Saturday, December 17, 2011

Personal Computer (PC)

Hari tu aku post pasal fon. kali ni aku post pasal pc lak.... er, orang yang tak terer pun nak post pasal PC. haha, tak ada apa pun. saja je nak post pasal nie. aku rasa benda nie pun penting dalam kehidupan korang. cuba check, mana tau anda sependapat ngan penulis sendiri... renung-renungkan.....

1. Cenderung ke arah?

Penting untuk kita tahu ke arah mana kita cenderung dalam penggunaan PC ni. biasanya ada 3 kategori, working, gaming dan editing. 3 kategori ni mempunyai inspection yang berlainan. bermula dari processor sampai kepada penggunaan kad grafik (GC).

2. Processor

Untuk working, AMD atau Intel yang cikai sudah memadai. setakat nak guna Word, Excel, Powerpoint dan sebagainya tak memerlukan pemprosesan yang tinggi. bagi gaming, dual core processor merupakan minimum requirement ok. untuk taon depan punya game la. untuk editing, ini sedikit kurang pasti tetapi untuk bawak software macam 3D motion punya tu memang kena processor yang gempak untuk membolehkan software tu operating tanpa lack.

3. RAM

Random Access Memory atau RAM komponen kedua penting. semua data akan disimpan disini terlebih dahulu untuk seketika sebelum dipindahkan ke hard disk drive (HDD). untuk working, 1 gigabyte (GB) sudah memadai. sedap la bak kata orang. untuk gaming, minimum requirement untuk game akan datang ialah 2GB. standard la. untuk editing, requirement mereka sama seperti gaming.

4. Hard Disk Drive

HDD adalah tempat menyimpan segala data-data yang kita ada. untuk working, kini tiada lagi 80 GB. kalau ada pun memang susah nak jumpa. 250 GB is enough. nak buat kerje je kan. Gaming paling kecil 750 GB, ataupun 3/4 terabyte (TB). sebab game sekarang paling bodoh pon disk space yang dia nak 7 GB dow. editing pun sama sebab setiap files yang mereka perlu simpan agak besar. so half tera pun ok dah. tapi nanti banyak kena buang file la kowt.

4. Motherboard

Part paling penting. tak ada mak, tak idup PC nie. untuk ketiga-tiga jenis nie, adalah perlu untuk mencari yang available di pasaran. sebab aku pun da tak jumpa motherboard cikai. paling bangang pun boleh cucuk GC yang tinggal setahun dalam pasaran.

5. Graphic Card

GeForce 8800 GS
Tu contoh GC la. untk working tak payah guna. gaming kena guna. minimu requirement dia 1 GB processing speed. 256-bit untuk kelajuan ataupun kelancaran video. kecik nie aku kasi. untuk editing, aku tak pasti. mungkin pakai sebab macam mana anda nak hasilkan the best animated 3D kalau benda nie tak ada.

6. Power Supply

Let me simple your work. pakai je apa apa power supply. tapi untuk mereka yang memang gemar main game lama atau editing berjam-jam tanpa henti, cari yang power saving pun dan yang 500 MHz punya power.

7. Sound Card

Yang biasa-biasa pun ok. tak ada masalah.

8. Additional Equipment

Tak ramai yang nak pakai alatan tambahan ni. untuk working, tak ada rasanya. untuk gaming, 3D spec pun smart. untuk editing bahagian animation, drawing pad is important

Dah, aku tak tau apa lagi aku nak tulis. ingat, pilih betul-betul. PC aku untuk gaming tapi harga hanya RM 1900. tak sampai RM 2000 pun.

p/s: ada tambahan cakap.

Thursday, December 15, 2011

Foster The People-Call It What You Want



Lyrics:

Call it what you want
Call it what you want
I said just call it what you want
Call it what you want

Yeah we're locked up in ideas
We like to label everything
Well I'm just gonna do here what I gotta do here
'Cause I gotta keep myself free
You're ducking and moving just to hide your bruises from all your enemies
And I'm in the crossfire dodging bullets from your expectancies

We've got nothing to lose
You better run and hide
Yeah you've crossed the line
I've got a knife behind my back (just sayin')
We've got nothing to prove
Your social guides give you swollen eyes
But what I've got can't be bought so you can just

Call it what you want
Call it what you want
I said just call it what you want
Call it what you want

You've taken your words and you take your judgments
And stick them onto everything
If it don't conform to what you were born into,
Then you run the other way
You say, "now what's your style and who do you listen to?" who cares?
Well that rat race ladder-climbing fake-face smile's got nothing on me

We've got nothing to lose
You better run and hide
Yeah you've crossed the line
I've got a knife behind my back (just sayin')
We've got nothing to prove
Your social guides give you swollen eyes
But what I've got can't be bought so you can just

Call it what you want
Call it what you want
I said just call it what you want
Call it what you want

Telefon Bimbit

Wah, asal tajuk banyak hensem? aku sebenarnya teringat kawan aku tanya. lebih kurang macam nie la....

