Ok, pertama kita lihat dari sudut positif. ada banyak kalau nak difikirkan sikit-sikit. tapi kalau fikir banyak-banyak lagi la banyak dari sikit tu. ini sekadar bacaan. tidak ada kena mengena dengan yang sebenarnya....
1. tak ada orang yang mampu bertindak adil. means tiada hakim yang benar-benar dapat berlaku adil.
2. ahli Fatwa Malaysia tak tahu cara yang betul laksana hudud. mana boleh main taram je jalankan hukum hudud.
3. keliru. keliru dari segi nak buat di hadapan orang ramai atau siarkan live dekat tv je.
4. tak habis kaji. bermakna mereka tengah kaji hudud dari segi bagaimana hudud boleh dilaksanakan dan bagaimana hudud boleh untuk tidak dilaksanakan.
5. tentangan kaum. kerajaan masih tak sure habis sama ada hudud itu untuk orang Islam sahaja atau yang bukan Islam sekali.
Sesudah meneliti hasil idea diatas. mari teliti pula apa yang ada dibawah nun disana (tak payah tengok tempat len, bawah nie je). yang ini bila kita berpandangan negatif terhadap kerajaan Malaysia yang kononnya merupakan negara Islam yang sejati (ada beberapa kriteria yang Malaysia belum penuhi, jadi belum boleh jadi negara Islam sepenuhnya). mari lihat kemungkinan ini....
1. politik. mereka takut hilang sokongan kaum lain yang selama ini sokong BN dengan kuat dah kukuhnya.
2. tembelang. jangan ingat PM kita tak ada kes yang boleh dikaitkan dengan hudud dan qisos. ada mungkin..
3. takut. apa yang ditakutkan ialah pembangkang. dengan adanya hudud, Anwar Ibrahim akan terlepas dengan mudahnya kerana timbul keraguan.
4. rasuah. apa yang BN boleh buat cuma rasuah. dengan tiada rasuah dan jabatan kehakiman akan dipisahkan sama sekali dengan kerajaan apabila hudud dilaksana, chance mereka nak menang adalah low.
5. jahil. mereka jahil dengan hukum Allah yang perfect dan mempunyai banyak kebaikan berbanding keburukan. percayalah.
Yang aku tulis tu tak semestinya betul dan tak semestinya tak betul. apa salahnya kita ada dua pendapat tentang sebab hudud tidak dilaksanakan di Malaysia. aku pernah dengar cerita dari ustaz PQS aku time form 4 lah kan. orang yang dekat Makkah tu yang kena potong tangan sebab mencuri, dapat duit banyak. bukan sebab apa pun. sebab orang yang tengok tu bersimpati dengan orang yang hilang dari pergelangan tangan sampai ke hujung jari. tengok betapa indahnya hukum Allah itu. orang itu hilang anggota badannya dan Allah datangkan kepadanya rezeki untuk dia memulakan hidup yang baru. mungkin Allah tetapkan hukum tu untuk tutup aib orang tersebut di akhirat dengan salah satu anggotanya tidak menceritakan akan kesalahannya.
Ada lagi satu cerita. aku tak ingat la cerita ini. agak samar-samar dalam otak aku yang tak berapa nak pandai dan kuat hafalan. yang aku ingat cerita ini cerita para sahabat Nabi Muhammad juga. Saidina Umar kalau tak silap. dia dapat tahu anak dia berzina. tak kahwin lagi tu. anak Umar tu mengaku la dengan sendirinya. dan Saidina Umar tu juga jalankan hukuman sebat 100 kali dekat anaknya sendiri. sebat punya sebat, habis je meninggal anak beliau. malam tu agaknya beliau bermimpikan anaknya. anak beliau mengucapkan terima kasih kepada bapanya sebab melepaskan dia dari seksaan azab neraka. indah kan hukum Allah? mengenakan balasan di dunia dan melepaskan azab di akhirat.
Akhir kata, hukum Allah adalah the best in the world. hukum ini datang dari al-Quran yang suci lagi agung itu. dan hukum ini sesuai untuk sepanjang zaman. relevan. so, kalau ada yang kata 'hukum hudud tak relevan', cuba cakap dengan aku part mana tak relevan. meh cakap dengan aku. kalau hudud ni dah tak relevan, maknanya orang tu turut akan mengatakan bahawa al-Quran turut tidak relevan. aku tak nak la label orang tu munafik. tapi pandai-pandai lah ingat. Allah itu Maha Mengetahui apa yang dia turunkan kepada manusia. Allah tahu lebih dari kita tahu. pengetahuan kita cuma setitis air lautan sahaja. ingat ye, hudud itu bagus bukannya undang-undang buatan manusia (sivil) yang bagus. renung-renungkan.....
p/s : Fikir-fikirlah dengan apa yang aku tulis nie.
wehhh.panjanggnyaaa kau tulisssssss. haha
ReplyDeletexde la panjang sbb aku byk tekan enter
ReplyDelete