin aku akan kenal Linkin Park dengan lebih dekat. lagu yang kat atas tu, Wthyou, remix punya.

Sebab aku banyak dengar lagu Inggeris, aku jumpa dia ni terus balance list lagu aku. Hujan, Bunkface, The Azender malahan Najwa Latiff pun aku kenal sebab dia. tribute to Zairul Azmi esspecially sebab kau la, aku tak akan jumpa lagu-lagu macam ni.

Thanks kat dia, aku dapat tahu yang lagu band ni ada gak yang best walaupun agak heavy lagu yang lain. mula-mula download satu je, dia dengar lagu tu pastu cadang lagu lagi satu pula.tribute to Syamil Asyraf. sebab kenalkan lagu Dear God dari Avenged Sevenfold. sekarang aku sangap lagu tu. terima kasih la sangat-sangat.

Aku pun rilek je bila ada orang sarankan lagu ni. entah la.dia cadangkan pun aku mula-mula buat tak tau je sebab masa tu internet dah lembab. jadi aku tak ambil langkah proaktif sangat. bila internet dah cukup laju, aku start la download. dah habis tu dengar, layan lak. hahaha. lawak apa entah macam tu. tribute to Nur Amalina sebab kenalkan lagu Disaat aku mencintaimu. penat dah dengar Sixth Sense je. tukar angin pun best juga.

Ni lagi sorang. kalau kau tak dendangkan lagu tu, mesti aku tak gelak terbahak-bahak. laki tapi macam perempuan. tribute to Amirul Irfan sebab kenalkan Justin Bibir Bieber kat aku. nasib la suara dia dah start matang sikit. kalau tak macam perempuan la pula. tak sanggup den nak dongar.

Okeh, mungkin tu sahaja kot apa dan siapa yang aku nak berterima kasih. sebab mereka ni la koleksi lagu aku dah lebih 1,400. dari lagu retro sikit sampai la lagu yang terbaru. ramai sebenarnya yang menyumbang kepada proses pengumpulan lagu ni. tapi itu je yang aku ingat. lantaklah. yang penting aku dah ada banyak variasi lagu. thanks guys!!

Friday, September 16, 2011

Lets Talk About Fact, 9/11 Tragedy

Untuk kali pertama agaknya dalam sejarah, menulis tentang artikel yang berkaitan fakta. tragedi yang menyebabkan ramai umat Islam kini menjadi mangsa cemuhan orang-orang Kristian ni. tragedi 11 September 2001 yang menyebabkan WTC runtuh, Pentagon berlubang satu side dan bermulalah era peperangan 'keamanan'. ye, US beb. mereka cakap je nak pergi sana tangkap mereka yang bersalah. tapi macam tu juga. lama nak bunuh seorang pemimpin. sampai bertahun lamanya. satu tepukan untuk US kerana mengorbankan ramai rakyat dia sendiri untuk membunuh hanya seorang umat Islam.

Kejadian bermula pada waktu pagi yang sejuk agaknya. ya lah, biasanya pagi itu sejuk, jarang pagi itu panas bak tengah hari kan. 8.46 a.m, 5 hijackers yang orang kata terbaik dari ladang lah, hijacking flight 11 American Airlines ke North Tower dan 5 lagi, bermakna ada 10 hijackers semuanya, ke South Tower melalui Flight 175 American Airlines. dan macam tak cukup lagi, lebih kurang pukul 9.37 a.m, 5 lagi hijackers tawan Flight 77 American Airlines dan menghala ke Pentagon. wah, gila apa mereka ni. ramai sangat hijackers. satu flight 5 orang. sebenarnya ada lagi satu group untuk flight ke-4 menghala ke White House, tapi terhempas la pula sebab yang penumpang dalam tu gaduh dengan hijackers ni. lastly, terhempas mati semua. sedih, tapi lagi sedih umat Islam la.

