Wah, asal tajuk banyak hensem? aku sebenarnya teringat kawan aku tanya. lebih kurang macam nie la....
Beliau: weh aku nak beli fon tapi aku tak tau nak beli fon ape...
Aku: ko nak beli fon camne?
Beliau: aku tak tau. aku nak kau carikkan....
Aku: tapi nak yang macam mana?
Beliau: aku tak tau la. tak reti nak pilih.
Haish, konklusi citer diatas ialah nanti aku kena bawak dia or follow sebenarnya pergi beli fon. x kesa la sebab dia kata dia tak terer bab-bab nie. tak kesa la. nie gak aku bg pandangan aku sendiri la pasal bab nie. aku pun xde la budak IT sangat.
1. Pilih ikut citarasa
Ini adalah penting ye rakan-rakan. anda perlu memilih mengikut citarasa. anda nak biasa, slide or flip? anda jenis yang suka ber-sms, dengar music or surf internet? anda suka main game atau anda suka bergayut selama 14 jam tanya henti? ini penting untuk anda ye. jangan beli sebab ikut trend semasa katanya. adakah anda jenis yang kasar atau boleh tahan sopannya? penting ye benda nie. PENTING giler!
2. Biasa, Slide or Flip?
Better yang biasa. tak ada slide or flip. sebab yang standard memang lebih tahan lamanya berbanding yang lain. tak ada terputus wayar display macam flip. tak ada lack macam slide. tapi untuk yang gemarkan style, slide adelah pilihan terbaik. tapi pastikan fon tersebut tidak mudah lack apabila anda asyik bermain slide ngan fon anda. silap ari bulan anda ngah slide fon anda, kedepan skrin fon anda. flip juga khusus untuk mereka yang sukakan style. orang call flip je dan terus jerit 'HELLO!!'. style bukan. tapi fon nie anda perlu carik yang tahan lasak pada skrinnya. sebab masalah utama cuma pada wayar skrin yang terletak di bahagian dia flip.senang putus sebab halus.
3. Suka SMS?
Keypad is better. mana lagi hensem, ikot nombor or QWERTY keypad? utk yang suka balas laju dan memang hari-hari sentuh keyboard, QWERTY adalah jawapannya. nak steady je menaip, nombor lah pilihannya. untuk touch skrin anda perlu ada jari yang begitu lembut untuk beli fon jenis itu.
4. Music?
Cari yang memang khusus untuk music. contoh macam SE Walkman (W version) dan Nokia Xpress Music. jenis ni memang mementingkan muzik. tetapi kalau jenis yang dengar muzik alakadar je, fon bese yang lain pun ok.
5. Surfing internet?
Anda gemar buka Twitter di tempat awam contohnya McD or Starbuck? kalau ya, carik fon yang ada Wi-Fi. maknanya fon yang boleh connect ngan Wi-Fi. penting sebab tak kan korang nak topup RM50 setiap kali korang nak surf internet hanya untuk sejam kan?
6. Gaming?
Ada model khas untuk jenis yang macam nie, SE Xperia Play dengan model lama, Nokia Ngage. jenis nie memang untuk main game. tak tipu la. tapi tak semua orang suka main game kan. jadi gaming nie adalah faktor sampingan yang paling tak penting.
7. Calling and standby hours?
Tak pasti la apa yang aku dengar tapi ade fon yang ley tahan sampai 7 jam untuk call sahaja. nie memang untuk yang suka bergayut la senang citer. untuk standby hours, penting untuk carik yang paling lama sebab takkan la asyik-asyik nak charge je an
8. Sopan atau kasar?
Jika anda seorang yang kasar, iPhone perlu direject awal-awal. iPhone nie fragile dan terlalu mudah untuk rosak. jadi untuk orang macam nie, Nokia is your model. untuk yang sopan punya orang, pakai je la mana-mana model. tak kesa la.
9. Smoothness
Untuk ciri-ciri nie, lebih kepada touch skrin. iPhone adalah yang terbaik dalam touch skrin. steady je nak slide sana sini. untuk ini, disarankan untuk cuba dulu sebelum beli. orang kedai bukannya tak kasi. untuk ciri-ciri smoothness, OS dia. sedap ke tak. laju ke lembab. berapa banyak ley operate dalam satu-satu masa. kalau ok, ok la fon tu.
Aku rasa itu je la ciri-cirinya. kalau ada tambahan aku akan updatekan dalam entri akan datang.
p/s: baca betul-betul.....
No comments:
Post a Comment