Saturday, October 8, 2011

Em, buat la lagi.....

This is a story. read this if you want. this story doesn't have any connection with the living and the dead.

Wahai diari, dulu aku tulis dekat ko macam mana pintarnya Hassan tu sebab tak nak berhenti dekat lorong kecemasan walaupun kereta dah rosak. menjatuhkan maruah bangsa dan negara betul. kali ni aku nak cerita pulak macam mana si Hassan ni buat masalah. em, memang lama.....

Alan: kau malu lagi tak dengan kejadian dulu tu?
Hassan: malu tu malu la jugak. tapi apa aku boleh buat. pandai sangat masa tu...
Alan: lain kali buat la lagi. ke memang dah plan nak buat lagi.
Hassan: nanti aku pertimbangkan nak buat lagi ke tak. kau ada apa-apa plan tak hari ni?
Alan: tak ada. asal? ada plan baik punya ke?
Hassan: haah, nak ajak kau keluar minggu depan...
Alan: ha? minggu depan? tapi kenapa kau tanya free ke tak hari ni?
Hassan: free hari ni tu sebab aku takut kalau kau busy, nanti kau tak menjawab soalan aku...
Alan: bangang!

Biasa la tu. itu lah Hassan. tanya lain nanti soalan dia bagi lain. Pak Man datang serve kitorang ni roti bawang untuk aku dengan roti kapas untuk Hassan. milo ais dengan nescafe pun nak habis dah. almaklumlah, beliau sudah mencapai usia senjanya. kalau suruh buat laju-laju, mau arwah dekat situ jugak. nanti Mak Leha balun kitorang. tak nak aku kena macam tuh.

Minggu depannya, aku pendekkan cerita, hari yang ditunggu tiba. malam kelmarinnya Hassan kata nak pick up aku dekat rumah. lagipun Skyline bapak aku tu dia pakai. pergi konvoi. yang R1 tu aku tak boleh bawak. sebab lesen B full tak ada. aku tunggu punya tunggu, dia tak muncul-muncul. aku sabar je la. makin hilang sabar dengan masa mula menunjukkan pukul 11 pagi. kata nak ambil pukul 9. bukan main awal aku siap. sesudah subuh aku mandi. cari pakaian yang sesuai lagi. pukul 0855 baru siap. dia tak sampai-sampai lagi. lastly, aku call je terus. mencari kepastian.....

Alan: hello, Hassan ada tak?
Mak Hassan: siapa ni?
Alan: Alan mak cik, kawan Hassan.
Mak Hassan: maaf la. mak cik tak cam suara. ada apa nak Hassan ni? nak gay dengan dia ke?
Alan: agak la makcik. saya ni ada akidah yang mantop. tak kan nak jadi gay pula.
Mak Hassan: lupa pulak ayah kau tu tok imam nombor 3 kampung. kejap mak cik panggil..

Beberapa minit kemudian.....

Hassan: asal kau talifon aku pagi-pagi ni? dah lama hidup ke ha!
Alan: yang kau nak marah-marah ni asal? lupa janji ke ape kau ni..
Hassan: janji apa. weh, aku bukan Akim la nak main janji-janji...
Alan: Akim?
Hassan: penyanyi tu lah.
Alan: oh, aku penampar kau nanti kang. kau siap cepat.
Hassan: asal lak? kau apa kena nak suruh aku siap-siap?
Alan: woi, kau lupa ke kau ajak aku keluar minggu ni masa dekat warung Pak Man? kau lupa ke buat-buat?

Dia terdiam sekejap...

Hassan: lah, lupa la pulak. aku tak buat reminder rupanya..
Alan: Ya Allah budak ni. kau nak pergi ke tak ni?
Hassan: pergi. kau tunggu lah aku siap-siap. nak aku ambil kau...

Itu lah Hassan. pelupa. bengang aku dekat dia hari tu. dah la keluar pukul 1230, balik awal pulak tu. ish, sabo jer la......

Edit from: Diari Alan and Co.

p/s: lain kali, kalau la terasa diri itu pelupa. buat la reminder. baru la tidak lupa. itu sebahagian dari kaedah untuk tidak lupa akan apa yang anda akan lakukan pada hari tersebut.

Friday, October 7, 2011

Hukum Hudud. kenapa tidak dilaksana di Malaysia?

Merujuk tajuk diatas, ini adalah tajuk saja-saja untuk bacaan ringan para penerjah dan pembaca. aku bukan nak kata apa cuma aku nak anda-anda semua berfikiran terbuka soal kenapa Malaysia tak nak laksana hudud. adakah takutkan Karpal Singh or seramkan propaganda mereka terbuka dengan luasnya? mari berfikiran positif dan sedikit berfikiran negatif dalam hal ini. renung-renungkan....

Ok, pertama kita lihat dari sudut positif. ada banyak kalau nak difikirkan sikit-sikit. tapi kalau fikir banyak-banyak lagi la banyak dari sikit tu. ini sekadar bacaan. tidak ada kena mengena dengan yang sebenarnya....

1. tak ada orang yang mampu bertindak adil. means tiada hakim yang benar-benar dapat berlaku adil.
2. ahli Fatwa Malaysia tak tahu cara yang betul laksana hudud. mana boleh main taram je jalankan hukum hudud.
3. keliru. keliru dari segi nak buat di hadapan orang ramai atau siarkan live dekat tv je.
4. tak habis kaji. bermakna mereka tengah kaji hudud dari segi bagaimana hudud boleh dilaksanakan dan bagaimana hudud boleh untuk tidak dilaksanakan.
5. tentangan kaum. kerajaan masih tak sure habis sama ada hudud itu untuk orang Islam sahaja atau yang bukan Islam sekali.

Sesudah meneliti hasil idea diatas. mari teliti pula apa yang ada dibawah nun disana (tak payah tengok tempat len, bawah nie je). yang ini bila kita berpandangan negatif terhadap kerajaan Malaysia yang kononnya merupakan negara Islam yang sejati (ada beberapa kriteria yang Malaysia belum penuhi, jadi belum boleh jadi negara Islam sepenuhnya). mari lihat kemungkinan ini....

1. politik. mereka takut hilang sokongan kaum lain yang selama ini sokong BN dengan kuat dah kukuhnya.
2. tembelang. jangan ingat PM kita tak ada kes yang boleh dikaitkan dengan hudud dan qisos. ada mungkin..
3. takut. apa yang ditakutkan ialah pembangkang. dengan adanya hudud, Anwar Ibrahim akan terlepas dengan mudahnya kerana timbul keraguan.
4. rasuah. apa yang BN boleh buat cuma rasuah. dengan tiada rasuah dan jabatan kehakiman akan dipisahkan sama sekali dengan kerajaan apabila hudud dilaksana, chance mereka nak menang adalah low.
5. jahil. mereka jahil dengan hukum Allah yang perfect dan mempunyai banyak kebaikan berbanding keburukan. percayalah.

Yang aku tulis tu tak semestinya betul dan tak semestinya tak betul. apa salahnya kita ada dua pendapat tentang sebab hudud tidak dilaksanakan di Malaysia. aku pernah dengar cerita dari ustaz PQS aku time form 4 lah kan. orang yang dekat Makkah tu yang kena potong tangan sebab mencuri, dapat duit banyak. bukan sebab apa pun. sebab orang yang tengok tu bersimpati dengan orang yang hilang dari pergelangan tangan sampai ke hujung jari. tengok betapa indahnya hukum Allah itu. orang itu hilang anggota badannya dan Allah datangkan kepadanya rezeki untuk dia memulakan hidup yang baru. mungkin Allah tetapkan hukum tu untuk tutup aib orang tersebut di akhirat dengan salah satu anggotanya tidak menceritakan akan kesalahannya.

Ada lagi satu cerita. aku tak ingat la cerita ini. agak samar-samar dalam otak aku yang tak berapa nak pandai dan kuat hafalan. yang aku ingat cerita ini cerita para sahabat Nabi Muhammad juga. Saidina Umar kalau tak silap. dia dapat tahu anak dia berzina. tak kahwin lagi tu. anak Umar tu mengaku la dengan sendirinya. dan Saidina Umar tu juga jalankan hukuman sebat 100 kali dekat anaknya sendiri. sebat punya sebat, habis je meninggal anak beliau. malam tu agaknya beliau bermimpikan anaknya. anak beliau mengucapkan terima kasih kepada bapanya sebab melepaskan dia dari seksaan azab neraka. indah kan hukum Allah? mengenakan balasan di dunia dan melepaskan azab di akhirat.

Akhir kata, hukum Allah adalah the best in the world. hukum ini datang dari al-Quran yang suci lagi agung itu. dan hukum ini sesuai untuk sepanjang zaman. relevan. so, kalau ada yang kata 'hukum hudud tak relevan', cuba cakap dengan aku part mana tak relevan. meh cakap dengan aku. kalau hudud ni dah tak relevan, maknanya orang tu turut akan mengatakan bahawa al-Quran turut tidak relevan. aku tak nak la label orang tu munafik. tapi pandai-pandai lah ingat. Allah itu Maha Mengetahui apa yang dia turunkan kepada manusia. Allah tahu lebih dari kita tahu. pengetahuan kita cuma setitis air lautan sahaja. ingat ye, hudud itu bagus bukannya undang-undang buatan manusia (sivil) yang bagus. renung-renungkan.....

p/s : Fikir-fikirlah dengan apa yang aku tulis nie.

Saturday, October 1, 2011

Musuh aku (berani mati post)

Gila.ayat tuh bukan apa pun. tak ada kena mengena dengan tajuk pun. saja nak masukkan ayat tuh dalam post ni. tapi kalau nak kena mengenakan pun boleh. macam mana? senang je. semudah ABC 123 (dah macam apa ntah bende tu). ok, Physics aku tak tau la nak cakap apa. susah dia tak payah cakap la kan. sebabkan subjek tu memang bukan bidang lapangan aku (mungkin), jadi ia seperti bertarung dengan dewa naga dalam cerita Dragon Ball GT je. susah. mungkin mind set yang menguasai minda menjadi pemangkin kepada kurang berjaya dalam fizik. orang lain rilek je jawab aku je yang terkial-kial nak jawabnya. musuh-musuh aku lagi syok. jawab dengan hati yang terbuka je kerjanya.........

Fattah (kiri sekali)
Ops, aku ada musuh? hahaha, memang ada!! apa tengok-tengok. tak payah tendang pun boleh cakap kan....(sekali lagi, tiada kena mengena) sapa musuh aku tu? Chin Peng kah? Barrack Obama kah? or some one else kah? musuh aku ni dalam kategori musuh yang bagus dan bukannya musuh yang bila korang jumpa je angkat senjata dan perang. tak. musuh macam tu aku tak ada. kalau ada bapak gengster aku nie. siapa sebenarnya musuh aku tu? mereka ialah Radi, Jamal dan jugak Fattah.....
Jamal (depan,dua dari kiri) Radi (baju putih seluar hitam)







Wah, asal aku musuh dengan diorang bertiga ni? ada sebabnya dan sebab ni gak lah ramai kawan aku yang kata aku nie gila. ah gila tak gila. nothing impossible la kawan. aku tahu tu. sebab utamanya result peperiksaan diorang. gempak-gempak kowt. kalau sorang dapat 97 la katakan, sorang lagi dapat 95, sorang lagi dapat 93. tak pun dekat-dekat je markah. kadang-kadang beza satu markah je. ability diorang memang tak boleh dipertikai. sebab tu la aku nak try beat diorang. tak beat pon sama level cukup la.

Seperti yang sedia maklum, add math bagi certain people adalah susah hinggakan anda boleh pecah kepala malahan hancur pensil yang anda pegang masa periksa. aku tak nafikan benda itu susah. aku pun bukan pernah lulus pun. kecuali ujian awal tahun tu. adus, giler apa macam tu. tapi kalau tengok mamat bertiga nie, paling ganas Jamal la. 100 je markah dia. perfect. kata tak cukup masa la ada yang susah la apa la. alasan dia nak sedapkan hati orang macam tu la. tak guna punya ayat. last-last full mark gak. otak apa la yang ko pakai ni wahai Jamal? aku terkial-kial nak buat ko boleh dapat full mark. ye aku sedar aku lemah tapi kau tu terer sangat. sedekah la markah kat aku sikit.....

Tapi bab lain diorang ni lebih kurang je. cuma Jamal lebih kat add math. tu je la. markah diorang yang paling rendah pun A- je membuatkan aku jeles sedangkan aku paling rendah markah pernah aku dapat ialah G--- (tak pernah wujud). dah la yang G tu add math. wargh!! sabo kau. nanti aku kejar slow-slow sampai aku dapat grab korang bertiga. tengok jer lah.

Beza ketara antara aku dan mereka bertiga ialah aku Khawarizmi (kelas nombor 4) dan mereka Ibnu Sina (kelas nombor satu). lah, patut la pintar semacam. kelas pertama rupanya. haha. tapi pasal aku nak beat diorang tu ada gak cikgu yang tau. macam Cikgu Salwa (guru math mode merangkap guru kelas 2). dia pun kata tak mustahil. tapi ada lak yang kata mustahil gila nak kejar diorang tu. peduli apa aku. sapa kau nak buat ayat macam tu. tu maknanya tak ada konfiden. lagi satu kau tak berani orang yang lagi atas daripada kau. jangan pandang ke bawah. ataupun selamanya kau akan berada di situ melihat yang lain terus maju dengan mengejar yang diatas. aku tau ni mission impossible bagi certain human being, tapi aku lihat sebagai mission yang tak possible tak akan terjadi. ada la jugak yang aku dah mula nak kejar walaupun jauh berapa markah je pun.

