Assalamualaikum dan selamat sejahtera. lama tak update blog. jadi aku pun dengan bangganya nak update blog ini setelah lama dibiarkan bersama debu-debu IT. about PSPM 1, aku dapat pointer yang ok la. lepas la aku punya target. berbalik kepada tajuk entri kali ini, aku nak membincangkan satu topik tentang research BI aku. yakni 'It is relevent if students involved in politics?' menarik? ni adalah idea aku sendiri selepas ditapis daripada 8 idea sedia ada. tapis dengan segala penapis termasuklah penapis air, dapat jugak tajuk nie.
Relevannya? topik ni aku bangkitkan setelah tertengok Perhimpunan Agung UMNO la. gara-gara aku tengah belajar, mereka ada jugak ajak perwakilan UMNO luar negara seperti dari Jepun, UK, Australia dan lain-lain negara yang ada students Malaysia di negara mereka. sebab lain jugak adalah perhimpunan BERSIH, tak kira point yang mana. sama je semuanya. mereka ni memang la membawa nama parti sokongan masing-masing tapi perlukah time tengah belajar lagi?
Ketidakrelevenan 1, sebab tengah belajar. boleh dikatakan ramai yang terlibat politik semua bukannya siswa siswi biasa je. mereka terdiri daripada mereka yang telah berkejaya. tak ke rasa rugi bila diberi peluang untuk belajar kita pergi berpolitik? jangan hampakan parents kita nie. bagi mereka merasa pemberian ikhlas anda dulu baru dok pikir pasal politik semua nie.
Ketidakrelevenan 2, awal sangat. orang macam Anwar pun join politik masa dia dah habis belajar. Dr. M apatah lagi. mereka ni mahirkan diri dalam bidang masing-masing dulu sebelum terlibat. kita nie, nak makan pun kena suap lagi. kencing pun bersepah lagi ada hati nak masuk aliran politik nie.even jadi perwakilan pun rasanya tak perlu la sebab dah bawak kita selangkah ke dalam kancah politik.
Ketidakrelevenan 3, takkan dihargai. confirm la yang ni. sebab hang demo macam mana pun, hang kempen macam mana pun sampai parti hang menang, hang takkan dihargai. itulah yang pasti. sebab orang atas ni biasanya nak mandat daripada rakyat. so, tak tau la kalau anda berkempen, parti anda menang, leader parti anda terus mengenali anda.
So, as a conclusion, terlibat dalam parti politik pada awal waktu yakni time study memang tak releven. melihat kepada persepsi negetif dan positif, lebih banyak negetifnya daripada positifnya.
p/s: time update la nak blackout bagai. kejadahnya.
Saturday, December 15, 2012
Tuesday, November 20, 2012
We're Weak..Too Weak
Assalamualaikum and salam sejahtera. nak merapu ley? Seri ngan Bangladesh and Hong Kong, tewas jugak dengan Hong Kong. tu je match yang aku up to date. why? sebab matriks aku jadi terpisah dengan dunia luar. aku tak tahu apa-apa pasal dunia luar. tajuk atas tu untuk skuad Harimau Malaya. tapi aku tak boleh la nak komen banyak. aku ni amatur, cakap lebih nanti orang kata bajet pro pasal bola sepak. haha, in my opinion la kan, kita tertinggal sangat jauh kebelakang. tapi orang masih nak pertahankan bola sepak kita ni.
So, yang aku nampak ketara la lemahnya skuad Harimau Malaya kita ni dekat part konsistensi. kita ni sama macam skuad England sekarang. menyerlah untuk kelab tapi malap untuk negara. macam contoh aku perhati Safee Sali la, kita biasa dengan dia penyerang berbisa untuk kelab Pelita Jaya. tapi bila masuk untuk peringkat negara, dia seolah-olah sedikit longlai dan hilang penyudah berbisanya. this is recently my scouting result. tak tepat sangat pun. kalau lihat masa edisi AFF yang lepas, fuhh bukan main power lagi dia ni. tapi still aku respect dia sebab tanpa dia jugak la tak mungkin kita ada barisan penyerang berkualiti. even kita ada brader Mat Yo, Safee Sali gak yang kita harap boleh jaringkan gol.
