Sunday, August 14, 2011
Masalah? itu biasa.
Ha, aku nak tanya nie. mana lagi sedap nyanyi? Chester ke Adele yang lagi masyuk? kalau ikutkan diorang nie memang ada kelebihannya yang tersendiri. mungkin ade yang kata, ori lagi sedap. ada mungkin yang kata, LP bawak lagi best. apapun korang cakap. apapun korang fikir. tak effect apa pun kat aku. dan memang tak effect langsung kat dua insan yang aku sebut tadi tu. terpulang la pada individu untuk menilai mana yang terbaik.
Macam tu jugak bila kita menilai situasi yang berbeza. contohnya kalau kita ada masalah an. kita fikir punya la baik nak amik jalan mana. jalan kiri ke jalan kanan? or, mula balik dari awal. jauh nak pusing tu. contoh situasi yang aku ley fikir time-time nak raya nie la. mak offer. nie mungkin lebih pada laki la. ayat mak tu lebih kuang camni la ye. 'kau nak McBeth ke Supra ke Nike Air force? baik kau pilih..'. tiga benda mak korang suruh pilih. aku tak pasti la an ejaannya betul ke salah ke yang penting gitu la ayat mak korang. ada tiga benda nak pilih cuma satu je yang muktamat. kiranya mak korang nie memang tak ada nak kasi talian hayat lagi dah. sekali amik tiada lagi penyesalan selepas itu...
Aku biasa kalau masalah-masalah dunia ni aku akan nilai situasi tu dulu. kalau macam aku amik cara ni apa yang mungkin terjadi. kalau aku amek cara yang ni pula apa yang berlaku. setiap masalah lain caranya. dan setiap cara lain endingnya.aku percaya la yang membaca nie tahu menilai situasi terkini mengenai masalah mereka. mungkin de yang baca nie ada masalah hati dan perasaan, mungkin masalah kewangan, mungkin juga masalah exam. lawak apa exam pun masalah. tapi itu la realiti kehidupan. cara menyelesaikan masalah ialah apa yang kita akan buat untuk menenangkan diri terlebih dahulu. kemudian tindakan awal untuk menanganinya. dan akhirnya tidakan susulan atas tindakan awal tadi. bukan senang nak selesaikan satu masalah. kalau senang macam tarik n hembus nafas takyah ada masalah pun takpe.
Kalau la ada orang tanya aku, 'ko de masalah ke tak?', aku memang direct je cakap tak ada. walhal dalam hati kata 'banyak lah. muka aku nie muka orang tak ada masalah ke ha sampai tak perasan?'. macam tu la aku. masalah sendiri aku senyap. masalah orang aku wat tak tau. masalah dunia aku amek tau gak kadang-kadang. masalah nie sentiasa bermain-main di sekeliling kita. orang selalu gak cakap. pengalaman mematangkan kita. memang pun. masalah ni sebenarnya sebahagian proses untuk menjadikan kita seorang yang matang. menjadikan kita seorang yang mampu berfikiran rasional. kemampuan kita berfikiran rasional membawa kita selangkah ke alam dewasa. ketika kita di alam ini nanti, fikiran yang rasional memainkan peranannya. banyak jugak masalah yang kita tempuhi time-time remaja nie. paling common la an, c.i.n.t.a. mak korang mungkin pernah pesan, 'nak bercinta tunggu la lepas masuk U nanti.'. tapi pesanan nie la yang dalam beribu kita dengar, ni yang paling kerap orang langgar. sebab apa? sebab kurang kasih sayang.
Aku bukan nak kata aku tak pernah. aku pernah lah wei. tapi aku jenis yang bercinta, kat luar sekolah je lah. dalam sekolah bercinta kene tangkap sama abe berpangkat malas nak jumpe yang belah atas tu. nanti membebel tak stop-stop. macam dengar kereta lalu kat tepi highway. tak aku tak sampai setahun dah bye-bye la. mungkin tu gak la the best untuk aku. mungkin bukan untuk dia. aku mana la tahu. time tu memang aku da start pentingkan diri. da nekad, 'apa nak jadi, jadilah.'. bila aku da start cakap camtu, memang aku dah tak tahan la. aku adjust ayat sikit. pastu the end. ilang satu masalah. sonang idop den nie jang oi. tapi time tu nak fikir dua kali malas dah. so bantai je la an.
Aku biasa tengok orang de prob yang lagi besar dari aku. walaupun aku cakap ngan diorang, 'yang terbaik tu memang dari Allah, tapi kau yang memilih yang terbaik tu.'. yla, Allah da bagi kita jalan depan mata. tinggal nak pilih je. nak yang jalan A ke jalan B. tak tau la kalau ada situasi yang bagi jalan C. yang penting, jalan-jalan cari makan tu tak ada ye. aku start kali ni aku da mula fikir, perlu ke aku terbawa-bawa sumtink yang aku tak patut bawa ke hulu ke hilir. so, ngan bangganya aku amik keputusan. biarkanlah ia menjadi sesuatu yang aku ley simpan didalam hati nie. kalau aku simpan memang takkan melarat la sampai ganggu pelajaran aku. sampai ganggu emosi aku. sampai ganggu fokus aku. simpan ia jauh-jauh dari hati ini untuk sementara waktu, ish, simpan jer lah.
untuk stopkan penulisan ni, aku cakap sikit la. setiap masalah yang datang ada jalan penyelesaiannya. dan setiap penyelesaian ada pengakhirannya. dan setiap pengakhiran itu ada yang terbaik dan ada yang terburuk. pilihlah kesudahan yang terbaik agar tiada hati yang berduka lara. jangan fikirkan perasaan sendiri ketika membuat keputusan. fikirkan juga perasaan orang yang terlibat dalam masalah anda. aku pernah tersilap sekali dan aku da janji tak nak ulanginya lagi. bagi aku, let the bygone be bygone. itu je yang aku ley katakan. sekian..........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment