Wednesday, December 25, 2013

GST, Apakah Itu?

Assalamualaikum dan selamat petang kalau ikut jam aku menulis perkara ini. Berceloteh punya pasal pada petang ini mengingatkan aku tentang saranan saudara Rafizi Ramli untuk menyebarkan tentang GST. Apakah GST? Apakah kesannya terhadap rakyat Malaysia. Aku tak pandai nak terangkan pasal ni tapi aku akan sajikan dengan video pembukaan daripada saudara Rafizi sendiri.





So,sila tengok video ini dahulu sebelum baca yang aku akan tulis kat bawah ni. Takut-takut la kalau aku bagi salah info ke apa so anda boleh memberi komen yang bernas serta munasabah. Jika ada kesalahan sila betulkan janganlah hentam. Kalau nak hentam pun aku tak kisah sebenarnya.

What is GST? Goods and services tax ataupun cukai barangan dan perkhidmatan. Sebenarnya bukan setakat negara kita je ada GST tapi negara lain pun ada dengan nama yang lain. Bukan GST la yang penting. GST akan dikenakan kepada setiap urusniaga kecualilah kerajaan pusat kata ni tak perlu cukai. Ada beberapa benda yang tak akan kena cukai. contohnya :

1. Barangan asas makanan seperti beras lah, budu lah, ikan masin lah dan so on.
2. Bekalan air dan elektrik
3. Perkhidmatan pengangkutan, pendidikan dan kesihatan
4. Juala beli dan sewaan

Selebihnya semua kena GST. Apa-apa yang aku tak state dekat atas tu semua kena cukai. Agak sedih disitu. Bukan setakat peniaga sahaja yang mengenakan GST, tapi daripada pengilang sampai ke peniaga. Yang membeli atau menggunakan khidmat ialah pengguna. Jadi pengguna akan tanggung semua beban cukai ini. Tapi, peniaga, pengilang dan pengedar boleh mendapat kredit GST jadi kita sebagai pengguna menanggung sepenuhnya cukai GST ni. Ada cara pengiraan GST untuk kita lebih faham akan GST, nanti aku akan sertakan link dibawah. Jadi,apakah kesan perlaksanaan GST?

Senang, harga barangan naik. Contoh mudah la, kalau aku ni pengilang beras. Aku nak kena servis mesin pemprosesan beras. Nak servis kena cukai GST 6% ni, jadi aku akan merasai kerugian kerana hadirnya cukai ketika aku servis mesin. Kalau satu mesin mungkin tidak terkesan tapi aku ada syarikat besar dan banyak mesin aku perlu servis. Jadi aku perlu naikkan sedikit harga beras yang aku dah siap pack ni dan hantar kepada pengedar. Nak hantar guna lori pun kena cukai juga. Sebab perkhidmatan hantaran barang tidak termasuk dalam barangan yang berkecuali. Dah satu hal, lepas tu bila barang tersebut sampai ke peniaga. Sudah tentu mereka akan membayar harga yang sudah dinaikkan. Jadi, walaupun katanya beras tidak dikenakan cukai, tapi harga akan tetap naik kerana pengilang akan dikenakan GST, pengedar akan dikenakan GST. Akhirnya rakyat yang akan menanggung semua kesan peningkatan kos pengilang.

Maybe penerangan di atas agak mengelirukan tapi selain itu, kos untuk melaksanakan GST ni untuk setiap syarikat dianggarkan sebanyak RM 15,000 setahun. Ini merangkumi cetak invois baru, kursus, bayar akauntan dan lain-lain kos. Uhh,memang harga barangan berkecuali tidak akan naik tapi GST ni aku lihat sebagai satu cukai yang berantai. Akhirnya harga barangan berkecuali ini juga akan naik walaupun kerajaan pusat memberi jaminan yang berbeza.

Ini cuma penjelasan ringkas daripada pamplet dan video yang aku letak dekat situ, tetapi bagi aku seorang rakyat yang hanya berkelas pertengahan-bawah ini, cukai ini cukup membebankan rakyat. Senangnya aku sebagai student akan turut terasa dengan cukai GST yang katanya tidak membebankan rakyat dan hanya mensasarkan golongan yang kaya dan terlebih kaya. Contoh mudah, sekarang belanja makan aku untuk sehari adalah RM 10 untuk dua kali makan. Jika harga beras naik, ada kemungkinan harga makanan turut naik. jika naik, belanja untuk makan seharian aku akan bertambah dari RM 10 kepada RM 12 bergantung kepada harga yang ditetapkan kedai tersebut.

Mungkin akan ada yang kata, alah setakat naik RM 2 ni tak payah la nak kecoh sangat. Cuba buat pengiraan mudah, jika extra RM 2 tu kita darab dengan seminggu yakni 7 hari. Aku boleh save at least RM 14 atau RM 62 sebulan maksimum dan cukup duit tersebut untuk aku salurkan ke bahagian lain selain makanan. Untuk buat saving dan sebagainya. Jadi, adakah rakyat biasa tidak terasa kesannya? I don't think so.

Aku tolak GST sebab aku berharap kerajaan pusat mampu dapatkan balik black money atau duit yang telah digelapkan yang telah menyebabkan kerajaan melaksanakan GST ni. Tidak perlu laksanakan GST jika kerajaan bijak untuk dapatkan kembali semua duit ini dan perangi rasuah. Juga dengan PETRONAS menyumbang sehingga RM 70 bilion setiap tahun. kemanakah perginya wang sumbangan PETRONAS? Terkini dengan berita bahawa kerajaan pusat sudah menjual beberapa aset negara kepada negara lain untuk menampung hutang bank dunia membimbangkan kita. Ini mungkin dah masuk bab lain dan aku takkan ulas lebih lanjut lagi.

Mungkin itulah sedikit sebanyak tentang GST. Artikel ni akan aku perbaiki dari semasa ke semasa kerana aku masih lagi mahu mendalami ilmu sampingan selain ilmu kejuruteraan metalurgi ini. Segala salah silap datangnya daripada saya dan yang terbaik adalah milik pencipta kita yang kekal abadi. Sekian.



p/s : Kalau nak download pamplet GST daripada saudara Rafizi Ramli :http://rafiziramli.com/2013/12/buku-kecil-penerangan-fahamgsttolakgst/ . video dipetik daripada youtube melalui channel mediarakyat

No comments:

Post a Comment