Wednesday, May 8, 2013

Alkisah~

Kisah bermula dengan seorang pemuda bernama Ahmad (biasa la nama lain tak terlintas), miskin, kerja pun duit cukup-cukup je untuk bayar sewa bilik dengan makan dekat luar sekadar 5 kali je sebulan. alkisahnya bila suatu hari, Ahmad pulang ke rumah dengan perut yang berkeroncong bagaikan dilanda konsert okestra Wings........

Ahmad: laparnya... weh, tak ada makanan ke he?
Geng 1: maaf la.. aku pun tak masak lebih tadi. aku fikir kau balik lambat lagi. ya lah, mana la tahu dah makan dekat luar.
Ahmad: yeke, tak apa la kawan. puasa la kowt malam ni.

Suddenly,

Ahmad: ni apa tak bayar bil elektrik ni...
Geng 1: aku baru langsai pagi tadi der.
(and then)
Ahmad: ha, ada balik dah. masalah suis utama taman kita kot. eh, ada makanan la. siapa yang letak kat sini?
Geng 1: entah, ajaibnya. rezeki kita agaknya. jom la makan sikit. aku pun jamah maggi je tadi ni ha.

Maka mereka berdua pun layan la makanan yang ada atas meja tu. rakan lain yang lagi 3 tak balik lagi, outstation katanya (entah bila ada dia mensi). esoknya pulak, Ahmad ni terlupa la nak siapkan kerja penting bos dia suruh buat. and then,

Bos: ni apa malas sangat Ahmad. satu kertas kerja pun kamu tak boleh siapkan ke?
Ahmad: maaf la bos. kan saya dah kata rumah saya tak ada pc, jadi saya tak boleh nak siapkan la.

Suddenly,

Bos: kejadahnya nak blackout tiba-tiba dekat ofis kita ni. takkan la pembantu saya tak bayar bil pula.
Ahmad: entahla bos. cuba la nati panggil orang suruh check wiring dia.
(pap)
Bos: hidup dah. betul la tu wiring.
Ahmad: bos, secara tiba-tiba dan entah dari mana kerja saya siap dah bos. check la.
Bos: oh, kamu saja nak buat saya marah pagi-pagi ni kan?
Ahmad: tak bos, memang saya tak bawa balik kerja semalam.. sumpah.
Bos: tak payah nak main sumpah-sumpah sangat. bak sini, pergi sambung kerja.
Ahmad: ok bos.

Dan macam tu la kehidupan Ahmad pada hari-hari yang mendatang. asal ada masalah sikit je tempat yang dia berada tu mesti blackout, and then dia terus dapat good luck. mungkin ada rahsia disebalik semua kejadian ni. sejak dari hari tu juga la hidup Ahmad berubah. daripada yang miskin kepada kaya, daripada balaci bos je sekarang duduk bilik sebelah je dengan bos dia. hebat tak Ahmad???

p/s: gua saja je tulis camni...bosan kan

Saturday, April 6, 2013

Secara Tiba-tiba Mereka Berpolitik.......

Assalamualaikum dan salam sejahtera. baru je habis melihat kembali ape yang boleh dikatakan sebagai page batch. saja je re-tengok balik sebab terasa lucu lagi-lagi ada seorang tu perangai memang macam bangsat pergi start semua benda. aku rasa kalau kau tak start mesti kau takkan drag semua orang post pasal politik (even bukan semua). mempersoalkan pasal ISMA dan bermulalah perjalanan perdebatan dalam page ni.

re-edit dengan buang mana yang tak patut

First statement beliau, mempertikaikan ISMA dengan menyatakan mereka sama sahaja dengan yang lain.....ada dalam komen tu tapi nak edit semua aku perlukan mouse yang canggih (takda kena mengena). ada la juga budak ISMA ke apa aku tak pasti yang tak puas hati dengan beliau. gyhahaha, anda semua membuatkan aku jadi tergelak-gelak baca group ni. cilaka apa nak jadi dengan korang ni? aku tak paham dengan tujuan group ni diwujudkan. untuk mengekalkan informasi dan keharmonian sesama ahli atau berpolitik bila mana ada yang memulakan?

Lepas tu banyak la post-post pasal DSAI la pula. secara tiba-tiba (post tu da didelete sebelum sempat aku capture). tapi post ape je pun, cuma pasal yang Dr Sidek kowt nama dia yang kata perjuangan DSAI ni menyimpang. dan kemudian pasal DSAI nak buat pluralisme. ok, anda semua melibatkan saya dalam kancah mengutuk sesama kita.

And then, the best part and bagi aku neutral la dan yang ni aku sangat minat.....

