Thursday, February 2, 2012

Rancangan TV yang Aku Minat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. bertemu lagi dalam coretan kali ini. bilamana kebosanan melanda diri, kita akan menjengah ke PC atau Laptop masing-masing bagi menghilangkan bosan. bila dah bosan dengan benda tersebut, kita akan capai remote TV rumah kita dan tekan pelbagai siaran untuk cari apa saja rancangan yang kita minat. ye dak?

Aku pun macam tu jugak. bosan dekat PC asyik main game je. aku akan buka streaming kat internet. kalau tak streaming pun aku buka www.gua.com.my nak tengok rancangan yang dah lepas (sekali je aku buka hari tu sebenarnya). ataupun aku akan ke youtube dan macam biasa la cari rancangan TV yang aku memang follow up. antara favourite aku ialah:

1. Maharaja Lawak (ASTRO).
Sori la der, memang cerita/rancangan ni dah lama habis. yang mega punya pun dah habis. tapi mega aku tak follow up. aku banyak tengok yang ni je. best kot. walaupun ade yang tak best langsung (cilake la Amir, kau buat ia jadi bosan untuk selama beberapa minit)


2. Top Gear (BBC).
Aku dulu follow rancangan ni sebab kat NTV7 pernah siar. lama-lama hilang dah rancangan ni. 3 orang lelaki, pelbagai jenis kereta mereka cuba dan pelbagai eksperimen mereka lakukan. memperkenalkan kereta-kereta baru dari pandangan mereka sendiri. seronok melihat mereka.


3. Worst Case Scenario (DISCOVERY CHANNEL).
Dulu ada rancangan ni dekat TV2. banyak cerita pasal how to survive bila kita berada dalam situasi tertentu macam sesat dekat gurun. banyak aku belajar dan dari situ gak aku baru tahu yang cactus boleh dimakan.


4. Seekers (NTV7).
Tahu tak kenapa aku suka tengok rancangan ni? sebab aku suka compare Seekers dengan lagi satu rancangan ni. memang susah benor aku nak percaya mereka sebab mereka ni senang cerita tak ada bukti saintifik untuk buat audience percaya yang mereka nampak hantu. setakat nampak sendiri aku pun boleh cakap aku nampak ada hantu jual kuih dekat situ.


5. Ghost Adventure (TRAVEL CHANNEL). 
Ni memang paling aku suka lah senang cakap. 3 orang, Zack, Nick dan Aaron. tiga orang yang selalu buat paranormal investigation di 'most haunted placed in US'. kadang-kadang mereka ke luar US macam Jamaica dan England. best sebab mereka bawa pelbagai alatan untuk buktikan yang hantu benar-benar wujud.



Itu je la coretan pada hari ini. sebarang kepelikan (typo) buat tak tahu je sebab aku pun manusia biasa juga.

p/s: just writing what in my head.

Wednesday, February 1, 2012

Faizal Tahir-Karma



Lirik:

Seumur hidup memang tak mungkin
Untuk aku terus bersamamu
Seumur hidup hanya untukmu
Menyakitkan memuaskan dirimu

Chorus
Halalkan segala makan dan minumku
Cari aku kira kau masih berani
Berdepan realiti
Hey hey jangan kau sentuh
Aku bukan boneka
Kamulah kamu
Aku bukan boneka
Kelak kau tahu
Lewat harimu


Lima tahun dalam kegelapan
Hari ini kau bebas berjalan
Lima tahun dalam kebenaran
Hari ini hari kamu dan aku

Ulang Chorus

Dan karma kan mengambil tempat
Menjemput kau buatku
Ku harapkan kau kembali

Hey hey biar kau tahu
Aku bukan boneka
Akulah aku
Aku bukan boneka
Kini kau tahu
Lewat hariku

Biar kau tahu
Aku bukan boneka
Akulah aku
Akulah aku
Kini kau tahu
Lewat hariku

p/s:pemenang tempat kedua AJL 26 hari tu

Tuesday, January 17, 2012

Berita-berita Best/Menarik Yang Menakjubkan

Yeah, assalamualaikum dan salam sejahtera. terupdate  balik blog ini akhirnya sebab maklumlah. saya tak ada fixed line dekat rumah. walhal broadband pun nak kena top up selang tiga hari (RM3 10 hari). so semakin jarang-jaranglah aku nak update. berbalik pada topik. berita yang best sebenarnya bukan hanya pada sukan which yang aku paling tertarik sekali. tetapi isu-isu semasa. mari tengok berita-berita yang aku rasa aku paling suka. tapi ada yang tak menarik kowt.

Yang pertama, aku gabungkan je sebab dalam satu isu jugak. Anwar Ibrahim terlepas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan. sebab yang kukuh? penah dah aku dengar kes ni tak selesai dari tahun lepas or 2 tahun lepas. tak pasti. tapi itu la, kes paling pelik aku dengar. dengan ada pulak genes lelaki X dan Y. dua orang lelaki berbeza yang tidak diketahui identitinye. ada pulak boleh terselit kat situ. pum pang pum pang punya cerita aku terfikir la sesuatu yang macam logik. kalau betul la mamat tu kena liwat ngan orang tua tu, asal dia tak melawan balik? asal? dia dah tua bro. otak je ganas tapi kekuatan tu tak cukup la nak lawan anak muda. nonsense la epul nie. bantai kang. dan keluar la pulak statement dari najib yang kata "pembebasan dia menunjukkan tak ada unsur politik dalam badan kehakiman."(olah ayat). er, say it again? saja je tu dia puji.dan tiba-tiba. baru tadi la kan keluar lak video yang si tua ni cakap dia sokong gay and lebian and trans-sexual kat Malaysia ni. apa lagi yang tak kena dengan orang tua ni.... kau gila apa? tapi tu kalau dekat sini la videonya macam tu. tapi kalau dekat BBC.......


