Sunday, August 21, 2011

Ok, kita tukar sikit kali ini (club review)

Tukar? apa yang nak ditukarnya? sebenarnya saja je tukar tajuk sikit. jadi macam first time tulis blog an. ok, club review. club mane? errr....... kelab favourite la, Manchester United Football Club. or singkatannya MUFC. kenapa lak nak main review-review kelab bola sepak nie? ok, aku saja je lah. apa salahnya. bukan selalu. aku tulis nie pon lepas setahun untuk review yang pertama. nanti la pasni aku buat untuk kelab lain. macam Stoke City ke. amacam?

Musim baru. player baru. 3 keluar, 3 masuk. yang keluar tu keeper Edwin Van Der Sar, defender Gary Neville, dan midfielder pujaan ramai, Paul Scholes. yang masuk, semua pemain muda lah. ini amalan biasa Sir Alex Ferguson. keeper Spain U-21, David De Gea. bekas midfielder Aston Villa, Ashley Young dan bekas defender Blackburn Rovers dan jugak pemain England U-21, Phil Jones. yang baru tiba bersilih ganti. yang lama pergi meninggalkan pengaruh di kelab masing-masing. ok, MU kali ini boleh dikatakan tidak terlalu kebal kerana mereka kehilangan sebutir permata di bahagian midfield. permata yang boleh dikatakan bersederhana dalam hidupnya dan tak pernah dengar pulak pasal kontroversi tentang dia. dia ialah Paul Scholes. tapi betul ke kehilangan dia dirasai MU buat masa sekarang??

Jawapannya adalah tidak. hal ini kerana keluarnya dia, datang pula generasi baru yang sememangnya telah teruji di EPL ni. nama dia ialah Tom Cleverly. ingat nama ini. salah seorang produk akademi remaja mereka. Cleverly ni gak walaupun dia tak berapa famous lagi sebab tahun lepas main untuk Wigan, tapi selepas performance yang dia tunjuk masa Community Shield versus Manchester City, musuh setempat yang dianggap bising oleh Sir Alex, beliau menyatakan bahawa prospek muda ini ada masa depan yang cerah di Old Trafford. selain dia, kemasukkan Young, kebangkitan Nani dan permainan bertenaga Valencia akan memperkuatkan  bahagian midfielder. ditambah dengan kualiti yang dimiliki oleh pemain midfielder lain seperti Fletcher, Carrick, Ji-Sung dan ramai lagi akan memperlihatkan bahagian midfield yang kukuh. bagaimana pula di bahagian lain khususnya striker yang banyak bergantung kepada bintang England, Wayne Rooney?

Bahagian tersebut bakal membuatkan Sir Alex akan makan paracetamol setiap kali untuk meletakkan siapa yang sepatutnya masuk pada perlawanan tersebut. dengan Chicharito, Rooney, Macheda, Welbeck, Owen, Berbatov, pilihan serangan berkelas dunia adalah banyak. cakap je gabungan macam mana yang Sir Alex nak. tua muda? pantas dan back up striker? tinggi dan penghantar terbaik? unexpected dan unexpected too? cakap la. ada di sini. mungkin kali ini mereka mampu mencatat sejumlah gol yang banyak berbanding musim lepas. mungkin mereka akan memenangi kejuaraan ke-20 EPL. tapi ini perlu dilihat dari sudut defender gak. tak mantap macam mana nak menang?

Bahagian defender tak ada masalah sangat sebenarnya. cuma kecederaan yang melanda Rio dan Vida mungkin menyukarkan pertahanan MU untuk membina benteng yang kukuh. tapi dengan Evans, Smalling dan Jones di bahagian tengah, mereka masih tidak terusik dengan asakan bertali arus lawan. kemampuan Evra, Rafael dan Fabio untuk bertahan dan naik menyerang sememangnya diperlukan untuk elemen mengejut MU. kehadiran De Gea, ditambah dengan Lindergaard dan Kuszczak, sorang injured, dua lagi mari. dengan De Gea yang masih belum membiasakan diri dengan suasana EPL, mereka berdua adalah pengganti yang sesuai untuk dia jika keadaan mendesak.

Dan ini adalah yang penting. MU perlu mempertahankan kejuaraan. dengan jiran mereka, Manchester City semakin menghampiri mereka dalam persaingan ini, mereka perlu berterusan kompetetif dalam semua perlawanan. Sir Alex juga sudah mula meng-highlight-kan satu tarikh yang keramat. iaitu tarikh final UEFA Champions League di Allianz Arena. cita-cita beliau yang tinggi menggunung tu perlu direalisasikan oleh para pemain ketika waktu beliau untuk bersara semakin hampir walaupun masih lagi tiada berita tentangnya. dengan kelab-kelab lain mula mennjukkan belangnya, musim kali ini pasti sukar untuk MU dan kelab-kelab yang lain.

No comments:

Post a Comment