Pandangan dari atas WTC



Serangan ke Pentagon berjaya. berlubang Pentagon masa tu. dah pesawat rempuh, tak kan tak runtuh struktur bangunan tu. WTC runtuh dengan mudahnya. dan White House selamat daripada dilanggar kapal terbang tu. Jumlah kematian sebanyak 2,996 orang. statistik ini termasuk hijackers sebanyak 19 orang dan selebihnya orang awam. mangsa terdiri daripada penumpang kapal terbang, yang mana semua menemui ajal masing-masing. 2,606 di New York City sama ada dalam bangunan atau dikawasan sekitar dan 125 orang di pentagon. kebanyakan yang mati orang awam dan cuma 55 orang tentera sahaja yang mati. yang duduk dekat WTC tu pun bukannya bodoh sangat tunggu maut datang jemput balik ke bawah tanah, ada juga yang berani terjun ke bawah semata-mata nak hidup. tinggi la WTC tu. macam terjun dari atas KLCC tu. sampai macam itu sekali. kalau aku tak sanggup dah nak terjun-terjun. ajal dah sampai tak ada masa nak tangguh lagi.

tinggal ni je WTC 6


Dah kena serang macam ni, kita tengok siapa yang US salahkan. standard, ISLAM. yeah, nonsense la mereka tuduh Islam. ok, ggroup besar, Al-Qaeda. orang dia, Osama Bin Laden. weee~. dan presiden US masa tu, George W. Bush memang dah kata, mereka nak hapuskan Al-Qaeda ni. dengan kekuatan mereka yang dikatakan terhebat, mereka ke Afghanistan untuk buru Osama Bin Laden. hasilnya, selepas bertahun, mati juga orang itu.

Islamophobia (kalau tak salah eja), semakin menjadi-jadi. rakyat US mula benci dengan orang Islam US. mereka dihina, diherdik, dicaci cuma salah seorang saja umat Islam. bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelangga. ayat al-Quran yang disalah tafsir sebenarnya oleh mereka ini menyebabkan mereka melancarkan perang suci keatas US. wah, dah macam nak dapatkan Palestin masa zaman dulu-dulu pula. kenapa tak safe Palestin je. dekat sikit. dan kita pun faham, bagi yang beragama Islam, the biggest jihad is ourselves. maknanya, peperangan melawan nafsu yang paling besar jihadnya.cuma kalau mati bukan mati syahid pun. perang ya lah. lawan nafsu mana ada yang mati. jihad kecil tu baru la berjuang mempertahankan agama Islam.

Kenapa begitu? sebab perang akan aman untuk satu jangka masa yang panjang. nafsu pernah ke? kalau pernah cuba tunjuk sikit. pasukan tentera US yang menetap di Afghanistan selama bertahun ramai yang mati. bahkan lagi ramai daripada 3 kali serangan pesawat tu. membazirkan nyawa orang demi misi yang jauh tu. dari benua lain ke benua lain. merantau nak bunuh seorang je. pernah sekali kata, kami dah bunuh beliau. mayat kasi jerung makan. sekali next few days keluar pula video Osama berucap. siapa pula yang mereka bunuh? entah la. yang penting sekarang US dah start undurkan tentera dari Afghanistan, dah cukup bagus mereka perasan bahawa misi tu meningkatkan beban hutang negara. pada muka!

ni mana part pesawat tu pergi. tengok sikit jauh giler landing gear tu jatuh

tengok macam mana mereka langgar WTC


Aku tak nak cakap banyak pasal ni. fikir sendiri. siapa pencetus Islamophobia? siapa yang bertanggungjawab terhadap serangan 9/11 ni? apa keputusan siasatan disebalik serangan ni? sampai bila lagi mereka hendak sorokkan hasil siasatan sedangkan mereka sendiri dengan rela hati mahu mendedahkannya dulu. kini tempat tersebut dikenali sebagai Ground Zero. cantik dah. Pentagon, safest defensive building in the world kembali beroperasi. rakyat US hidup aman. Afghanistan pun 'sama'. kini, kita lihat berapa lama boleh tahan kerajaan US untuk tidak mengeluarkan atau mendedahkan hasil siasatan kes 9/11 ni. kita tunggu dan lihat.

p/s:For English version, translate it using Google Translator...

Sunday, September 11, 2011

Simple-simple Je

Tajuk kali ni, simple-simple je. simple apenye? yang biasa-biasa je. setiap orang ni ada yang suka benda simple. ada yang suka benda complicated. itu adalah lumrah dan fitrah sesetengah manusia. simple banyak jenisnya. ada dari segi pakaian, kerja yang dilakukan, makanan dan macam-macam lagi. kadang-kadang, yang simple itu susah dan yang complicated tu yang senang dan begitu la sebaliknya.

Kalau tengok blog aku, simple je. black background in colour, ada la gambar Linkin Park yang diletak tanpa permit yang sah. mula-mula putih je blog ni. pastu jadi hitam. pastu ada la gambar Harry Potter kat background dan last-last, black in colour je latar belakang tuh. aku tengok blog orang lain, pelbagai macam hiasan diorang letak. pointer mouse jadi len la, ape la. aku ni pun lampi gak bab-bab yang aku tak master sangat. jadi aku wat keputusan yang lebih baik simple dari jadi complicated pastu tak tau guna. memang tak guna la kalau dah jadi macam tu.

Tapi, ada gak benda yang complicated yang aku suka. contohnya pasal komputer nie. aku memang la tak terer bab yang not actually in personal computer, tapi yang ada dalamnya tu yang aku suka. nak tau camne OS berfungsi. teringin nak hancurkan processor dan tengok silica dia macam mana. ada gak teringin nak lebur motherboard tu nak amik gold dalam tuh (jangan kata tak tahu). yang lain macam yang berkaitan medic or biology la aku suka gak. bukan sebab apa pun. sebab dia mencabar minda la aku suka.

Biology ni yang kawan ngan aku memang tau la aku suka bab ni. ada gak yang tak tau. aku tak kecik hati pun. ye la, nanti kang kalau aku cakap menyibuk dia sendiri yang marah. don't know la.  benda yang buatkan aku terkial-kial nak hafal facts, yang buatkan aku menggaru kepala yang tak gatal tuh seribu kali ganda lagi laju daripada garu masa jawab BM. ada gak setengah facts yang memang melekat dalam minda dan hati aku. yang berkaitan perubatan lah kan. walaupun tak semua. itu la yang the most complicated things that i've ever done in my life. tak ke gitu?

Macam mana pun, hidup aku tetap simple. datang la complicated things in the world pon, aku still nampak tak gelabah. dari luar. tapi hari jumaat time trial sejarah kantoi gak. shaking lutut. goyang bro. wa ingat jumpa taiko je wa goyang. rupanya jumpa sejarah pun wa goyang. nasib baik aku tak kenal Inul, kalau tak jadi goyang lain dah. lagipun kalau pergi jalan-jalan ke hape ke, kalau boleh pakai paling simple je. tak bermakna pakai singlet, seluar pendek dengan selipar jepun tu simple. tak lah! simple ni maknanya mengenakan sesuatu pakaian yang menutup aurat dengan seringan mungkin. contoh, macam aku keluar standard jersi MU, seluar jeans dengan selipar. kalau jalan jauh sikit baru pakai kasut. itu pun kalau rajin. 

So, konklusinya disini, simple bukan dekat semua benda boleh diamalkan. takkan la nanti dah kawin kan (laki la,perempuan de kowt, tak pasti) korang nak jaga masjid kau tu simple-simple je. makan pun simple. nasi, teloq ngan kicap. aku tau sedap tapi anak orang tu korang jaga. kalau hal-hal gitu jangan la amek simple sangat. payah hidup nanti. ada yang bagus bila simple dan ada yang bagus bila complicated dan payah. bukan semua benda datang dengan simple je. orang macam Bill Gates tu mana dapat buat Microsoft kalau dia amik mudah je somethings yang important. macam mana Steve Job (kan?) nak bangunkan Apple kalau dia hanya duduk kat rumah tunggu ilham turun dari langit. fikir-fikirlah. kadang-kadang aku nak tulis simple-simple tapi lama-lama jadi panjang macam ni. apa kejadahnya?

p/s : tergantung tak? only for an excitement. cuba la tekan vid bawah nie.

meh la tgk......

