Tuesday, April 24, 2012

Linkin Park-Burn It Down


Lyrics:


The cycle repeated, 
As explosions broke in the sky, 
All that I needed, 
Was the one thing I couldn't find, 
And you were there at the turn, 
Waiting to let me know, 

Chorus:
We're building it up, 
To break it back down, 
We're building it up, 
To burn it down, 
We can't wait, 
To burn it to the ground.

The colors conflicted, 
As the flames climbed into the clouds.
I wanted to fix this, 
But couldn't stop from tearing it down.

And you were there at the turn, 
Caught in the burning glow.
And I was there at the turn, 
Waiting to let you go.
We're building it up, 
To break it back down, 
We're building it up, 
To burn it down, 
We can't wait, 
To burn it to the ground.

You told me yes, 
You held me high, 
And I believed, 
When you told that lie.

I played solider, 
You played king, 
Struck me down, 
When I kissed that ring.

You lost that right, 
To hold that crown, 
I built you up, 
But you let me down.

So when you fall, 
I'll take my turn, 
And fan the flames, 
As your blazes burn.

And you were there at the turn, 
Waiting to let me know.

We're building it up, 
To break it back down, 
We're building it up, 
To burn it down, 

[We can't wait, 
To burn it to the ground.
So when you fall, 
I'll take my turn, 
And fan the flames, 
As your blazes burn. ] x2

We can't wait, 
To burn it to the ground...

Friday, April 20, 2012

Permansuhan PTPTN-Baik Buruknya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. PTPTN. pinjaman. masuk universiti. berkait benda ni. tapi baru-baru ni (lama dah sebenarnya) timbul pula cerita dari pihak pembangkang nak mansuhkan PTPTN sebab ia menyusahkan rakyat Malaysia. kos pemansuhan/penghapusan ada yang cakap RM 40 juta (PR) dan ada yang cakap RM 50 juta (BN). aku tak tahu mana satu yang betul sebab aku tak jaga keluar masuk duit negara. aku tak buat anggaran kos pemansuhan ni. bukan nak debat pasal PTPTN tapi nak cakap sikit je baik buruk PTPTN hilang dari bumi Malaysia.

Meh kita lihat baik dulu. mesti la, orang kalau dengar perkhabaran biasanya nak dengar yang baik dulu. pertamanya ramai la rakyat Malaysia yang ambil SPM tak mungkin akan dapat bawah 7A (sebab ikot sekolah menengah biasa). percayalah, tak turun gred pun budak-budak akan dapat 7A and above. sebab PTPTN tak ada tinggal biasiswa. biasiswa mesti ada gred yang dia dah tetapkan untuk students dapatkan biasiswa mereka. so, siapa yang masih dapat bawah 7A. maaf, sila tanggung sendiri kos pembelajaran anda.

Yang kedua ialah tidak membebankan pelajar dengan hutang PTPTN tu sendiri. nak bayar balik kalau kerja gaji ok, stabil hidup tak apa. ni kena yang kerja workshop gaji bawah RM 2000, adik-adik bawah ramai nak kena tanggung. hidup miskin. penat mereka nak bayar duit PTPTN. tempoh bayar balik pun agak lama (bergantung berapa banyak anda pinjam). pinjam banyak kena bayar banyak (standard la).

Yang tak menariknya pula kalau lah PTPTN ini dihapuskan, yang tak dapat atas 7A tu memang confirm kena tanggung kos sendiri. tak kesah la anda kaya atau miskin. sila tanggung sendiri. kerajaan tak nak tolong. sedih juga nanti ramai yang tak dapat masuk universiti tempatan. nak masuk kolej swasta pun susah sebab lagi banyak pakai duit.

Next, pastinya akan ramai persaingan. tak kesah la masa nak mohon pinjaman/biasiswa atau masa nak masuk universiti. U kita akan penuh dengan budak-budak pandai yang amat pandai. kolej swasta akan ada ramai budak pandai juga. dan di luar negara yang kerajaan hantar semua pandai-pandai. yang suam-suam kuku je pandainya (macam aku) nanti macam mana? duduk rumah je la goyang kaki tunggu duit jatuh dari langit nak tampung kos sara diri.

Apa macam? relevan?  sikit je kot kesannya yang aku dapat fikirkan. aku tak tahu la mungkin ada yang tak akan terjadi. sebab kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. kebanyakannya semua diatas adalah prediction sendiri. berlaku atau tidak belakang cerita.

p/s: tulis je la dari tak tulis, otak pun beku je tak berfikir.

Tuesday, April 10, 2012

Respect

Assalamualaikum dan salam sejahtera. bila ada idea kena la tulis takut terlupa. bila tak ada bahan kita boleh cari. orang lain banyak pakai gambar untuk membuatkan orang terhibur membaca blog mereka. tapi bagi aku, aku lebih suka guna video sebab orang akan khusyuk tengok walaupun ambil masa yang lama nak main video tu (dah buffer je). tapi aku hormat semua cara mereka. dan itu apa yang aku nak tulis kali ini. Respect atau dalam bahasa melayunya hormat. kenapa hormat? jangan ditanya. idea datang dalam bentuk yang tak diduga. kadang-kadang bila anda tengah melabur pun idea boleh datang.

Meh aku tunjukkan dari mana idea aku datang.



Maaf. 18 SG sikit. tapi dari match ni la datangnya idea tentang respect. dah akhir match ni (kalau ada), anda akan lihat bagaimana Undertaker membantu Triple H untuk keluar dari gelanggang. dan dah sampai tempat masuk mereka sempat berpelukan untuk tunjukkan bahawa mereka menghormati antara satu sama lain. memang ada yang cakap bahawa WWE ni sebenarnya lakonan semata-mata. tapi apa-apa pun, ambillah iktibar dari sikap mereka. hormat kepada yang lain. tak kira sama ada musuh ataupun kawan.

Respect ni ada banyak jenisnya. hormat ibu bapa itu adalah sangat penting. sebab tanpa mereka, kita tak akan lahir di dunia ini. mereka yang banyak berkorban untuk kita. mereka lah yang banyak membimbing kita ke jalan yang benar. merekalah yang mencorakkan peribadi kita. janganlah nanti bila kita dah besar, kereta besar gaji lima angka kita lupakan mereka. bila mereka tua mereka akan kembali menjadi seperti bayi. akan hilang keupayaan untuk menguruskan diri sedikit demi sedikit (bergantung kepada seseorang) sehingga mereka kembali kepada Allah. jadi, bantulah mereka selagi mereka masih lagi hidup. hidup mereka hanya sekali. janganlah persiakan mereka.

Hormat kepada rakan-rakan. antaranya hormati hak mereka menjaga privacy ataupun kehidupan peribadi mereka. jangan masuk campur atau dedahkan jika perkara tersebut mengeruhkan lagi keadaan ataupun perasaan rakan-rakan anda. jangan cuba sekali-kali menyakiti hati mereka kerana mereka juga adalah manusia macam kita juga. ada hati dan perasaan. jika ini tidak dijaga, hilang kawan adalah kesan yang akan berlaku. hilang seorang kawan memang akan ada kawan lain yang akan datang. tapi kawan yang baru itu tak sama dengan kawan yang sudah meninggalkan kita. jaga pertuturan, jangan cuba menyentuh isu sensetif jika dia tidak rela.

Kemudian dengan orang yang kita tak kenal ataupun senior/junior kita. semua orang pernah sekolah (siapa tak pernah, aku tak nak cakap apa-apa). kita tahu kita perlu menghormati senior kita. jika kita tak hormati mereka, mungkin akan ada perang epik antara junior dan senior berlaku. bukan mudah untuk membina keserasian antara satu manusia dengan manusia yang lain. tapi melalui sekolah kita boleh disatukan dan kita menambah kenalan sama ada dengan senior atau junior. dengan orang yang kita tak kenal pula kita kena menunjukkan sikap yang positif. supaya orang tidak salah anggap dengan kita. dengan memberikan senyuman pun orang dah boleh agak kita ni baik. kan senang.

Hustle, Loyal, Respect. ini adalah tag line John Cena. sedangkan bintang WWE ini pun menggunakan respect sebagai moto hidupnya. dan dalam semua perhubungan, tak kira la kawan ke, anak parents ke, awek pakwe ke. semuanya perlukan hormat. anda menghormati hak mereka, mereka akan menghormati hak anda. "if you want to be respected, you must respect the others first".

p/s: belajar adalah perkara yang berterusan. even nak hormat orang pun kena belajar.

Wednesday, April 4, 2012

Old School VS New School

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. tajuk diatas ni bukannya nak cerita pasal sekolah. maaf la. tapi menceritakan ataupun menyenaraikan siapa yang lagi untung. old school ni lebih kepada generasi lama macam mak ayah kita. new school ni kita sendiri. siapa lagi bertuah? mungkin ada sesetengah aspek yang old school menang, ada sesetengah yang new school menang. mari kita tengok.

Old school ni dulu-dulu best. banyak sungai yang mereka boleh terjun. cakap je sungai mana nak terjun. mesti boleh. sebab dulu-dulu sungai masih lagi cantik. tak ada sampah dalam sungai. flow cantik je. tikus pun tak ada yang nak kencing dalam sungai. so sekarang ni sungai-sungai orang nak mandi pun kena beware dengan ancaman kencing tikus. sebab apa? sebab orang ramai tak jaga kebersihan tempat rekreasi. buang sampah sana sini. kesian kepada newbie yang baru nak merasa mandi sungai tak dapat.

Old School 1-0 New School.

Dulu-dulu televisyen cuma ada dua channel, TV1 dengan TV2. tv pun hitam putih. nak hidupkan tv tu pun tunggu berminit-minit. dulu-dulu tak ada alat kawalan jauh. nak tukar siaran kena la bangun dari tempat duduk dan tukar siaran. kesian. sekarang ni, basic channel ada 7 siaran. yang basic. dengan astro lagi. banyak tu. sekarang dah ada remote. so orang nak tukar siaran tak payah nak bangun macam dulu. sekarang tv ada warna. dulu tebal lama-lama nipis dengan pelbagai jenis macam LED, LCD dan ada yang boleh sokong 3D.

Old School 1-1 New School.

Dulu 1 sen dah boleh beli gula-gula satu. dulu kalau pergi sekolah bagi dua ringgit tu dah boleh beli macam-macam dekat sekolah. siap boleh berjoli la senang cerita. seboleh-bolehnya kalau ada baki tu mereka simpan. katanya untuk masa depan. itu cerita lama. orang sekarang, bagi seringgit pun tarik muka. adui. bagi RM10 pun belum tentu cukup. siap minta lagi ada la. tak reti sangat nak berjimat. kalau bagi RM 10, hari tu gak dihabiskan. tak ada tinggalkan baki pun untuk esok.

Old School 2-1 New School.

Siapa sampai 3 dulu? haha.

Ok, kita sekarang dalam zaman moden. kita ada UNIFI sekarang. makin laju untuk melihat dunia luar dari dalam bilik kita. dalam masa yang sama kita boleh bersosial dengan rakan-rakan dalam talian je sekarang. nak berhubung sama ada anda talifon menggunakan HP anda ataupun Skype. surat da jarang la orang pakai nak tanya khabar. orang pakai email. dulu-dulu susah. nak tanya khabar awek pun kalau jauh guna surat. surat da la lambat sampai (standard 3 hari). nak talifon pun nanti kena sambung dekat operator. kalau kejap tak apa.masa tu komputer tak ada. internet lagi la.

Old School 2-2 New School.

Lastly, penentu. orang dulu bila ajak main. mereka akan keluar dan bermain. bola sepak sehingga sekarang. yang mereka main contohnya konda-kondi, galah panjang, teng teng, main tarik pelepah kelapa tu yang ada orang atasnya, kita tarik dan beberapa lagi permainan tradisional. itu dulu. sekarang ada la juga yang main macam tu tapi jarang. so orang tak berpeluh. budak sekarang main permainan video contoh Call Of Duty, Assassin's Creed dan macam-macam lagi. ni orang tak berpeluh cuma banyak pakai otak. kalau permainan lama berpeluh, otak pun pakai gak.

Old School 3-2 New School.

