Okeh, kembali menulis selepas beberapa hari raya. kali ni aku cerita sikit la pasal keadaan aku beraya tahun ni. walaupun tidak semeriah dan seindah rupa. tapi ok la dari tak raya langsung. first story aku cerita perihal di kampung halaman merangkap rumah lama aku bertapak jugak. Bukit Kapar, Klang.
Ok, start malam raya tu aku dah tak tahu nak buat apa. lebih kurang pukul 11 tu aku ingat nak balik rumah dari rumah nenek aku. sebelah je pun. tiba-tiba ada orang panggil. Faiz rupanya. kawan sepupu aku. ah, dia ada lepak la kejap. aku dengan bangganya lepak la dengan dia sampai la ada yang lain datang. sepupu aku dah la balik kampung. mereka still lepak kat rumah dia. tapi dekat luar je lah. malam 1 Syawal aku berakhir macam itu je. pagi yang tenang dan sejuk membuatkan aku terjaga dari tidur yang nyenyak. lega rasanya selepas rehat beberapa jam yang menyegarkan. aku terus capai kunci kereta ayah aku dan ambil baju melayu aku. lupa nak keluarkan lah. dah ambil, mandi-mandi, pergi surau, solat sunat Eid Mubarak dan balik rumah. sarapan. biasa la pagi raya sarapan lemang, ketupat palas dan ketupat biasa. diserikan dengan rendang daging dan ayam masak kicap. aku pun balun semua yang aku makan. dan siap-siap semua, aku kumpul dekat ruangan tengah rumah nenek aku.
 |
dari kiri : nenek,ayah,batrisyah,adik |
 |
ni pulak keluarga pak uda aku |
 |
kiri tu mak long aku, sebelah dia mak su aku |
 |
Gambar famili, adik yang last takde.tido |
Dekat Bukit Kapar memang tak banyak gambar sebab tak banyak sangat event. so, kita pergi ke johor lah pulak.
Rabu pagi, aku bersiap nak balik Johor. dengan keterujaan yang melampau disebabkan satu sebab yang tidak pasti, aku pun siap la awal. kemas bilik yang dulunya selalu bersepah. sekarang tak dah. perjalanan dimulakan dan kami singgah Bangi dulu, letak baju kotor yang dipakai masa dekat Bukit Kapar. dah setel semua, berangkatlah kitorang ke Batu 19, Muar. sampai je rehat-rehat. tunggu la yang lain sampai. raya ketiga malam tu baru gerak beraya ke rumah sanak saudara.......
 |
Kazen aku la nieh. qila namenye |
 |
Mak cik aku, Syaza |
 |
Dari kiri : Syaza, Qila, Farah |
 |
Behind the scene |
 |
Nie pak cik aku, Hafiy |
 |
Bersama makcik ku |
 |
bersama kazenku |
 |
Dapat time raya kedua. pening aku tengok |
 |
rumah first kitorang pergi |
 |
buat donno je la |
 |
aku pun tak tau apa yang dia tunjuk |
 |
rumah nenek nie besar.gua tak tipu bro |
 |
makan, tak ingat orang len.hahaha! |
|
Gitu je la raya yang tak meriah mana. tapi, jumaat petangnya kami ni pergi la Batu Pahat. makan McD dan jalan-jalan dekat Square One kejap. main arcade ape bagai.
 |
antara yang follow |
 |
standard la, cucu yang paling tua start dari kiri ye |
 |
makan jangan tak makan |
 |
korang tengok fries tu |
 |
kanan aku punya, kiri mak cik aku punya |
 |
dari banyak macam gambar atas tinggal nie je |
 |
terganggu aku |
 |
ada je side nak masuk |
 |
ingat adik aku x reti bawak kereta ke? |
 |
nie memang nak kena |
 |
kakaknya pun sama. |
Haha, camni je la raya aku tahun nie. harap tahun depan aku lebih meriah dan lebih bermakna buat aku. tapi aku juga nak kan Ramadhan yang terindah. bukan sahaja Syawal yang aku inginkan. bersua lagi dalam entri yang akan datang. Selamat Menyambut Eid Mubarak 2011!!
No comments:
Post a Comment