Saturday, August 6, 2011

Terpengaruh atau Dipengaruhi??

Greetings readers! or in other word, assalamualaikum. ha, ape lak penulis nak tulis kali nie. mungkin korang dah dapat tangkap sikit-sikit ape yg aku nk tulis nieh. yla, kate orang, tajuk mempengaruhi tulisan. iyakan aje lah. tapi memang betul pon. kali nie nak cakap yang simple-simple je. ayat dasarnya aku tak pasti la betul ke tak sebab aku bukan munsyi BM. pengaruh. dalam dunia nie memang banyak sangat pengaruh. antara pengaruh yang biasa-biasa la an, politik, movie dan lagu. yang luar biasa sikit, Freemason. haha, giler tak giler.

Nak kate aku nie ada pengaruh, tak ada kowt. yla, as usual, hiding behind the enemy line. fuh, influence movie lah nie. dalam bab camni, pengaruh bagi tahap aku nie an bese la. yang paling ganas pengaruhnya ialah movie or filem. sama je bende tuh tapi saje nak tulis gak. sekolah aku sekarang, fuh, proper word kadang-kadang tak pakai. ayat camne kitorang pakai? camni jer. "lu menyalak aaaa, manyak kuat. serupa anjing. dog ka?". lebih kurang camtu la. ayat mana tuh? eh, kalau ayat nie tak kenal jangan nak berani-berani terus buat-buat tak kenal. itu ayat filem KL GANGSTER la. aku tak nafikan citer tu memang menyedarkan rakyat tentang gangster Malaysia nie. bukan nak suruh join pon, nak bagi orang tak masuk ye ada. ayat camni da bosan dengar. ulang je la ayat tu berkali-kali. buat ayat sendiri pakai slang filem tuh tak boleh ke?

Ala, kalau dengan filem tuh, aku kengkadang memang la terikut sekali. tapi antara yang aku rasa cam best untuk dijadikan idea pada masa depan yang berpengaruh dari certain filem tuh, IRONMAN la wa kasi. lu tanya apa pasal ka? sebabnya mudah jer. sut dia. hahahaha. ape kebabal penulis nie. taksub giler dengan sut dia? aku bagi sebab mudah la. sebab sut dia orang ley cipta satu hari nanti. walaupun untuk military defence, tapi tak mustahil. ha, ini dipengaruhi. nak kata terpengaruh pon boleh. no hal lah. tapi aku ingat nak cuba try test la buat sut tuh. mana la tau an nanti aku jadi top macam Tony Stark tu an? masuk majalah Forbes.

Filem lain yang aku rasa terpengaruh gak ialah siri filem Fast And Furious. dari yang first sampai yang latest. influence aku dari segi kereta yang depa pakai. tapi, banyak-banyak siri citer nie, banyak-banyak kereta yang diorang tunjuk. satu je yang aku suka. Skyline R34 dan Skyline R35. memang kereta nie satu je tapi ada beza. sorang 'abang' sorang lagi 'adik'. mana yang aku lagi suka?? tentulah si 'abang'. sebab apa? jangan nak banyak tanya sangat lah. sebab kereta tu antara yang paling sedap dimakan dipandu dalam apa je keadaan. kereta lebar dah. laju tak payah nak citer sangat lah an. itu memang bidang dia la. lagipon kalau customize memang cantik. tak payah nak ubah sangat dah cukup garang. lagi garang dari cikgu disiplin sekolah aku. (sori cikgu!!!!)

Inilah si 'abang' tuh
Ha, tetibe datang pulak last idea yang bernas. cakap pasal kereta. ada gak pengaruhnya. camne? sabo, baru nak tulis. caranya dengan converting kereta. waja jadi evolution. so, waja + evolution = wajalution!! wah, bapak huduh perangai orang yang bagi istilah nie. tengok depan an, dah nampak evo nie, sekali lalu sebelah, fuh berderau. tengok lampu belakang.......... tak guna, waja rupanya. ada lagi, gen 2 + G35 = G35. tapi nie memang kantoi abis la kalu diorang tak hilangkan lambang proton. ape la. nie ada lagi yang aku ingat. satria neo + subaru impreza WRX STI (yang latest) = memang camn subaru. tapi aku memang berani cakap la. yang laki-laki men convert-convert nie, sebenarnya lagi kaya daripada pemilik asal Evolution, G35 ngan Subatu Impreza. reasons? senang. diorang ada duit nak convert kereta diorang. pemilik Evolution asal, ada ke duit dia nak convert jadi waja? or yang iras-iras dengannya. tak ada bro. kalau ada pun dia memang bangang sebab dah elok-elok beli Evolution IX nak tukar jadi waja. giler ke ape?!

Haha, walaupun macam a bit lari dari tajuk asal tapi sebenarnya betul jugak. ye lah. pengaruh ni biasanya akan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. kalau korang tak influence orang dalam jumlah yang ramai, mungkin pengaruh tu hanya pada famili sahaja. itu skop paling kecil la tuh. dan pengaruh nie bukan je pada filem, lagu atau kereta idaman. tapi akhlak yang mulia pun boleh buat orang terpengaruh dengan kita. terpengaruh untuk jadi lagi baik. jadi, ingatlah, bahawa pengaruh yang baik akan mempengaruhi orang disekelilingnya untuk menjadi baik dan begitulah juga sebaliknya. kekalkan diri dibawah pengaruh yang baik, nescaya anda akan menjadi baik. itu jer kowt aku nak tulis kali nie. sekian.

p/s: ada ke yang nak tukar perdana jadi Skyline R33, 'abang' R34 dan R35? dan jangan pikir laki je yang wat keje meng-convert tuh. wanita pun ada lah.

No comments:

Post a Comment