Assalamualaikum dan salam sejahtera. lari sikit dari topik kejap. dah beberapa malam chat box group sekolah aku disibukkan dengan beberapa manusia yang di limit di twitter mereka. ada yang mencarut, berkata lucah. tapi akhirnya mereka kembali kepada fitrah. baguslah. kembali kepada tajuk asal. kenapa aku tulis macam nie? saja je nak tulis benda-benda ringan macam ni. apa yang Johor ada sampaikan tempat lain tak boleh nak beat mereka? baca bawah baru tahu.
Firstly makanan. ceh, ingat makan je. so apa yang Johor sahaja ada ialah Mee Bandung, Tauhu Bakar, Mee Siput ataupun nama lain Mee Sanggul. ada yang tak pernah tengok ke? tak apa. datang je Johor. pergi beli la sepeket dua buat bekalan masuk U nanti. haha. lagipun kalau nak makan makanan ni dekat tempat lain tak sama sedap dengan buatan Johor. so nak makan ni datang la ke Johor.
Second, bahasa. ada beberapa kelainan antara bahasa Melayu Johor dengan tempat lain. contohnya semangka. ada yang tahu tak apa la. semangka means tembikai. kalau dekat sini kita cakap sangap nanti orang akan pandang pelik. kalau cakap sesama jantina mesti orang ingat kita ni gay/lesbian or kalau cakap dengan lain-lain jantina mesti dia fikir lain. sangap means menguap untuk orang johor. haih, jangan ada yang salah faham lagi lepas ni.
Ni aku tak tau la apa nak cakap. tapi kat Johor ni banyak nama tempat mula dengan parit. lagi-lagi belah utara Johor. contoh Parit Raja, Parit Ponorogo, Parit Jepun, Parit Raja. Parit Yusof pun ada. jangan main-main. ada banyak lagi cuma aku tak berapa nak ingat. dekat tempat lain ada ke nama tempat yang banyak bermula dengan parit selain Johor?
Lepas tu, nie apa yang aku biasa nampak dekat tempat aku la. asal time solat jumaat mesti akan ada beberapa orang yang akan pakai baju melayu full with sampin dan songkok. kalau macam aku just berbaju melayu, seluar jeans, no songkok. tapi mereka berpakaian sebegitu. kalau tak lengkap pun cuma hilang sampin je. smart.
Last la. aku tak ingat banyak. adat kenduri kahwin. kat sini apa yang aku nampak mempelai boleh jalan direct je terus ke pelamin tanpa melakukan sekatan jalan raya. tapi di Johor itu yang berlaku. ramai-ramai dok pakat duduk depan pintu halang pengantin lelaki masuk. nak masuk bagi duit dulu. kira tol la. tak bayar tak boleh la. dah lepas nanti nak naik pelamin tu pun ada lagi. ni kena bayar lagi. dah bayar semua pastu baru boleh bersanding. best dapat duit.
Hopefully apa aku tulis ni cuma untuk memberikan anda sedikit pengetahuan dunia yang luas ini. mana la tahu kan ada benda lain yang aku tak tahu boleh kita share. sekian.
p/s: kat Johor ada JPO. tempat lain ada?
No comments:
Post a Comment