Neuralisasi hak kami....gyhaha
Good boy....haha.aku memang tabik kat dia. lagi-lagi poster ko memang cantik. aku rasa macam ko yang buat tapi ada la pula masa ye. lantaklah. ni post terakhir kat group ni masa last aku check (tarikh dan masa terpapar dipenjuru kiri bawah gambar). nak kata yang berkomen-komen dalam group ni dah boleh mengundi, semua lahir 94. nak kata dah 21 baru 19. tak elok berpolitik masa tengah belajar ni. lagipun research aku kuat mengatakan bahawa yang berpolitik masa belajar akan punah harapan mak ayah jika terlalu taksub. tapi mereka ni biasa-biasa je. so aku tak la perlu tegur. tegur nati ada yang makan dalam. paham dah dengan korang ni (post ni pun akan buat mereka makan dalam,percayalah)

Untuk ni, aku selit sikitlah. percayalah bahawa siapa sahaja yang memerintah Malaysia, mereka tidak akan membiarkan Malaysia hancur sepertimana yang diomong-omongkan sesetengah pihak. mungkin ada yang lebih hebat dalam bidang pentadbiran tapi mereka tidak dapat diangkat kerana bereda di tempat yang bukan lemah, tetapi tidak kuat. tidak akan ada umat yang begitu bodoh untuk membiarkan apa-apa sahaja yang dicintainya tumbang begitu sahaja. tidak salah untuk menyatakan bahawa perubahan itu perlu. mereka yang gentar akan perubahan seperti seseorang yang hanya mahu menetap di sesuatu kawasan, tidak mahu merasai kehidupan di kawasan lain kerana sudah terlalu selesa di kawasan tersebut. aku tidak menyeru untuk korang menyokong BN or PR (sebab parlimen dah bubar, no kerajaan dan pembangkang. semua sama). aku cuma menyeru untuk belajar mendengar dan menilai pendapat daripada dua pihak jika sesuatu itu berkaitan dengan 2 pihak ataupun lebih.

Mendengar hanya daripada sebelah pihak bererti anda tidak cukup adil untuk membuat penilaian. even hakim mahkamah pun kena dengan keterangan saksi, yang tertuduh dan yang dituduh. bukan sahaja dalam politik tapi dalam kehidupan seharian macam masalah dengan kawan-kawan, ibu bapa dan boleh jadi juga adik beradik. bagi aku, orang yang adil ialah orang yang mendengar bukan hanya dari satu pihak sahaja.

Aku tak tahu la aku bantai diorang ke atau aku saja nak update blog. tapi apa-apa pun kan kawan, korang tutup la ea cerita korang tu. aku rasa macam dah tersasar sikit la matlamat group ni ditubuhkan. minta admin yang disayang lagi dicintai lagi disanjungi memeriksa balik matlamat group ni.

sekian, selamat berhujung jari. #eh (blog tak main hashtag)

p/s: dengan ini gua mengisytiharkan gua dah habis tulis post ni.........

Friday, March 8, 2013

Mana Silapnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. mula-mula sekali aku ni sebenarnye terkejut la dengan pencerobohan di Sabah ni. aku tau pun bila dah hari kedua kot mereka beroperasi. maklumlah, duduk matriks ni aku terpisah dengan dunia luar sikit. tapi dalam diceroboh macam ni ada lagi suara-suara sumbang kedengaran membabitkan sedikit hal politik.

First, pihak penyokong kerajaan pusat kata ni semua Anwar Ibrahim punya dalang. wah, senang juga nak tuduh orang tanpa bukti macam tu. lagipun kalau la semua ni kerja Anwar tu, apa faedahnya dia nak suruh serang Sabah? macam nothing je aku tengok.

Bagi pihak pembangkang pulak, ada yang cakap ni sandiwara politik kerajaan pusat. ah sudah, ni orang datang nak balik Lahad Datu bukannya PM suruh mereka datang bom sana sini semata-mata tak nak bubar pilihanraya. dan statement ni juga banyak timbulkan rasa tak puas hati orang ramai. bila tuduh orang lain mereka senyap je tak bantah apa-apa. tu la orang Malaysia, always support a political parties without thinking rationally.

Aku pelik dan hairan dan makin tak paham macam mana mereka boleh masuk Sabah dengan selamba tanpa ada sebarang sekatan. kita ada pihak polis maritim yang ronda perairan Sabah kita ni. contohnya macam dekat Selat Melaka tu, ada nelayan Indonesia yang terlajak sikit je ke sini dah dihalau balik, kalau degil akan ditangkap. kepelikan makin bertambah pelik bilamana mereka mampu menyeludup senjata yang tak la high-tech sangat pun. tapi dengan senjata tu juga la ramai la jugak wira-wira negara yang gugur di medan perang.

Oleh kerana kita ni rakyat Malaysia yang prihatin, maka kita kenala ketepikan matlamat politik yang sempit ni. ceroboh, Anwar. liwat, Anwar. semua kita nak tuju dekat ketua pembangkang ni. dia pun tua dah, tak lama lagi la tu nak jalan. tapi ada rezeki panjang la umur dia. kes pencerobohan ni pun dia juga. payah benar rakyat ni. lagipun bila masa pula Anwar ada link dengan pihak polis sedangkan mereka mendapat perintah melalui kerajaan pusat yang sah. pelikkan?

