Friday, April 20, 2012

Permansuhan PTPTN-Baik Buruknya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. PTPTN. pinjaman. masuk universiti. berkait benda ni. tapi baru-baru ni (lama dah sebenarnya) timbul pula cerita dari pihak pembangkang nak mansuhkan PTPTN sebab ia menyusahkan rakyat Malaysia. kos pemansuhan/penghapusan ada yang cakap RM 40 juta (PR) dan ada yang cakap RM 50 juta (BN). aku tak tahu mana satu yang betul sebab aku tak jaga keluar masuk duit negara. aku tak buat anggaran kos pemansuhan ni. bukan nak debat pasal PTPTN tapi nak cakap sikit je baik buruk PTPTN hilang dari bumi Malaysia.

Meh kita lihat baik dulu. mesti la, orang kalau dengar perkhabaran biasanya nak dengar yang baik dulu. pertamanya ramai la rakyat Malaysia yang ambil SPM tak mungkin akan dapat bawah 7A (sebab ikot sekolah menengah biasa). percayalah, tak turun gred pun budak-budak akan dapat 7A and above. sebab PTPTN tak ada tinggal biasiswa. biasiswa mesti ada gred yang dia dah tetapkan untuk students dapatkan biasiswa mereka. so, siapa yang masih dapat bawah 7A. maaf, sila tanggung sendiri kos pembelajaran anda.

Yang kedua ialah tidak membebankan pelajar dengan hutang PTPTN tu sendiri. nak bayar balik kalau kerja gaji ok, stabil hidup tak apa. ni kena yang kerja workshop gaji bawah RM 2000, adik-adik bawah ramai nak kena tanggung. hidup miskin. penat mereka nak bayar duit PTPTN. tempoh bayar balik pun agak lama (bergantung berapa banyak anda pinjam). pinjam banyak kena bayar banyak (standard la).

Yang tak menariknya pula kalau lah PTPTN ini dihapuskan, yang tak dapat atas 7A tu memang confirm kena tanggung kos sendiri. tak kesah la anda kaya atau miskin. sila tanggung sendiri. kerajaan tak nak tolong. sedih juga nanti ramai yang tak dapat masuk universiti tempatan. nak masuk kolej swasta pun susah sebab lagi banyak pakai duit.

Next, pastinya akan ramai persaingan. tak kesah la masa nak mohon pinjaman/biasiswa atau masa nak masuk universiti. U kita akan penuh dengan budak-budak pandai yang amat pandai. kolej swasta akan ada ramai budak pandai juga. dan di luar negara yang kerajaan hantar semua pandai-pandai. yang suam-suam kuku je pandainya (macam aku) nanti macam mana? duduk rumah je la goyang kaki tunggu duit jatuh dari langit nak tampung kos sara diri.

Apa macam? relevan?  sikit je kot kesannya yang aku dapat fikirkan. aku tak tahu la mungkin ada yang tak akan terjadi. sebab kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. kebanyakannya semua diatas adalah prediction sendiri. berlaku atau tidak belakang cerita.

p/s: tulis je la dari tak tulis, otak pun beku je tak berfikir.

No comments:

Post a Comment