Tuesday, May 15, 2012

Matrikulasi Tempat Pertarungan Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera. lepas ni tak ada dah aku nak update benda ni each month. sebab lepas ni dah nk pergi matriks. apa-apa pun aku tau cuma yang gila je sanggup masuk sini. betul. hasilnya anda boleh dapat apa anda nak ataupun anda akan dapat kos yang paling anda menyampah.

Istilah jual diri adalah istilah yang terbaik bila ke matriks. WTH jadi pelacur ke dekat sana? tak, bukannya jadi pelacur bijaks. cuma bila dapat pointer bawah 3.5 anda tak mungkin dapat apa yang anda hajati. serius. aku tak tipu. lagipun matriks macam sekolah lagi. semua masih lagi terkawal.

Cuma masa matriks kita tak ada la terkongkong macam sekolah. phone, laptop dibenarkan. makan tak disediakan dan tolonglah pergi beli sendiri. jangan nak mengada nak mintak makan dekat warden. ada gak yang makan tangan kejap lagi. dan biasanya matriks ni duduk ceruk yang kawasannya tenang dan damai. mungkin nak bagi budak-budak senang belajar kot.

Belajar dia pun dah tak ada nak ada buku tetap macam dekat sekolah. ntah macam mana aku nak belajar dengan tenang dan aman. kegilaan bagi aku bermula bila tiada buku khusus. itu akan membuatkan aku akan pergi pecah setiap bilik dan tanya macam mana nak jawab soalan bertuah ni ataupun tanya apa yang aku tak paham. memang aku terjah satu-satu bilik macam Nas Ahmad buat terjah dekat Melodi.

Sabtu lepas dah pergi usha KMNS. agak tenang dan suasana yang nyaman ditambah dengan altitude yang tinggi. menjadikan Kuala Pilah sejuk boleh tahan. Ulu Bendul tempat rekriasi paling dekat. boleh main air terjun sambil berdoa tiada kencing tikus. pekan dia ok.walaupun just like ordinary pekan. tapi tak ada la terlalu mundur.pengangkutan tak ada masalah sebab ada jugak bas menghubungkan Kuala Pilah dengan Seremban. sama macam KMS dekat Banting tu ha (just berharap Morib tak dicemari lagi).

Apapun, ni adalah pilihan aku sendiri. menolak Kejuruteraan Elektrik dari UITM untuk ke KMNS bagi mencari tempat umtuk memiliki ijazah Kejuruteraan Mekanikal (maybe mechatronic *betulkeeja?). sudah bersedia untuk meneruskan usaha dan bersedia untuk apa sahaja possibility (even ditendang KMNS). jadi gila adalah penting daripada menjadi relaks dan kemudiannya menyesal ditengah jalan. sekian.

p/s: KMNS, here i come!

No comments:

Post a Comment