Moral sebenarnya ialah be positive in every work you done. make your target can be archive even it is hard. aku tau ramai yang nak kata "hang nie gila" sebab nak kejar mamat tu. aku tahu bagi certain people itu adalah mustahil. tiada yang mustahil. sedangkan Safee pun boleh bermain sampai ke Cardiff City walaupun training, inikan pula kita yang nak bersaing dalam pelajaran. musuh itu elok. musuh itu bagus. tapi yang bagus dari segi saingannya. bukan dari segi berapa ketat muka korang bila nampak musuh korang tu. bila kami kawan kami kawan. bila kami dapat result periksa, cemburu mula menular sebab mereka dapat lebih tinggi dari kita. akhir kata, jadikan setiap cabaran itu sebagai pemangkin kepada kejayaan korang semua. orang yang berjaya pada hari ini juga melihat mereka yang lebih berjaya dari merekauntuk dijadikan pembakar semangat mereka.......

p/s:tak pernah entri aku pendek....

Sunday, September 25, 2011

24/9,jamuan raya akhir sebagai pelajar sekolah menegah.

9/24/11, tarikh akhir jamuan sekolah bagi aku. ye la, pasni mana ade dah title 'budak sekolah' kat dada. ada title 'budak lepasan SPM' je. tak menarik sangat. memang la best sekolah dah nak abis, boleh lari dari undang-undang sekolah yang ketat tuh. entah la. macam malas nak tinggalkan sekolah ni. tak kisah la sebab apa. tapi ada daya tarikan di sekolah nie.

Dengan bangganye aku bangun la kul 6 berlari mandi solat dan gosok baju. 7 baru siap. gerak terus pergi sarapan jap. perut lak lapar tiba-tiba. tak patut betul. abis sarapan terus pergi sekolah. dalam kul 7.40 sampai la. aku pergi tandas dulu sebab situ je tempat yang ada cermin. tempat aku nak tengok samping center ke tak (walhal nak g masjid baru pakai). aku tunggu lak yang lain. macam tak datang lagi. lantok lah. aku naik la kelas jap dan aku ada nampak gak kawan aku nie. aku jalan la pergi kelas nombor 3. sekali ada yang sergah aku. nasib baik tak ada sakit jantung. memang  tak sayang kawan betul la kau ni.

Pukul 8 gerak ke masjid. seperti yang dijanjikan la. dah sampai tu tunggu je la. bila la majlis nak mula (sebab form 3, 5 dan 6 atas ada solat hajat). tunggu punya tunggu, pukul 8.30 lebih kurang baru mula. standard la tu kan. habis solat semua, bacaan yassin. gerak la semua manusia dalam masjid tu ke dewan. tapi kitorang macam biasa la. siap-siap dulu sebab hancur sampin masa duduk tadi....


lebih kurang jer korang


syaidi
ready2.
macam payah je nak pakai...



wawan nie bro!
Syazwan desa a.k.a wan de








fuh,hensemnye abang kite nie

Ni baru dekat masjid. kitorang pun g la dewan. sampai-sampai doa dah dibaca. kitorang aminkan aje. setel serbu makanan. wah, makan nak banyak je. sedap la gak ayam bakar, satay, dan macam-macam lagi. tengok sekali memang nak makan lagi.

Aku sajikan korang dengan gambar je la. lagipun tak banyak sebab masing-masing nak makan. kamera tak jalan. so sikit je la gambarnye. adios. aku harap akan bertemu lagi kemeriahan sebegini.

Ramai tak?

bodyguard alip la.sape kaco, dua org tu kasi pecah

macam rombongan meminang lak

nie la 'meja makan' litorang

selera nampak

kalau duduk atas grandstand la

Faisal.....

Bese la bergambo....






uish, lidah ko tu hadi terkeluar





Saturday, September 24, 2011

Peluang yang sukar untuk diraih

Kalau aku diberikan peluang untuk katakan sesuatu kepada orang yang aku sayang.....tak kisah la mak ke ayah ke awek ke ape ke an. aku mungkin akan macam nie aje kowt.....


