Assalamualaikum dan salam sejahtera dan jangan harap aku nak cakap salam yang lagi satu tu. hari ni aku saja nak update blog sebab dah ada yang bertanya "lama tak update blog?". haha, sori la. tak ada idea. so sebabkan aku dah ada idea nak cakap apa, meh aku cerita sikit.
Khamis lepas (080212), aku meng-follow ayah aku dalam satu hobi yang memang dah la dia suka. aku minat jugak tapi sebab ni salah satu hobi mahal, aku tangguhkan niat je la. tarikh tu aku dapat la sebijik road bike yang bernilai agak-agak RM 1400. mahal tu mahal la gak. tapi ayah aku pun mencari teman berbasikal. dia bagi la sebijik kat aku. rupa basikal aku :
Steady je basikal ni. haha. silver base dan merah serta hitam penambah rasa. cantik kot basikal ni. dengan teknologi Shimano menambahkan lagi kesedapan pada gear dan brake kat basikal ni. aku pakai basikal ni pun tak selaju ayah aku la. laju wooo. tak terkejar aku. basikal dia lak:
Black base mix with green with Shimano technology. ha, ambik kau. dua-dua nampak memang la lebih kurang sebab jenis sama. road bike. cuma aku punya Nexus ayah aku punya XDS. harga beza RM 400. sah-sah la ayah aku punya lagi mahal.
Beza dua-dua ni dekat berat sebenarnya. basikal aku berat sikit dari ayah aku punya. SE kowt ayah aku punya. aku still baru dalam arena ni. tapi tu la. baru-baru pun nak kena cepat suaikan diri dengan baik. aku harap dapat la kejar ayah aku dan cicirkan dia di belakang.
Dekat Bangi ni, ramai yang naik mountain bike. ye la, sini banyak jalan off-road dan nak yang on-road dekat sini payah. kereta banyak. so, lepas ni basikal da ada. aku nak cari helmet je. nak pergi Putrajaya lak. tak ada helmet kena saman wooo. fixie pun dengar cerita tak boleh masuk Putrajaya dah.
Tu je nak update sebenarnya. harap anda enjoy coretan ringkas ni.
p/s: tunggu la dalam 27 or 28 Febuari untuk coretan orang tunang. sape? jeng jeng jeng.....
No comments:
Post a Comment