Band nie start mase tahun 1996 (bru 2 taon) dengan pengasas asal dia ialah:
Michael Kenji Shinoda, Robert Gregory Bourdon dan Bradford Delson. nie la mereka yang asal dan still ada dalam band nie. kire persahabatan diorang kukuh la sampai sekarang. sejak dari high school kat California lagi. tak lama pastu, diorang nie tamat la sekolah dan abis je sekolah, diorang bertiga tu start jadi serius. dengan itu, mereka merekrut Joseph Hahn, David Michael Farrell dan Mark Wakefield untuk mantapkan lagi band diorang dan tolong diorang bertiga nie wat performance. masa nie nama Linkin Park tak wujud lagi. nama asal Xero. 1996 gak la Mike Shinoda wat lagu ngan sumber kewangan (maybe) yang agak limited. dia pon best-best je tukar bedroom dia jadi studio. ganas. tak lama pastu, dengan kekurangan kejayaan, 2 orang anggota band nie mula meninggalkan Xero. orang tu ialah Mark Wakefield dan Dave 'Pheonix' Farrell. sume ade alasan tersendiri untuk chow dari band nie. lame gak la diorang nie spend mase nak carik pengganti vokalis baru, akhirnya, jumpa la diorang dengan Chester Charles Bennington. penyanyi yang berasal dari Arizona nie dicadangkan oleh naib presiden Zomba Music, Jeff Blue sendiri. kemudian, dari nama asal Xero menjadi Hybrid Theory. gandingan mantap duo vokal antara Mike dan Chester itu sendiri dah banyak tolong band nie hidup balek dan nama sekali lagi ditukar dan menjadi nama tetap. iaitu Linkin Park yang asalnya dari Santa Monica's Lincoln Park. tapi still, diorang nie masih susa nak sign kontrak ngan mana-mana syarikat rakaman. sedih-sedih.
Tapi nasib diorang nie terlalu la baiknya bile Jeff Blue yang tolong diorang tu jd vice presiden kat Warner Bros dan tahun 1999, diorang sign kontrak dan record lagu kat company tu. ape lagi, ngan segala sumber yang ada, maka terciptalah Hybrid Theory, first album diorang pada tahun 2000. album nie memaparkan hasil kerja diorang dari tahun 1996-1999. lame la gak bru dapat kuar album. Single macam 'Crawling' dan 'One Step Closer' antara yang top pada masa tu. 4.8 juta album terjual dan mendapat status best selling album taon 2001. start dari ini, banyak invitation yang high-profile diorang terima untuk wat persembahan. dengan kembalinya Dave Farrell, maka diorang pon work hard nak bikin album remix yang dipanggil Reanimation. album nie remix dari Hybrid Theory dan Hybrid Theory EP sendiri. contohnye cam 1 stp klsr. disember 2002, diorang announce nak wat album baru. namanye Meteora. terjual sebanyak 800K dalam minggu pertama debut, album nie terpilih sebagai best selling album oleh Billboard. lagu-lagu cam 'Somewhere I Belong', 'Breaking The Habit', 'Faint' dan 'Numb' mendapat tempat dihati peminat-peminat band nie. awal taon 2004, Meteora World Tour dianjurkan sendiri dan de gak beberapa band yang ikut serta dalam tour nie cam Hoobastank.
2004-2006, tahun dimana diorang membuat side projek.contoh, Chester menubuhkan Dead By Sunrise, Mike Shinoda kerja ngan Depeche Mode ngan lagu cam 'Enjoy The Silence' untuk Mike dan 'Crawl Back In' daripada Chester. antara tahun nie gak la keluarnya album 'Collision Course' dengan kerjasama rappers terkenal, Jay-Z. Mike gak wat band sendiri bernama Fort Minor. dengan kerjasama Jay-Z gak la Mike dapat keluarkan album dengan Fort Minor bertajuk 'The Rising Tied' dengan lagu cam 'Believe Me'.banyak gak konsert charity diorang join cam mase puting beliung Charley (2004) dan Katrina (2005) semata-mata nak naikkan dana untuk bantu mangsa bencana alam nie.
15 May 2007, LP mengeluarkan album baru bertajuk 'Minutes To Midnight' dengan lagu-lagu seperti 'What I've Done' untuk siri popular 'Transformers' ,'Leave Out All The Rest' dan banyak lagi. 600K salinan terjual dalam masa 1 minggu, sekali lagi mereka catat rekod dengan jualan album terbanyak. terlalu banyak pencapaian yang dibuat oleh LP dan album kali ini menunjukkan mereka bukan sahaja tertakluk kepada genre rock sahaja. lagu-lagu dalam album ini lebih bersifat kesedaran kalau dihayati betul-betul liriknya. 'Live at Milton Keynes' antara konsert yang senang citer direkodkan dan dijual pada 28 November 2008, 5 bulan selepas konsert berlangsung. dan akhir tahun lepas, lahirnya album terbaru LP yang bertajuk 'A Thousand Suns' yang menampilkan lagu-lagu seperti 'The Catalyst' , 'Iridescent' ,'Waiting For The End' and much more. video klip 3 lagu nie memang kreatif dan idea yang ditampilkan memang berlainan dari klip-klip video mereka yang sebelum ini. hasil idea dan usaha daripada seluruh ahli LP terutama Mike dan Joe Hahn.
![]() |
Minutes To Midnight Cover |
![]() |
8-Bit Rebellion cover album |
![]() |
Kalau konsert camni pon da penuh tempat, memang cukup top band nie |
![]() |
A Thousand Suns cover album |
p/s: terpanjang dalam sejarah.
No comments:
Post a Comment