Pilihan pemain juga main peranan. kenapa Kelantan dominan untuk tahun-tahun kebelakangan ni? Selangor pulak kejap hebat kejap merudum? kekuatan bangku simpanan, ataupun dalaman adalah faktornya. kita selalu lihat Safiq Rahim dan Amar Rohidan yang akan main peranan untuk bertahan dan kawal game. tapi bila kita kehilangan salah seorang daripada mereka, kelihatan bahagian midfield Malaysia sangat goyah. Badrol Bakhtiar lebih banyak menyerang berbanding mengawal. dengan ketiadaan Nazmi Faiz, pilihan bahagian tengah bergantung kepada pemain yang kurang konsisten.
Tiada pelapis berbakat. dalam situasi ini, bahagian serangan paling kronik. aku pun tak nak la cakap apa. just aku jarang la lihat pemain selain Mat Yo, Safee dan Zaquan Adha untuk membarisi bahagian serangan Malaysia. serius aku cakap, aku cuma tahu ada 3 orang player serangan tetap, dengan Fakri Saarani pun aku jarang nampak. tak tahu la. tapi ni la lemahnya kita, bergantung kepada pemain yang sudah terbukti dan tak berapa nak berani bereksperimentasi dengan player yang berbakat tapi jarang diturunkan. contoh paling jelas adalah skuad samba Brazil. mereka kini sedang dalam pembikinan semula selepas berakhirnya era emas yang memiliki Ronaldo, Ronaldinho, Cafu, Rivaldo dan sebagainya. pendekatan berani mereka perlu di ambil sebagai contoh kepada pasukan Malaysia.
Komen ni pun tak layak sebenarnya untuk dikomenkan sebab bukan pandangan profesional, mereka lebih tahu dan paham tentang selok belok bola sepak ni. zaman kegemilangan kita sudah lepas. Malaysia sudah melepasi tahap terbaiknya. komen ni bukan untuk mengutuk tapi cuba untuk membina balik pasukan kebangsaan kita. siapa yang tak nak tengok Malaysia jadi juara Asia? juara Piala Dunia? prospek seperti Nazmi Faiz Mansor perlu diambil kira dan mana-mana pihak perlu menyerlahkan bakat pemain akademi mereka sendiri untuk kepentingan bola sepak negara. majulah sukan untuk negara.
p/s: akhirnya!

Saturday, July 21, 2012
Matrikulasi Oh Matrikulasi
"Diamond tu bagi saya rubish. sebab apa? sebab dia sepupu rapat dengan karbon. diamond terbentuk daripada high temperture with high pressure baru jadi berlian. sebab apa mahal? rare. bagi yang paham sains, dia akan anggap benda tu rubish."
Assalamualaikum dan selamat sejahtera (hampir tertulis 'pagi' tadi). beginning post aku kali ni lain sikit lah. sebab ayat ni buat aku berfikir, apa yang Rosmah tergila-gilakan sangat pasal berlian ni. sampai berjuta0juta habis ha. mak aih. haha. bagi aku sekarang benda tu pun dah jadi rubish. tapi bukan pasal Rosmah yang aku nak berbicara sebenarnya.
Hidup dekat matriks ni banyak benda yang menganjing orang berlaku. banyak benda lawak berlaku. konklusinya, budak-budak KMNS lawak-lawak belaka. sampai kadang-kadang tak masuk akal lawaknya. contohnya tersepit badan dekat pintu tak nak buka sendiri la, jatuh sebab tersangkut dekat rantai, bangun lalok la dan macam-macam lagi. mungkin orang fikir hidup di matriks ni no life, tapi sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri.
Macam yang aku cakap dekat post lepas, memang itu je la rutin aku hari-hari. ulang dan kadang-kadang aku jadi boring dengannya. tolong! boleh mati bosan den ni ha. tapi hidup ni dipenuhi cabaran dan inilah salah satu darinya. cikgu-cikgu KMNS superb even ada yang aku rasa macam ganas gila, tapi mereka mahukan yang terbaik daripada kita. sanggup tu tak tidur sebab nak siapkan nota. ish, cikgu siapa la ni.
Meh la aku kenalkan cikgu aku seorang demi seorang. the big four punya subjek je ok. first, Mathematic yang memang add math pun sebenarnya. kuliah dikendalikan oleh cikgu Hairon dan tutorial oleh cikgu Nizam. seorang sempoi dan yang lagi satu tu garang nak mampus. takut aku. Biologi, cikgu Nadiah as kuliah dan amali dan cikgu Abidah tutorial. satu ok, ajak rilek sebab muda lagi dan lagi satu aku agak mengantuk sikit sebab kurang menarik stail dia. Kimia cikgu Ruziana as kuliah and amali dan cikgu Saufi (ayat atas tu ayat dia) sebagai tutorial. seorang bagus, ajar paham dan lagi seorang ni sempoi je, aku kau lagi kadang-kadang. Fizik cikgu Nun as kuliah and amali dan Cikgu Azah as tutorial. dua-dua best walaupun aku selalu hampakan mereka dengan markah teruk aku tu.
Hargailah kehidupan, hargailah orang sekeliling. siapa cikgu anda, siapapun rakan anda, siapapun peneman hidup anda, fungsi mereka tetap sama. memaksa anda menjadi lebih baik dari apa yang anda tahu. matrikulasi memenatkan tapi disinilah anda diajar erti kehidupan sebenar dunia luar.
p/s: apa pun idea spontan macam biasa. ada komen tinggalkan je. pemilik tak marah pun.
Friday, July 6, 2012
Penat? Pondan La Kalau Tak Tahan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. as usual, i'm going to talk about something that i experience during my time at matriculation programme at Negeri Sembilan. err, tahiniah la dah terpengaruh dengan MUET yang sungguh menarik lagi menakjubkan tu. sial la pui! apa-apa pun tajuk tu memang ada kena mengena dengan matriks aku ni ha. haram jadah penat tapi menyeronokkan. apa yang seronoknya? baca la dulu.
Everyday at 5 a.m, aku bangun ngan lemah longlainya. biasanya aku akan jadi orang first yang akan bangun kat dalam bilik aku. maybe aras aku jugak (bangga la der). mandi dengan kesejukan dingin pagi. buat rutin harian sebelum solat subuh dan lepas solat je laju tangan aku mencapai kerja-kerja yang tergendala sebab aku tidur awal. abang dengan kakak 4 flatter suruh. aku ikut je la. sampai la pukul 6.40 aku siap-siap terus naik kafe makan. aku tak guna istilah turun sebab ada sebabnya. tunggu Amir dan Sallam dan settel makan terus gerak pergi kuliah or tutoran or amali.
Kalau pagi kuliah, aku akan gerak dengan Amir, Sallam akan gerak dengan abang hot stuff kita, Izzat. kenapa? sebab kami sama kuliah. aku dengan Amir S1C dan Sallam dengan Izzat S1F. amacam? Raimi kuliah lain sama dengan Fitri dan Taufiq dia special sikit sebab dia modul 2. rutin sama saban hari dari pukul 8 sampai la 5. penat tak payah cerita. balik je nampak katil pass out terus.
So, habis je kelas pebagai semua tu, balik bilik dan rehat. biasanya pukul 6 aku dengan Sallam kadang-kadang Amir akan round kolej untuk cuci mata, tenangkan fikiran dan cari bahan untuk buat lawak. memang menyempat je nak buat macam-macam. jangan main-main. even surau yang sepatutnya jadi tempat tambah pahala pun boleh jadi tempat buat dosa.
Rutin malam sempoi je. lepas isyak terus belajar dekat surau sampai pukul 11. biasanya cuma 1 kerja je yang siap sebab dua jam rasa macam tak cukup langsung la. belajar plus borak plus baring-baring. haha. tapi sempoi la belajar waktu malam. belajar tanpa tekanan. ada tempat lain juga nak belajar macam library. tapi waktu malam pun nk pakai kasut memang tak pergi la jawabnya.
Aku biasa tamatkan hari aku pukul 12. hari-hari tanpa rasa jemu, mual atau loya-loya. dalam pada nak tunggu waktu tidur tu ada la gak aku sambung kerja sikit tak pun iron baju tidur terus. nampak macam bosan kan? tapi tak ape, untuk setahun ni aje. lagipun matriks kan fast track.
For the conclusion, apa yang aku rasa seperti tak ada life itulah lifenya. even aku rasa macam boringnya matrikulasi Negeri Sembilan ni, tapi dengan adanya rakan-rakan Maahad Hamidiah dan Sultan Hisamuddin, hidup aku meriah lagi-lagi sebab ada Amir dan Sallam. aku rasa kalau la aku dapat tarik Zairul, Syamil dengan Hafiz ke Negeri Sembilan jugak, hidup aku sah penuh gelak ketawa.

Friday, June 15, 2012
Testing
first time tulis post guna fon.harap menjadi la gamaknya.jika anda terbaca post ini.itu bermakna saya dah berjaya tulis blog guna fon.
Subscribe to:
Posts (Atom)