Sunday, September 4, 2011

Raya 2011

Okeh, kembali menulis selepas beberapa hari raya. kali ni aku cerita sikit la pasal keadaan aku beraya tahun ni. walaupun tidak semeriah dan seindah rupa. tapi ok la dari tak raya langsung. first story aku cerita perihal di kampung halaman merangkap rumah lama aku bertapak jugak. Bukit Kapar, Klang.

Ok, start malam raya tu aku dah tak tahu nak buat apa. lebih kurang pukul 11 tu aku ingat nak balik rumah dari rumah nenek aku. sebelah je pun. tiba-tiba ada orang panggil. Faiz rupanya. kawan sepupu aku. ah, dia ada lepak la kejap. aku dengan bangganya lepak la dengan dia sampai la ada yang lain datang. sepupu aku dah la balik kampung. mereka still lepak kat rumah dia. tapi dekat luar je lah. malam 1 Syawal aku berakhir macam itu je. pagi yang tenang dan sejuk membuatkan aku terjaga dari tidur yang nyenyak. lega rasanya selepas rehat beberapa jam yang menyegarkan. aku terus capai kunci kereta ayah aku dan ambil baju melayu aku. lupa nak keluarkan lah. dah ambil, mandi-mandi, pergi surau, solat sunat Eid Mubarak dan balik rumah. sarapan. biasa la pagi raya sarapan lemang, ketupat palas dan ketupat biasa. diserikan dengan rendang daging dan ayam masak kicap. aku pun balun semua yang aku makan. dan siap-siap semua, aku kumpul dekat ruangan tengah rumah nenek aku.

dari kiri : nenek,ayah,batrisyah,adik
ni pulak keluarga pak uda aku

kiri tu mak long aku, sebelah dia mak su aku
Gambar famili, adik yang last takde.tido

Dekat Bukit Kapar memang tak banyak gambar sebab tak banyak sangat event. so, kita pergi ke johor lah pulak.

Rabu pagi, aku bersiap nak balik Johor. dengan keterujaan yang melampau disebabkan satu sebab yang tidak pasti, aku pun siap la awal. kemas bilik yang dulunya selalu bersepah. sekarang tak dah. perjalanan dimulakan dan kami singgah Bangi dulu, letak baju kotor yang dipakai masa dekat Bukit Kapar. dah setel semua, berangkatlah kitorang ke Batu 19, Muar. sampai je rehat-rehat. tunggu la yang lain sampai. raya ketiga malam tu baru gerak beraya ke rumah sanak saudara.......

Kazen aku la nieh. qila namenye

Mak cik aku, Syaza

Dari kiri : Syaza, Qila, Farah

Behind the scene

Nie pak cik aku, Hafiy

Bersama makcik ku

bersama kazenku

Dapat time raya kedua. pening aku tengok
rumah first kitorang pergi
buat donno je la

aku pun tak tau apa yang dia tunjuk

rumah nenek nie besar.gua tak tipu bro

makan, tak ingat orang len.hahaha!
Gitu je la raya yang tak meriah mana. tapi, jumaat petangnya kami ni pergi la Batu Pahat. makan McD dan jalan-jalan dekat Square One kejap. main arcade ape bagai.

antara yang follow
standard la, cucu yang paling tua start dari kiri ye

makan jangan tak makan

korang tengok fries tu
kanan aku punya, kiri mak cik aku punya

dari banyak macam gambar atas tinggal nie je
terganggu aku

ada je side nak masuk
ingat adik aku x reti bawak kereta ke?
nie memang nak kena
kakaknya pun sama.


Haha, camni je la raya aku tahun nie. harap tahun depan aku lebih meriah dan lebih bermakna buat aku. tapi aku juga nak kan Ramadhan yang terindah. bukan sahaja Syawal yang aku inginkan. bersua lagi dalam entri yang akan datang. Selamat Menyambut Eid Mubarak 2011!!