So, macam mana boleh diharamkan? dikhabarkan ada seorang hamba Allah nie (aku tak tau nama dia) dengar lagu ni. kira dia ni dah evergreen la punya orang. dengar punya dengar, dia terasa macam lagu ni nak galakkan anak muda lari dari rumah. fuyoo! fikir jauh la dia ni. i like your style.
Tapi yang aku kesiannya dekat abang rapper tersohor Malaysia, Malique. bagi dirinya pula. beliau buat lagu ni nak tujukan dekat isterinya. sebab lately dia amat busy sebab kerja. so, mungkin isteri dia mintak dah lama. dia buat la lagu ni. bagi isteri dia keyakinan yang dia akan bawa isteri dia mana-mana yang dia suka.
Malique kata kalau lagu dia diharamkan jugak tanpa ada alasan yang amat kukuh, beliau akan bawa kes ni ke mahkamah. sebab menghalang hak kebebasan bersuara. lagi pun kalau lagu ni haram, tutup la periuk nasi Malique. apapun, tak ada siapa untuk dipersalahkan lagi.
Kenapa lagu ni diharamkan? sedangkan lagu-lagu seperti My Humps nyanyian Black Eyed Peas tak haram pula. lagu ni ada unsur lucah ye. tolong lah. lagu ni yang sepatutnya haram serta merta ada dekat Malaysia. lagu Papa Jahat dari The Fabulous Cat tu pun ada unsur lucah gak. tapi tetap dimainkan di corong-corong radio terkenal Malaysia. apakah rakyat Malaysia sukakan lagu lucah daripada lagu yang ditujukan penulis untuk isterinya sendiri?
It Will Rain daripada Bruno Mars, sekali baca memang ya, ada satu ayat kekufuran bila mana ada dinyatakan, "There's no religion that could save me, No matter how long my knees are on the floor". tapi percaya tak sebenarnya penulis lagu ni melihat situasi sekarang? ayat ini bagaikan luahan hati seorang manusia yang menganggap dunia ini gelap sekiranya dia kehilangan kekasihnya sehinggakan dia merasakan bahawa tak ada agama pun yang dapat selamatkan dia dari kemurungan. tapi ada yang salah anggap dan mula nak banned lagu ni. tak apa lah, aku tak kesah. mungkin betul lah apa orang kata. tapi ini pandangan aku sendiri walaupun memang ada unsur nak sesatkan orang. maafkan saya.
Kesimpulannya, ada lirik lagu yang kita kena teliti betul-betul sebelum dibenarkan untuk dimainkan di corong-corong radio tempatan. lagu Bawaku Pergi ni patut tak perlu diharamkan sebab kita kena tengok juga siapa yang tulis lagu ini. bukannya siapa yang nyanyikan lagu ini. sekian.
p/s: hamburger betul. buat semalam siap hari ni.
No comments:
Post a Comment