Akhir kata, doakanla keselamatan anggota tentera dan polis yang terlibat serta penduduk Sabah yang dilanda musibah khususnya Lahad Datu dan Semporna agak mereka tabah dengan semua ini. tolong jangan kaitkan politik dengan benda ni. cuma mereka yang 'bijak' nak mampus je buat macam ni. sekian.

p/s: nak buat genjatan senjata sudah. strategi atau mengaku kalah?

Thursday, February 28, 2013

Bruno Mars-When I Was Your Man


Same bed but it feels just a little bit bigger nowOur song on the radio but it don't sound the sameWhen our friends talk about you, all it does is just tear me downCause my heart breaks a little when I hear your name

It all just sounds like oooooh…Mmm, too young, too dumb to realizeThat I should have bought you flowersAnd held your handShould have gave you all my hoursWhen I had the chanceTake you to every partyCause all you wanted to do was danceNow my baby's dancingBut she's dancing with another man

My pride, my ego, my needs, and my selfish waysCaused a good strong woman like you to walk out my lifeNow I never, never get to clean up the mess I made, ohh…And it haunts me every time I close my eyes

It all just sounds like oooooh…Mmm, too young, too dumb to realizeThat I should have bought you flowersAnd held your handShould have gave you all my hoursWhen I had the chanceTake you to every partyCause all you wanted to do was danceNow my baby's dancingBut she's dancing with another man

Although it hurtsI'll be the first to say that I was wrongOh, I know I'm probably much too lateTo try and apologize for my mistakesBut I just want you to know

I hope he buys you flowersI hope he holds your handGive you all his hoursWhen he has the chanceTake you to every partyCause I remember how much you loved to danceDo all the things I should have doneWhen I was your manDo all the things I should have donewhen I was your man

Wednesday, January 23, 2013

Curi, Mencuri, Pencuri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. hari ini aku nak cakap sikit je la pasal something that interesting.mula-mula, cukupkah RM 1 juta bila kolej nak baiki banyak benda yang aku anggarkan lagi mahal daripada RM 1 juta. lantaklah pasal benda tu. yang aku nak ketengahkan adalah pasal kes kecurian yang makin menjadi-jadi di KMNS ni. bukan nak burukkan nama kolej. tapi macam teruk je kali ni.

Firstly, 3 blok hilang serentak. B5, B3 dan C4. menurut info-info semasa la ye. kemudian cerita paling top B5 sebenarnya. dua aras hilang, 3 dan 4 kemudian banyak sangat hilang. ramai yang syak budak baru masuk B5 sebab budak-budak B1 baru masuk. tup tup terus ada kes curi. mau tak kena syak diorang ni. tapi yang menariknya, aku tertanya-tanya tidakkah mereka terfikir pasal sesuatu?

Yang aku maksudkan  ialah bila dia menghabiskan duit dia yang dari duit curi tu, dia tak terfikir ke yang dia pun salurkan dosa dekat makcik-makcik, pakcik-pakcik kafe yang kerja dekat sini. mari kita cuba bina analogi or mungkin satu link yang memang sebenarnya maybe boleh berlaku.

Ok, dia dah dapat duit tu. dia buat makan untuk diri dia. pulak dah dia ada awek pulak. mau tak mau kena la belanja awek dia. maklumlah, baru nampak macho bila belanja perempuan ni. so, dia beli, bayar guna duit haram dan bagi awek dia makan. yang terima duit tu pula cakap, 'syukur rezeki masuk' tanpa mengetahui yang duit tu bersumberkan sumber yang haram. dia pun dapat gaji dan ada sikit duit haram tu. pekerja tu pula balik la. beli barang basah semua alang-alang kebetulan anak dari perantauan nak balik. anak tu pula dah kahwin kan. pekerja ni pun bagi la anak dia makan daripada sumber yang ada duit curi tu.

Banyak kan link dia? dah macam food web pun ada aku tengok. tak kira lagi kalau dia ada belanja makan kawan-kawan dia lagi. amboi der, ramainya yang makan duit haram kau tu. ha, aku pun da expect kes ni akan meningkat lagi-lagi bila gaji lambat masuk ni. duit dah habis, hidup gaya mewah tapi duit kena kopak dengan awek je. padang muka kau la kne kikis dengan bunga yang tak tahu siapa kau sebenarnya.

Statistik or sebenarnya pemerhatian sendiri menunjukkan bahawa kes meningkat seiring dengan peningkatan hari pada setiap bulan. orang tak ada duit, terdesak, nak bajet banyak duit depan awek lagi. memang ni la jalan paling senang. tahniah kepada dia la sebab dah bagi anak orang makan duit haram.

Akhir kata, mencuri itu dosa la. memang la dosa, tapi nampak dah kan kenapa hukum hudud kata potong tangan bila mencuri? ha, jadi, muhasabah la diri tu sebab sekali tersesat, jika tidak kembali ke pangkal jalan atau bertanyakan orang lain tentang jalan yang benar, kita akan sesat selama-lamanya  didalam kegelapan dunia ini.

p/s: menyampah aku dengan pencuri cilaka lahanat super duper stupid ni.