Antara kronologi sebelum dan selepas result SPM keluar:
1. 2 hari sebelum, kejadian yang buatkan aku nak tendang pintu sampai tercabut berlaku. terima kasih kerana anda telahpun rosak/meletup wahai monitor LG. anda buatkan saya bertambah pening dengan nak buat pc lagi. anda meletup, anda 'burn' duit saya.
2. Malam sebelumnya, aku macam bermain perasaan sikit. dengan si dia pun dengan tak tenangnya. malam tu aku mula berfikiran positif. walau apa pun yang berlaku, aku kena terima, kena redha. selepas sesi soal jawab yang lama. akhirnya aku boleh tidur dengan tenang. dia pun sama.
3. WCS happen. on the way nak pergi KLIA ambil ayah aku. suddenly kereta broke down betol-betol lepas masuk tol KLIA. OMG haa~ sakit otak aku. mak aku panik. aku memang jenis selambe je. open the hood and mak aih. berasap bukan main. aku tengok meter temp, lebih-lebih naiknya. sah silap aku tak tengok meter temp time mak aku bawa kereta. da ada hint kereta tu akan rosak tapi aku buat derk je. mak aku pun tak tengok pun meter temp tu. so, kereta tersadai, PLUS Ronda sampai dan ayah aku pun sampai dalam 3 minit lepas PLUS Ronda sampai. balik naik limo....wuu~
4. Di Dewan As-Syafie, sakit hati bila nama tak umum naik pentas... aku low profil tak apa. dengan bangganya aku pergi jumpa Cikgu Nasruddin lepas Wafa' dan Ayu ambil result. aku duduk je, cakap hutang dah bayar. cikgu keluarkan result je. boleh kena sakit jantung nie. haha. lepas tu aku tengok BM aku, cikgu cakap. 'ni berkat kamu mesej cikgu masa cikgu kat Mekah'. aku senyum je. terima kasih cikgu!
5. Aku menyibuk tanya semua budak laki kelas aku punya result. aku tanya Syaidi. dia berapa. sebab aku dengan dia kan 'rival' baik punya dekat maahad. so aku cakap kat dia. 'ko kena beat aku'. dan dia beat aku. terima kasih lagi sekali.
6. Mula dihujani mesej-mesej seperti 'tahniah', 'berapa A' , 'ok ke tak' dan sebagainya. tak banyak aku layan sebab aku tak banyak kredit. kesian anda-anda nie.
Itu la kronologi penting yang aku boleh listkan. apapun result aku, aku bersyukur sangat sebab aku dapat tak teruk mana pun. tengok la nanti Computer Engineering jadi pilihan utama aku. akhir kata. gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. rezeki ada dimana-mana cuma bergantung kepada kita sama ada kita mahukannya ataupun tidak.
p/s: nanti aku buat lagi entry baru
No comments:
Post a Comment