Wednesday, October 26, 2011

Lepas Geram yang Lama.

Untuk pertama kalinya dalam life aku ni, MU kalah dengan MC sebanyak 1-6. gila la kawan. aku tak boleh nak terima sangat. kena kutuk di FB oleh penyokong Chelsea dan Liverpool. walaupun yang Chelsea tu kalah juga (len kali jangan nak kutuk-kutuk aku). aku sebenarnya tak pelik pun sebab aku macam dah agak sesuatu yang tak best akan berlaku. tapi aku panas gak la sikit-sikit an. meh aku ulas sikit dan ini ulasan orang yang bukan pro dalam bidang ni. ini pandangan dari pemikiran dan penilaian diri sendiri semata-mata. Sherby Singh pun tak terlibat dalam hal ni. Even Trevor Brooking pon tak terlibat.

Derby Match merujuk kepada perlawanan setempat/tumpuan antara sesebuah kelab. antara derby yang menjadi tumpuan ialah perlawanan Big Four (Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Liverpool). itu untuk yang derby besar. derby lain yang dianggap besar oleh penyokong tempatan antaranya Tottenham Vs Liverpool, Everton Vs Liverpool, Manchester United Vs Manchester City dan jugak Newcastle United Vs Sunderland. ini sebahagian sahaja dan tertakluk di EPL dan bukan liga-liga lain.

Dalam perlawanan derby Manchester baru-baru ni, United kalah besar (saya ulang, kalah besar) 1-6 kepada City. perkara yang berjaya diulang sejak tahun 1926 (kalau tak salah). dan ini bukan hanya satu-satunya kekalahan terbesar MU. mereka pernah tewas kepada Newcastle United 5-0. bukan nak memalukan tapi ini fakta.

Kebiasaan bagi setiap pasukan yang mempunyai perlawanan derby ni, mereka akan menurunkan skuad terbaik mereka. dalam kes MU ni, mereka tidak meletakkan striker terbaik mereka (bukan Rooney la). maknanya mereka tidak meletakkan pemain yang mempunyai naluri menyerang, mampu menyambung gerakan dari bahagian midfield ke serangan, mereka yang pandai mencari ruang dan peluang untuk menjaringkan gol. Rooney adalah pemain yang melengkapi ciri-ciri ini. tetapi dia ditemani Welbeck yang masih lagi muda dan mentah. Jika dia diapit Chicharito (Javier Hernandez), mungkin akan ada gol yang terhasil tetapi dia tidak memiliki kelebihan fizikal untuk membelah pertahanan yang memiliki kelebihan fizikal.

Mereka juga menurunkan Rio Ferdinand (yang sudah melepasi zamannya) dan juga Evans (yang tidak konsisten) di bahagian pertahanan. dengan De Gea tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya, Rio dikecam sepenuhnya. walaupun melakukan tugas dengan bagus, masih ada kelemahannya. Aguero adalah pemain yang perlu dikawal selain Balotelli dan Dzeko yang masuk pada separuh masa kedua. Di sini, pemain yang lasak, agresif serta mampu mengawal bola dengan tenang dikawasan mereka amat diperlukan.

Siapa yang layak berada di posisi ini? bagi aku, Berbatov menggantikan Welbeck dan Vidic menggantikan Rio ataupun Phil Jones ganti Rio. sebabnya? adalah mudah untuk menyatakan bahawa hanya Berbatov yang mempunyai kelebihan fizikal untuk menewaskan pertahanan City disamping dia mempunyai pengalaman dengan usianya menginjak 30 tahun. Vidic adalah ketua diatas padang. dia boleh dimaafkan kerana Sir Alex tidak mahu merisikokan kesihatan pemain ini pada perlawanan tersebut. gandingan Jones dan Evans adalah terbaik dalam perlawanan sebelum ini dengan mereka berdua mampu melindungi De Gea dengan baik. kemasukan Vidic mungkin mampu mengecilkan jurang bolos yang dilakukan De Gea. selain itu, Owen juga mampu diharap sebenarnya kerana dia masih mempunyai naluri penjaring gol semula jadi.

Selepas kekalahan ini, ramai yang menggesa Sir Alex untuk memantapkan bahagian midfield dengan membeli Sneidjer. baguskah tindakan ini? ya, kerana bahagian ini tidak cukup bermaya selepas pemergian Scholes sebagai jeneral di sini. dan juga boleh dikatakan tidak kerana Sneidjer pemain yang lebih kepada menyerang dan bukannya mengawal permainan. namun, Cleverley yang menjadi sandaran Sir Alex kini untuk menggantikan Scholes. dia sudah membuktikannya dalam perlawanan sebelum ini.

Bukan apa aku cakap ni pun sebab aku rasa tak patut kalah besar. sebab dulu pun menang tipis je 4-3. aku tahu City dipenuhi bintang. MU dipenuhi pemain muda dan mereka kekurangan pemain berpengalaman selepas ini jika Giggs bersara. rasanya, memantapkan bahagian pertahanan dengan pemain berpengalaman dan memberikan De Gea tekanan dengan memasukkan keeper lain seperti Lindergaard, Amos serta Kuszczak. saingan perlu diberikan kepada keeper muda ini kerena ini akan menjadikannya lebih bagus pada hari-hari mendatang. 

p/s: nanti aku try buat untuk kelab lain pula.

No comments:

Post a Comment