Sunday, September 11, 2011

Simple-simple Je

Tajuk kali ni, simple-simple je. simple apenye? yang biasa-biasa je. setiap orang ni ada yang suka benda simple. ada yang suka benda complicated. itu adalah lumrah dan fitrah sesetengah manusia. simple banyak jenisnya. ada dari segi pakaian, kerja yang dilakukan, makanan dan macam-macam lagi. kadang-kadang, yang simple itu susah dan yang complicated tu yang senang dan begitu la sebaliknya.

Kalau tengok blog aku, simple je. black background in colour, ada la gambar Linkin Park yang diletak tanpa permit yang sah. mula-mula putih je blog ni. pastu jadi hitam. pastu ada la gambar Harry Potter kat background dan last-last, black in colour je latar belakang tuh. aku tengok blog orang lain, pelbagai macam hiasan diorang letak. pointer mouse jadi len la, ape la. aku ni pun lampi gak bab-bab yang aku tak master sangat. jadi aku wat keputusan yang lebih baik simple dari jadi complicated pastu tak tau guna. memang tak guna la kalau dah jadi macam tu.

Tapi, ada gak benda yang complicated yang aku suka. contohnya pasal komputer nie. aku memang la tak terer bab yang not actually in personal computer, tapi yang ada dalamnya tu yang aku suka. nak tau camne OS berfungsi. teringin nak hancurkan processor dan tengok silica dia macam mana. ada gak teringin nak lebur motherboard tu nak amik gold dalam tuh (jangan kata tak tahu). yang lain macam yang berkaitan medic or biology la aku suka gak. bukan sebab apa pun. sebab dia mencabar minda la aku suka.

Biology ni yang kawan ngan aku memang tau la aku suka bab ni. ada gak yang tak tau. aku tak kecik hati pun. ye la, nanti kang kalau aku cakap menyibuk dia sendiri yang marah. don't know la.  benda yang buatkan aku terkial-kial nak hafal facts, yang buatkan aku menggaru kepala yang tak gatal tuh seribu kali ganda lagi laju daripada garu masa jawab BM. ada gak setengah facts yang memang melekat dalam minda dan hati aku. yang berkaitan perubatan lah kan. walaupun tak semua. itu la yang the most complicated things that i've ever done in my life. tak ke gitu?

Macam mana pun, hidup aku tetap simple. datang la complicated things in the world pon, aku still nampak tak gelabah. dari luar. tapi hari jumaat time trial sejarah kantoi gak. shaking lutut. goyang bro. wa ingat jumpa taiko je wa goyang. rupanya jumpa sejarah pun wa goyang. nasib baik aku tak kenal Inul, kalau tak jadi goyang lain dah. lagipun kalau pergi jalan-jalan ke hape ke, kalau boleh pakai paling simple je. tak bermakna pakai singlet, seluar pendek dengan selipar jepun tu simple. tak lah! simple ni maknanya mengenakan sesuatu pakaian yang menutup aurat dengan seringan mungkin. contoh, macam aku keluar standard jersi MU, seluar jeans dengan selipar. kalau jalan jauh sikit baru pakai kasut. itu pun kalau rajin. 

So, konklusinya disini, simple bukan dekat semua benda boleh diamalkan. takkan la nanti dah kawin kan (laki la,perempuan de kowt, tak pasti) korang nak jaga masjid kau tu simple-simple je. makan pun simple. nasi, teloq ngan kicap. aku tau sedap tapi anak orang tu korang jaga. kalau hal-hal gitu jangan la amek simple sangat. payah hidup nanti. ada yang bagus bila simple dan ada yang bagus bila complicated dan payah. bukan semua benda datang dengan simple je. orang macam Bill Gates tu mana dapat buat Microsoft kalau dia amik mudah je somethings yang important. macam mana Steve Job (kan?) nak bangunkan Apple kalau dia hanya duduk kat rumah tunggu ilham turun dari langit. fikir-fikirlah. kadang-kadang aku nak tulis simple-simple tapi lama-lama jadi panjang macam ni. apa kejadahnya?

p/s : tergantung tak? only for an excitement. cuba la tekan vid bawah nie.

meh la tgk......

No comments:

Post a Comment