"I love you, I have loved you all along, And I miss you, Been far away for far too long, I keep dreaming you'll be with me , and you'll never go, Stop breathing if, I don't see you anymore"


Ok, actually sebenarnya (sama aje) nak luahkan something kepada orang yang tersayang bukan semudah abc atau 123 atau 1+1=2. tak. ia sesusah menyebut ayat racist masa kecik-kecik dulu. sesusah berjalan masa korang nak belajar berjalan. dan juga sesusah add math kalau tak belajar. ha, maknanya tak semua kata-kata itu memperlihatkan setiap kata dari hati kita. tapi yang membezakan cuma pada perbuatan. memang korang boleh cakap "aku sayang mak aku, ayah aku, adik-adik aku" dan sebagainya. mungkin korang ak leh cakap "aku cintakan awek aku separuh mati". kesian la pulak. bercinta ngan zombi ke minah tu. kuang3.

Apa yang membezakan tahap sayang korang kat somebody yang korang really care sebenarnya bukanlah pada  percakapan. tapi pada perbuatan korang sebenarnya. actions always speak the words that our mouth can't. bak kata abang long dil la dalam KL Gangster......

"kalau kau sayangkan mak kau, takkan la kau nak usha dari jauh je. ha? sayang je usha. sayang je usha..."

Lebih kurang la ayat tu. kalau korang sayangkan orang yang kau sayang tu, apa pengorbanan yang kau dah buat? aku mungkin ada yang aku tak buat lagi dan mungkin ada yang aku dah buat cuma aku tak perasan je. perasaan tu ada. perasan je tak ada. sedih benar. aku ni bukan la anak yang baik sangat. depan mak ayah mungkin la baik juga. belakang kadang-kadang langgar cakap gak. hari-hari lak tu. kata jangan bawa motor laju-laju, bawa gak laju. tapi tak ada la laju sampai terbang motor tu. suruh buang sampah kadang-kadang tak buat. senang cerita aku memang tak cukup berbakti lagi la kat parents aku nie. selagi mana aku hidup tu juga la aku nak berbakti kat mereka. tak kisah la payah macam mana pun. even aku kena pergi bertapa kat gunung jerai pun aku ok. semata-mata nak tunaikan hasrat mereka. selagi tak langgar syariat Islam dan gak selagi tak membebankan aku terlalu sangat.

Itu baru part mak ayah je. tak masuk part orang yang korang sayang gila-gila tu. yang ada setengah orang mak ayah pun sanggup campak dalam gaung kalau awek tu suruh. mungkin untuk orang yang boleh aku kelaskan sebagai orang yang tak sure lagi boleh dapat ke tak, apa yang korang leh buat cuma (antaranya la) doakan kebahagiaan mereka dan kesejahteraan mereka. aku tak tahu la kalau ada yang memang nak akad esok kan. tapi doakan kejayaan dia cukup bagus sebab kalau sayang sangat kat dia, tak nak tengok dia berjaya dalam hidup ke? tak nak ke tengok dia amik ijazah dalam bidang yang dia ceburi? mesti ada rasa nak lihat dia berjaya. walaupun nak kata berjaya lebih dari diri sendiri tu tak lah. tapi tak kan tak gembira lihat dia berjaya? fikir yang itu. pastu nak menggatal nak kawin ke apa ke belakang cerita. ada orang kata "nak tengok orang tu sayang kat somebody ke tak, tengok macam mana dia boleh terima hakikat kalau orang yang dia sayang bersama dengan orang lain". aish, aku yang dengar ayat ni pon lemah. ntah la. aku harap aku dapat la berfikiran rasional. jangan sampai aku membunuh udah. hahaha. tapi kalau bunuh dalam game je tak apa. polis tak kecoh.

Apa yang aku nak cakap ialah hargai yang tersayang. hargai mereka selagi mereka di depan mata korang. jangan sampai tunggu mereka (parents) dah nazak, dia (orang len selain yang ada hubungan kekeluargaan dengan korang) dah bersama orang lain baru korang terhegeh-hegeh nak hargai diorang. sorry to say la. mungkin diorang tak akan makan pujuk rayu korang. parents korang yes. diorang terima sebab sejahat-jahat mana pun anak tu, parents akan tetap doakan mereka sampai ke akhir hayat mereka. akhir kata (betul punya), doakan lah kesejahteraan parents korang dunia akhirat. puaskanlah hati mereka selagi mana mereka masih lagi didepan kita. hargailah mereka. doakan la kebahagiaan insan kesayangan korang. haraplah dan berdoalah agar dia menjadi orang yang terbaik dalam hidup korang walaupun perjalanan hidup korang masih lagi jauh berliku.

p/s: macam merepek. lantaklah!