Nampak? haha. aku bukan nak menangkan old school pun. tapi ini adalah sebahagian benefit yang kita dapat sebagai generasi baru dan mak ayah kita dapat sebagai generasi lama. masing ada untung ruginya. tak semua yang aku cakap ni akan jadi penentu mana yang lagi seronok. tapi itulah pendapat. tak semua sama tapi kita kena juga terima pendapat orang lain sebab kita tak akan dapat hidup dengan pendapat kita seorang saja. apa-apa pun, sememangnya untuk sesetengah perkara, old school the best. untuk sesetengah lagi new school the best.

p/s: akhirnya, post kedua dalam bulan 4.

Sunday, April 1, 2012

Bawaku Pergi Diharamkan?!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.aku nak cerita sikit apa aku baca hari sabtu hari tu. so aku ceritakan balik ye. pagi tu aku naik kereta nak ke KTM. jadi dari pagi hujan sampai la tengah hari (untuk sesetengah tempat). mak aih, sejuknya pagi tu. tapi tak apa. ada lagi penting dari rasa sejuk itu. pagi tu aku baca surat khabar KOSMO!. tengok muka depan ada muka Zizan Razak. baca la tajuk. sekali aku tengok lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka dan Zizan diharamkan. oh man! aku dengar gak lagu tu hari-hari (boleh katakan). aku faham la apa yang mereka nak sampaikan. tapi tu la. dan kementerian sendiri nak haramkan apa boleh buat.

So, macam mana boleh diharamkan? dikhabarkan ada seorang hamba Allah nie (aku tak tau nama dia) dengar lagu ni. kira dia ni dah evergreen la punya orang. dengar punya dengar, dia terasa macam lagu ni nak galakkan anak muda lari dari rumah. fuyoo! fikir jauh la dia ni. i like your style.

Tapi yang aku kesiannya dekat abang rapper tersohor Malaysia, Malique. bagi dirinya pula. beliau buat lagu ni nak tujukan dekat isterinya. sebab lately dia amat busy sebab kerja. so, mungkin isteri dia mintak dah lama. dia buat la lagu ni. bagi isteri dia keyakinan yang dia akan bawa isteri dia mana-mana yang dia suka.

Malique kata kalau lagu dia diharamkan jugak tanpa ada alasan yang amat kukuh, beliau akan bawa kes ni ke mahkamah. sebab menghalang hak kebebasan bersuara. lagi pun kalau lagu ni haram, tutup la periuk nasi Malique. apapun, tak ada siapa untuk dipersalahkan lagi.

Kenapa lagu ni diharamkan? sedangkan lagu-lagu seperti My Humps nyanyian Black Eyed Peas tak haram pula. lagu ni ada unsur lucah ye. tolong lah. lagu ni yang sepatutnya haram serta merta ada dekat Malaysia. lagu Papa Jahat dari The Fabulous Cat tu pun ada unsur lucah gak. tapi tetap dimainkan di corong-corong radio terkenal Malaysia. apakah rakyat Malaysia sukakan lagu lucah daripada lagu yang ditujukan penulis untuk isterinya sendiri?

It Will Rain daripada Bruno Mars, sekali baca memang ya, ada satu ayat kekufuran bila mana ada dinyatakan, "There's no religion that could save me, No matter how long my knees are on the floor". tapi percaya tak sebenarnya penulis lagu ni melihat situasi sekarang? ayat ini bagaikan luahan hati seorang manusia yang menganggap dunia ini gelap sekiranya dia kehilangan kekasihnya sehinggakan dia merasakan bahawa tak ada agama pun yang dapat selamatkan dia dari kemurungan. tapi ada yang salah anggap dan mula nak banned lagu ni. tak apa lah, aku tak kesah. mungkin betul lah apa orang kata. tapi ini pandangan aku sendiri walaupun memang ada unsur nak sesatkan orang. maafkan saya.

Kesimpulannya, ada lirik lagu yang kita kena teliti betul-betul sebelum dibenarkan untuk dimainkan di corong-corong radio tempatan. lagu Bawaku Pergi ni patut tak perlu diharamkan sebab kita kena tengok juga siapa yang tulis lagu ini. bukannya siapa yang nyanyikan lagu ini. sekian.

p/s: hamburger betul. buat semalam siap hari ni.