Beliau: weh aku nak beli fon tapi aku tak tau nak beli fon ape...
Aku: ko nak beli fon camne?
Beliau: aku tak tau. aku nak kau carikkan....
Aku: tapi nak yang macam mana?
Beliau: aku tak tau la. tak reti nak pilih.

Haish, konklusi citer diatas ialah nanti aku kena bawak dia or follow sebenarnya pergi beli fon. x kesa la sebab dia kata dia tak terer bab-bab nie. tak kesa la. nie gak aku bg pandangan aku sendiri la pasal bab nie. aku pun xde la budak IT sangat.

1. Pilih ikut citarasa

Ini adalah penting ye rakan-rakan. anda perlu memilih mengikut citarasa. anda nak biasa, slide or flip? anda jenis yang suka ber-sms, dengar music or surf internet? anda suka main game atau anda suka bergayut selama 14 jam tanya henti? ini penting untuk anda ye. jangan beli sebab ikut trend semasa katanya. adakah anda jenis yang kasar atau boleh tahan sopannya? penting ye benda nie. PENTING giler!

2. Biasa, Slide or Flip?

Better yang biasa. tak ada slide or flip. sebab yang standard memang lebih tahan lamanya berbanding yang lain. tak ada terputus wayar display macam flip. tak ada lack macam slide. tapi untuk yang gemarkan style, slide adelah pilihan terbaik. tapi pastikan fon tersebut tidak mudah lack apabila anda asyik bermain slide ngan fon anda. silap ari bulan anda ngah slide fon anda, kedepan skrin fon anda. flip juga khusus untuk mereka yang sukakan style. orang call flip je dan terus jerit 'HELLO!!'. style bukan. tapi fon nie anda perlu carik yang tahan lasak pada skrinnya. sebab masalah utama cuma pada wayar skrin yang terletak di bahagian dia flip.senang putus sebab halus.

3. Suka SMS?

Keypad is better. mana lagi hensem, ikot nombor or QWERTY keypad? utk yang suka balas laju dan memang  hari-hari sentuh keyboard, QWERTY adalah jawapannya. nak steady je menaip, nombor lah pilihannya. untuk touch skrin anda perlu ada jari yang begitu lembut untuk beli fon jenis itu.

4. Music?

Cari yang memang khusus untuk music. contoh macam SE Walkman (W version) dan Nokia Xpress Music. jenis ni memang mementingkan muzik. tetapi kalau jenis yang dengar muzik alakadar je, fon bese yang lain pun ok.

5. Surfing internet?

Anda gemar buka Twitter di tempat awam contohnya McD or Starbuck? kalau ya, carik fon yang ada Wi-Fi. maknanya fon yang boleh connect ngan Wi-Fi. penting sebab tak kan korang nak topup RM50 setiap kali korang nak surf internet hanya untuk sejam kan?

6. Gaming?

Ada model khas untuk jenis yang macam nie, SE Xperia Play dengan model lama, Nokia Ngage. jenis nie memang untuk main game. tak tipu la. tapi tak semua orang suka main game kan. jadi gaming nie adalah faktor sampingan yang paling tak penting.

7. Calling and standby hours?

Tak pasti la apa yang aku dengar tapi ade fon yang ley tahan sampai 7 jam untuk call sahaja. nie memang untuk yang suka bergayut la senang citer. untuk standby hours, penting untuk carik yang paling lama sebab takkan la asyik-asyik nak charge je an

8. Sopan atau kasar?

Jika anda seorang yang kasar, iPhone perlu direject awal-awal. iPhone nie fragile dan terlalu mudah untuk rosak. jadi untuk orang macam nie, Nokia is your model. untuk yang sopan punya orang, pakai je la mana-mana model. tak kesa la.

9. Smoothness

Untuk ciri-ciri nie, lebih kepada touch skrin. iPhone adalah yang terbaik dalam touch skrin. steady je nak slide sana sini. untuk ini, disarankan untuk cuba dulu sebelum beli. orang kedai bukannya tak kasi. untuk ciri-ciri smoothness, OS dia. sedap ke tak. laju ke lembab. berapa banyak ley operate dalam satu-satu masa. kalau ok, ok la fon tu.

Aku rasa itu je la ciri-cirinya. kalau ada tambahan aku akan updatekan dalam entri akan datang.

p/s: baca betul-betul.....

SPM Habis Dah Bro

Akhirnya, selepas belajar selama 2 tahun yang memenatkan, cuma sebulan je cabaran yang mendatang. asih, sabar je la. tapi ape pun, SPM dah setel aku da ley rilek sikit. sikit je tak boleh banyak-banyak sebab ada benda gak kena setel. mana boleh tinggal buku terus lepas SPM. yeah, maybe aku pun tak kan belek buku la pasni tapi ada sesuatu yang menyedarkan aku....

