Meh aku tunjukkan dari mana idea aku datang.
Maaf. 18 SG sikit. tapi dari match ni la datangnya idea tentang respect. dah akhir match ni (kalau ada), anda akan lihat bagaimana Undertaker membantu Triple H untuk keluar dari gelanggang. dan dah sampai tempat masuk mereka sempat berpelukan untuk tunjukkan bahawa mereka menghormati antara satu sama lain. memang ada yang cakap bahawa WWE ni sebenarnya lakonan semata-mata. tapi apa-apa pun, ambillah iktibar dari sikap mereka. hormat kepada yang lain. tak kira sama ada musuh ataupun kawan.
Respect ni ada banyak jenisnya. hormat ibu bapa itu adalah sangat penting. sebab tanpa mereka, kita tak akan lahir di dunia ini. mereka yang banyak berkorban untuk kita. mereka lah yang banyak membimbing kita ke jalan yang benar. merekalah yang mencorakkan peribadi kita. janganlah nanti bila kita dah besar, kereta besar gaji lima angka kita lupakan mereka. bila mereka tua mereka akan kembali menjadi seperti bayi. akan hilang keupayaan untuk menguruskan diri sedikit demi sedikit (bergantung kepada seseorang) sehingga mereka kembali kepada Allah. jadi, bantulah mereka selagi mereka masih lagi hidup. hidup mereka hanya sekali. janganlah persiakan mereka.
Hormat kepada rakan-rakan. antaranya hormati hak mereka menjaga privacy ataupun kehidupan peribadi mereka. jangan masuk campur atau dedahkan jika perkara tersebut mengeruhkan lagi keadaan ataupun perasaan rakan-rakan anda. jangan cuba sekali-kali menyakiti hati mereka kerana mereka juga adalah manusia macam kita juga. ada hati dan perasaan. jika ini tidak dijaga, hilang kawan adalah kesan yang akan berlaku. hilang seorang kawan memang akan ada kawan lain yang akan datang. tapi kawan yang baru itu tak sama dengan kawan yang sudah meninggalkan kita. jaga pertuturan, jangan cuba menyentuh isu sensetif jika dia tidak rela.
Kemudian dengan orang yang kita tak kenal ataupun senior/junior kita. semua orang pernah sekolah (siapa tak pernah, aku tak nak cakap apa-apa). kita tahu kita perlu menghormati senior kita. jika kita tak hormati mereka, mungkin akan ada perang epik antara junior dan senior berlaku. bukan mudah untuk membina keserasian antara satu manusia dengan manusia yang lain. tapi melalui sekolah kita boleh disatukan dan kita menambah kenalan sama ada dengan senior atau junior. dengan orang yang kita tak kenal pula kita kena menunjukkan sikap yang positif. supaya orang tidak salah anggap dengan kita. dengan memberikan senyuman pun orang dah boleh agak kita ni baik. kan senang.
Hustle, Loyal, Respect. ini adalah tag line John Cena. sedangkan bintang WWE ini pun menggunakan respect sebagai moto hidupnya. dan dalam semua perhubungan, tak kira la kawan ke, anak parents ke, awek pakwe ke. semuanya perlukan hormat. anda menghormati hak mereka, mereka akan menghormati hak anda. "if you want to be respected, you must respect the others first".
p/s: belajar adalah perkara yang berterusan. even nak hormat orang pun kena belajar.
No comments:
Post a Comment