Aku tak nak cakap lebih. pandai-pandai la menilai mana yang ok dan tak ok...

Next, news about what we call, malaysian artist. aku tak minat nak cakap pasal ni. tapi aku gabungkan jugak la cerita. tapi tak tau macam mana. kakak ipar gaduh dengan adik ipar. yang baru kahwin 2 minggu/bulan dah cerai. duit tak dapat. apa benda la semua tu. artis ni dengan artis tu main sorok-sorok hubungan. untuk luar negara aku tak pasti sangat la sebab belek-belek je korean (remember, i hate them!). so aku terus tak ambil peduli pasal mereka.

Sports. aku suka. pertama senang. berita dia pasal RvP or Robin van Persie. first time in a year, dia tak pernah injured, dapat sama rekod dengan lagenda Arsenal, Henry dalam rekod jaringan setahun (34 gol setahun). tapi cuma kurang 2 gol dengan Alan Shearer (lagenda England dan Toons). kedua, ni aku pun terkejut juga. Scholes keluar dari persaraannya. aku masa tengok match tu pun terkezut. gila kau. aku fikir dia dah tak nak main. rupanya masih ada nafsu lagi. mungkin dia sama kes dengan aku kowt (kat rumah tak buat apa-apa). so, he makes up his mind. he started playing again. ketiga, tempatan sikit la. berkaitan isu pemain import Terengganu. FAM tak kasi sebab mereka kata tarikh daftar pemain import da lepas (disember 2011). mereka baru dapat sign pemain ni bulan januari. apa lagi melenting la PBSNT. sampai MB dia ugut, nak tarik T-Team dengan Terengganu keluar dari persaingan Liga Super. dengan package saman. lastly, FAM goyang lutut. dia pun kata. "ye lah, kami buka balik pendaftaran pemain import" (olah lagi). dua pasukan ni tak ada mesti bosan Liga Super. last la kot. Lin Dan. tak payah cerita. macam biasa tarik diri lagi. orang dok bising yang Lin Dan saja je tarik diri sebab nak naikkan ranking geng dia yang lain. tapi ada Lee Chong Wei kesah? tak ada nya. tak nak cerita lebih. Lin Dan sucks walaupun terer.

Tu je la berita yang aku follow. banyak sebenarnya tapi paham-paham je la. PC aku lagi penting. TV aku tinggalkan. ok la, apa-apa pun, aku update nie rasanya banyak merapu. tak kesah. aku dah cakap apa aku nak cakap. kalau tiba-tiba najib suruh aku buang post nie (macam tak mungkin je), aku tak nak buang.

p/s: nampak sangat bosannya....

Thursday, January 5, 2012

Dulu-dulu La

Yeah, selamat petang dan selamat malam. dan mungkin selamat pagi dan selamat tengah hari....(merapu). dulu-dulu. kalau aku cerita sikit mesti ada yang tak percaya. just nak tulis je masa bosan-bosan nie. check la. banyak pasal aku je lebih...

1. Aku gelap sebab lahir masa orang tengah laungkan azan magrib (7.35 p.m) 
2.Kecik-kecik dulu aku suka lagu MLTR...tak caya?tak ape.


3. Disebabkan aku berbadan besar, maka selera dulu-dulu pun besar. 5 keping roti canai sorang.SORANG.
4.Beberapa kali juga la aku backup sepupu aku masa aku kecik dulu.
5. Dragon Ball antara cerita yang paling tak boleh lepas. sanggup bangun pagi semata-mata nak tengok.
6. Ingat lagi beyblade? musim gak dulu aku main.
7. Crush Gear?aku main jugak.
8. Yu-Gi-Oh? da berapa kali aku main menang kalah je.
9. Gundam? itu hobi mahal aku dan aku da mula kumpul sejak sekolah rendah.
10. Suka Manchester United sebab game FIFA 04.

Simple fact about me. mana boleh detail kat sini. fakta bangang-bangang ok la nak show off. and satu lagi fakta aku tertinggal..

11. Aku patut berterima kasih dekat sepupu aku. tanpa dia aku tak akan minat komputer sampai sekarang.

End of the story...

p/s: ketiga dalam masa sehari

Coldplay-Paradise



Lyrics:

When she was just a girl
She expected the world
But it flew away from her reach so
She ran away in her sleep
And dreamed of
Para-para-paradise, Para-para-paradise, Para-para-paradise
Every time she closed her eyes

When she was just a girl
She expected the world
But it flew away from her reach
And the bullets catch in her teeth
Life goes on, it gets so heavy
The wheel breaks the butterfly
Every tear a waterfall          
In the night the stormy night she'll close her eyes
In the night the stormy night away she'd fly

And dreams of
Para-para-paradise
Para-para-paradise
Para-para-paradise
Oh oh oh oh oh oh-oh-oh
She'd dream of
Para-para-paradise
Para-para-paradise
Para-para-paradise
Oh oh oh oh oh oh-oh-oh-oh

Lalalalalalalalalalala
And so lying underneath those stormy skies
She'd say, "oh, ohohohoh I know the sun must set to rise"

This could be
Para-para-paradise
Para-para-paradise
Para-para-paradise
Oh oh oh oh oh oh-oh-oh

This could be
Para-para-paradise
Para-para-paradise
Para-para-paradise
Oh oh oh oh oh oh-oh-oh

This could be
Para-para-paradise
Para-para-paradise
Para-para-paradise
Oh oh oh oh oh oh-oh-oh

p/s: aku masih tak paham apa motif dia guna gajah tu...