Aku pun macam tu jugak. bosan dekat PC asyik main game je. aku akan buka streaming kat internet. kalau tak streaming pun aku buka www.gua.com.my nak tengok rancangan yang dah lepas (sekali je aku buka hari tu sebenarnya). ataupun aku akan ke youtube dan macam biasa la cari rancangan TV yang aku memang follow up. antara favourite aku ialah:
1. Maharaja Lawak (ASTRO).
Sori la der, memang cerita/rancangan ni dah lama habis. yang mega punya pun dah habis. tapi mega aku tak follow up. aku banyak tengok yang ni je. best kot. walaupun ade yang tak best langsung (cilake la Amir, kau buat ia jadi bosan untuk selama beberapa minit)
2. Top Gear (BBC).
Aku dulu follow rancangan ni sebab kat NTV7 pernah siar. lama-lama hilang dah rancangan ni. 3 orang lelaki, pelbagai jenis kereta mereka cuba dan pelbagai eksperimen mereka lakukan. memperkenalkan kereta-kereta baru dari pandangan mereka sendiri. seronok melihat mereka.
3. Worst Case Scenario (DISCOVERY CHANNEL).
Dulu ada rancangan ni dekat TV2. banyak cerita pasal how to survive bila kita berada dalam situasi tertentu macam sesat dekat gurun. banyak aku belajar dan dari situ gak aku baru tahu yang cactus boleh dimakan.
4. Seekers (NTV7).
Tahu tak kenapa aku suka tengok rancangan ni? sebab aku suka compare Seekers dengan lagi satu rancangan ni. memang susah benor aku nak percaya mereka sebab mereka ni senang cerita tak ada bukti saintifik untuk buat audience percaya yang mereka nampak hantu. setakat nampak sendiri aku pun boleh cakap aku nampak ada hantu jual kuih dekat situ.
5. Ghost Adventure (TRAVEL CHANNEL).
Ni memang paling aku suka lah senang cakap. 3 orang, Zack, Nick dan Aaron. tiga orang yang selalu buat paranormal investigation di 'most haunted placed in US'. kadang-kadang mereka ke luar US macam Jamaica dan England. best sebab mereka bawa pelbagai alatan untuk buktikan yang hantu benar-benar wujud.
Itu je la coretan pada hari ini. sebarang kepelikan (typo) buat tak tahu je sebab aku pun manusia biasa juga.
p/s: just writing what in my head.
No comments:
Post a Comment