Pejam celik sepak terajang dan macam-macam lagi, rupanya dah sampai akhir-akhir bulan Ramadhan. masa kini agak cepat berlalu. tak tau la itu hati je ke atau memang da laju pun. datangnya bulan Syawal beberapa hari je lagi menandakan aku pun tinggal berapa bulan je lagi kat sekolah. wah, baru masuk tahun lepas, dah nak kena keluar. tapi bukan pasal tu aku nak citer. citer sedih-sedih nie nanti-nanti je la an.
Aku bukan nak citer pasal apa sangat. bila raya dah nak menjelma nie kan, ramai la mak-mak yang akan ajak suaminya yang tersayang untuk keluar cari keperluan anak-anak mereka. tak kira la yang kaya ke sederhana ke mesti ajak walaupun mereka akan berbelanja mengikut keperluan. ok, kalau citer pasal berbelanja nie, tak ramai yang sedar mereka mungkin akan membazir untuk certain things yang diorang beli. ada setengah orang beli baju melayu or kurung banyak-banyak. sampai 3-4 pasang. memang la raya tu sebulan tapi tak kan la nak pakai baju raya tu semua. pastu abis raya nak pakai pun liat. yang kerja pergi ofis bukan semua pakai baju kurung or melayu. kalau pakai pun hari jumaat je. dan itu pun (bagi lelaki) bukannya pakai lengkap. ada yang kenakan baju dia dengan seluar slack, seluar jeans. baju pakai seluarnya tak. samping raya apatah lagi an.
Balik kampung nie memang tradisi la untuk rakyat Malaysia ni. tak kira la balik Kangar ke, Pasir Mas ke, Muar ke, mesti balik. yang duduk kat UK pun sanggup balik kalau cuti semata-mata nak sambut raya dengan sanak saudara. dan memang akan jadi tradisi juga la bila balik kampung ni ada yang tak sampai. menyimpang ke tempat lain. ke mana? hospital la. eksiden. ni yang pelik, asal raya je tak kira la raya apa, asalkan cuti dia panjang, mesti ada eksiden. pelik bebenar aku ni la. kalau sangkut dekat hospital tu ok lagi la. ada harapan untuk sembuh. kalau masuk rumah yang ada dua tiang kat atas terus macam mana? kita hari raya ni nak happy. yela sebab dapat jumpa relative kita yang dah lama tak bersua muka. nak jumpa sepupu yang korang kenal dan kurang kenal? ha time ni la korang nampak nanti. pastu baru la korang cakap "oh, akak yang kerja kat McD tu cucu angkat atuk aku rupanya.". tak ke gitu menariknya hari raya nie.
Antara yang orang ramai tahu tapi ramai yang tak buat. termasuk la aku dalam kalangan orang itu. puasa 6 bro. mungkin ada yang pernah buat. mungkin ada yang setiap tahun buat. mungkin ada yang dah bertahun tak buat dan mungkin ada yang memang tak pernah langsung buat. yla, kalau yang tak tahu kebaikannya buat amalan nie, sapa nak buat. macam jugak derma. kalau korang tak tahu yang derma ni dapat pahala ada orang buat tak? tak adanya. manusia hidup kalau nak buat sesuatu mesti la ada ganjarannya. tak kira la dapat duit ka, dapat makan ka or apa-apa je. yang tak ada ilmu mesti la kata "ala, puasa 6 ni pon macam puasa sunat yang lain gak. baik takyah.". sesetengah lagi yang tahu bende nie lain dari yang lain mesti akan puasa 6 gak walaupun macam mana susah sekali pun.
Ok, ngan sikit point kat atas tu, kita da boleh buat conclusion la yang semua orang memang menunggukan bulan Syawal nie menjelma. lagi-lagi budak-budak kecik yang tahunya nak duit raya. apa-apa je la. tapi kene ingat, dalam korang nak beraya nie, tak kira la sakan ke gitu-gitu je ke ada gak insan yang bukan tak beraya, tapi menderita kerana kepayahan hidup. disebabkan itu la kita diwajibkan membayar zakat fitrah. ayah hangpa dah bayar zakat belum? kalau dah ye bagus. kalau tak tau dah ke belum, g la tanya. ingatkan dia. mana la tau dia terlupa nak bayar. bukan tak nak bayar. pesanan ringkas dan mudah, jaga keselamatan dan kesihatan. jaga pemakanan time raya nanti. yang nak trial SPM tuh raya je la macam biasa. kalau ada kerja sekolah tu lupakan la untuk sehari dua. nanti nak g lawat sanak saudara jangan nak mengada bawak buku sejarah pulak g baca kat depan diorang. nanti timbul gosip baru 'eleh, bajet rajin je budak tu'. aku tak tau. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahiriah wal Batiniah. kalau ada salah tulis ke yang menyinggung perasaan, harap dimaafkan. last word, raya tu raya gak tapi kesihatan jangan dilupakan.
p/s: tak beraya sangat la aku tahun nie. hish, sabo je lah!
No comments:
Post a Comment