Saturday, August 6, 2011

Macam mana aku 'bekerja' di rumah.....

Greetings and assalamualaikum. good day comes with a good mood. wah, hodoh bebenor ayat yang aku buat sendiri tu. ape kepeliknya ayat tersebut. BI dah la tak berapa nak handal. agaknya kena pakai serbuk pencuci Handalan baru terer.... (lawak stupid). baiklah, merujuk perkara diatas, adalah dimaklumkan bahawa itulah tajuknya blog ini pada kali ini. apa menariknya? ala, orang nak show off jer tempat kerja yang paling messi messy dalam rumah nie. standard lah, kalau meja kerja kartunis pun bersepah. inikan pula meja kerja seorang pelajar belasan tahun.

Bilik gua ni tak ada la besar mana. cukup sekadar 2 orang tidur dalam satu bilik je la. bilik dah la sempit, kira ok lagi. tapi dalam bilik nie jugak lah tersumbatnya meja kerja aku. kalau satu boleh terima lagi. tapi kalau sampai dua, apa aku boleh buat. apa? kurang jelas la suara... kenapa sampai dua meja? oh, mudah je. satu untuk study satu lagi untuk pc aku nieh. apa lah, kata gamer, mesti la ada pc. dari game secikai-cikai angry bird sampai la seganas-ganas Black Ops (rate dia ganas) aku ada. eh, lari tajuk nie. function pc nie memang la lebih kepada game je. tapi ada gak aku buat kerja kat sini. macam presentation. pc ni gak la yang biasa teman aku time-time tak menentu bila buat kerja.

Kalau yang dah pernah masuk dalam workplace aku ni, memang diorang agak terkejut sebab aku banyak barang ley jadi personal. like pc la. laptop also I used it in my room. so kiranya agak private la bile buat kerja. tak ada la ada yang tengok je kat belakang an. ok, bila menghadap dua meja ni, belah kanan pc dan belah kiri meja kerja. so, yang belah kiri akan senantiasa bersepah walaupun dikemas saban hari. bukan nak kata aku suka sepahkan bilik. tapi kalau dah namanya tempat kerja, mana lagi aku nak letak barang-barang kerja aku ni an. mestilah atas meja kerja. terfikir gak kadang-kadang, 'ni kalau tambah semeja lagi mesti best. mesti mau lah'. tapi ayat tuh cuma pertaruhan yang tak mungkin akan berlaku. sebab dah tak ada ruang nak letak meja kat mana. kalau ada aku dah tak tidur atas katil agaknya. bentang toto je lah. boleh jugak tuh.

Aku kerja dalam keadaan yang kurang selesa bila meja tak berkemas. dan selesa tahap dewa bila meja tu clean jer. bayangkan bila bersepah. aku cuma ley letak sehelai kertas A4 je dan A4 tuh sebagai kerja aku. tak ke terlalu 'selesa' tempat macam tu. tapi bila aku kemas, ada barang aku letak kat tempat lain dulu, nak tidur kat situ pon boleh. maknanya, tidur stail duduk macam yang anda biasa buat di kelas tu an. ha, gitu lah. meja pc aku jer tak pernah bersepah. sebab tu aku mampu menulis blog dengan aman. kalau bersepah pon cuma dengan kabel usb yang berlonggokan sebab aku banyak sangat alatan yang pakai kabel-kabel nie. aku memang suka bila ada bende-bende berkaitan komputer disisi.

Kalau ikotkan hati dan fikiran, tak ada apa sangat aku nak tulis. cuma yla sekadar memenuhi masa-masa yang tidak ternilai nie. 'setiap yang berlaku ada kebaikannya, harus pejam mata dan cuba apa saja', itulah kata-kata Najwa Latif. tak kenal aku tetak sorang-sorang. mungkin aku tulis blog nie untuk dapat idea baru. mungkin memang entri kali nie memang aku sengaja nak merapu coz aku tak abis belek blog orang lain untuk disunting bahan dan ditulis menggunakan akal fikiran yang waras nie. apa pun yang berlaku, apa yang aku tulis, apa yang aku tayang dan tunjuk, terpulang kepada korang untuk menyatakan kritikan atau pujian. macam mana aku kerja kat rumah bagi certain orang tu tak la penting mana. tapi aku nak tunjukkan kat korang-korang nie yang tempat kerja yang kondusif menjamin kejayaan pada masa hadapan. ada yang kata, 'kat asrama aku boleh blaja kaw-kaw, kat rumah aku bantai tido je'. miss concept lah tu. suasana di rumah dan di asrama memang lain geng. tapi ingat, kita semua memulakan segalanya di rumah. macam mana hardnya dapat kita belajar kat sekolah, kalau kita kat rumah jadi macam batu je, tak tau nak wat apa payah gak. mungkin aku kurang sesuai nak memberi kata-kata camni. tapi aku ada hak untuk mengatakannya.

Akhir kata, syukuri apa yang kita ada. mak ayah sanggup berkorban harta untuk lihat anak mereka berjaya. mintaklah apapun yang berkaitan dengan pelajaran. jika mereka mampu, mereka tidak akan menangguhkan permintaan seorang anak itu. aku tahu sebab macam gitu gak lah situasi aku. aku tahu mak ayah aku sayangkan aku. mereka akan tolong aku sehabis mungkin untuk aku berjaya dalam hidup. termasuklah dengan menambah meja nombor dua nie. aku tak mintak, tapi untuk kasi aku selesa, diorang belikan jugak. thanks ayah mama. tanpa dirimu, siapalah daku ini (ayat nak jiwang gak tu.). sekian.

p/s: sekali lagi nak letak gambar tak dapat. ceh!!

No comments:

Post a Comment