Saturday, July 16, 2011

David De Gea, new goalkeeper for Manchester United

da lama carik pasal De Gea nie. Ingatkan tak jumpe pasal dia nie. Last-last jumpe jugak. Kat mane? Kat laman sesawang Manchester United Football Club la. Pasal dia nie orang tak ramai lagi yang tahu atau kenal. kalau kenal pon mungkin dari dulu dia ikot perkembangan La Liga. aku kenal pon baru-baru je lagi. ade la dalam setahun lebih an. meh aku cerita cikit pasal dia nie.

David De Gea Quintana lahir di Madrid, Sepanyol.merupakan anak muda jati Madrid walaupon dia menyertai pasukan musuh derby Real, Atletico Madrid. tarikh lahir pada 7 November 1990 (4 taon lagi tua dari aku). merupakan penjaga gol masa depan United dan juga Sepanyol bagi menggantikan Iker Casillas dan Victor Valdes yang mungkin akan bersara dari pentas antarabangsa tidak lama lagi. merupakan penjaga gol yang semula jadi la senang citer. tgk la dia tu tinggi (1.94 m) sememangnye. memang pelajar asal Atletico Madrid. memasuki akedami pada usia 10 tahun dan cepat je rank dia sebagai penjaga gol akademi nie naik. tak tau la dia nie memang terer or hasil usaha dia selama nie.

Musim pertama dia sebagai profesional keeper start masa musim 2008/2009 bilemane dia bermain untuk Atletico Madrid B kat Priemera Segunda ataupon liga kedua kat Sepanyol. pastu musim depan pulak dia wat debut bukan yang cikai-cikai punye. debut first dia mase Champions League. jarang-jarang orang ley wat start yang sebegitu. dia gak la antara manusia-manusia ciptaan Allah yang menolong Atletico Madrid menamatkan kemarau trofi Eropah dengan memenangi European Championship dan UEFA Super Cup dalam masa 50 tahun A.Madrid tak menang trofi Eropah. dia jugak pernah memenangi Euro U-17 bersama Sepanyol.

De Gea menikmati musim kedua penuhnya sebagai penjaga gol muda Sepanyol paling berpotensi. hal ni jugaklah yang menyebabkan Man Utd memantau De Gea dan spekulasi perpindahan memang dah meluas sejak Januari 2010. lama da lepas tu pada 1 Julai 2011 Man Utd pon sambar De Gea selepas Sepanyol menang Euro U-21. da la menang, dapat anugerah Team of Tournament lak tuh (bermakna dia di-list-kan dalam XI terbaik kejohanan)

Aku cuma berani citer cikit-cikit je sebab nak wat research pasal dia memang banyak bende sebab aku pon baru kenal dia dalam setahun (da macam kenal geng lak aku tengok). pape pon lah kan, bagi aku nie tindakan terbaik Sir Alex agar dia tak ulangi kesilapan sama macam masa Peter Schmicel bersara dulu. langkah kedepan diambil dan tidak istilah menoleh ke belakang dalam hidup Sir Alex Ferguson kini. akhir kata, penjaga gol baru, season baru trofi baru mungkin.







p/s: selesai sudah dan tu la antara gambar2 dia.

No comments:

Post a Comment