Lepas SPM nie memang tak ada keje. nak keje pun tak boleh.tak ape, its easy la hidup sebab tak payah keje. budak-budak lain penat mencari dan mungkin dah ada yang start keje pun. aku kesa apa. keje dari rumah pun ok apa. ada la gak income mudah aku dapat. dapat keje betolkan pc pun ok gak. sekali repair RM 50.tu untuk format je la. lain-lain ada cas tambahan.

Aku try to make it simple. permulaan SPM yang memberangsangkan. pertengahan yang mencuakkan dan pengakhiran yang menyenangkan. mudah bukan? cuma kimia fizik biologi je aku cuak sebab takot melalut masa menjawab. tapi aku serah je kat Allah segalanya lepas aku berusaha. biar Dia yang tentukan berapa yang aku dapat.

First time duduk asrama dalam tempoh masa yang lama. dalam tempoh tu jugak aku belajar, makan, main, dan sebagainya. buat benda banyak together-gether  gitu. ada gak buat benda bodoh. ada gak buat benda tak senonoh. tapi yang tak senonoh tu bukan aku la. orang lain. ok, end of story.

Akhir kata, best abis SPM tapi tak best sebab tak jumpa lagi kawan-kawan. ley emo den macam nie.

p/s: baru satu post. ilek dulu

Thursday, November 10, 2011

Peh, Wa Cakap Lu

Aku dengan ini mengisytiharkan bahawasanya kami, the 94's akan menghadapi penentu kau akan naik Gallardo atau basikal Jepun, pakai kasut Nike ori atau Nike 3 RM 10. penentu kau duduk rumah banglo 2 tingkat atau bawah jambatan Sungai Klang (er, situ tak ada tempat nak merempat). sama ada kau akan dapat melunaskan hantaran dengan mudah ataupun mas kahwin korang akan disebut "sekian ringgit HUTANG". haha, SPM around the corner, dah la corner, tunggu trafic light jadi kaler hijau je pastu nampak susur masuk ke lebuhraya SPM dan akan banyak la roadblock yang setiap satunya akan menahan kitorang sume dari pass through.

Ini yang menjadi masalah, dia bukan nak keluarkan saman ke hapa, almaklumlah, dia cuma tanya cenggini je. "berdasarkan novel yang anda kaji, berikan 2 peristiwa menyanyat hati berdasarkan novel tersebut". ataupun "suggest and explain the modification that you made to the equipment". mungkin akan ada yang dapat soalan camni, "kira keuntungan berserta kerugian yang dialami oleh peniaga hasil pembelian liabiliti tersebut". main buat je soalan tuh.

Hensem soalan tu. aku and geng-geng yang lain akan lalu 11 road block. ada yang lalu 10 je, 9 pon ada. tapi itu tidak penting bro, yang penting ilmu. kau tak ada ilmu macam mana nak jawab soalan yang diajukan kepada anda? adakah anda membantainya, ataupon rempuh sekatan tersebut? hanya yang sakit je akan ada seorang manusia akan tolong menyelesaikan masalah ini. itupun kalau dekat sekolah. ramai-ramai la lalu road block tu. kalau kena yang dekat hospital, sedih je sorang-sorang.

Ok, ni adalah road block yang akan dilalui tanpa aku sebut tarikh. macam panjang pulak nak tulis tarikhnya:

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Sejarah
4. Mathematics
5. Pendidikan Syariah Islamiah
6. Additional Mathematics
7. Physics
8.Chemistry
9. Biology
10. Bahasa Arab Tinggi
11. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

Dengan ini maka aku isytiharkan perang terhadap road block ini. dengan berbekalkan pen hitam/biru Faber Castell, pembaris 30 cm, pemadam high-grade, pensil mekanikal Pilot edisi terhad, lid pensil 0.5 Buncho dan yang seangkatan dengannya. jangan dilupakan kalkulator Casio 570 non-programable (warna biru tu, yang silver ley program). ganas la. dah la. ni last entri sebelum aku masuk SPM dan akan ada entri (Insya-Allah) lepas aku masuk susur keluar highway ni nanti. so, nie je la single entri untuk November. sekian, saya nak periksa, saya perlukan doa anda untuk memudahkan saya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. jangan dengki saya sudah la. maafkan saya kalau ada salah silap. mana la tau ada entri yang menyinggung perasaan ke an. sori sangat. bukan sengaja tapi aku buat sume nie secara spontan tanpa blue print. jumpa lagi pertengahan bulan depan.

p/s: Wish Me Luck Lah For SPM 2011. Straight A is My Target. I Don't Care What Type of Straight A I'll     Get.