Saturday, September 17, 2011

Tribute To......

Post kali ni aku nak berterima kasih la kat orang. bukan sebab apa pun. banyak introduce lagu kat aku. aku kecilkan sikit skop dia sebab kalau semua mana sempat nak tulis banyak-banyak. dengan pendahuluan yang pendek ni, aku memulakan bicara.

Lagu ni aku tak tau la nak berterima kasih macam mana. sebab ngah usha blog dia kan.ok la, tribute to Nur Bariah sebab kau post lagu ni kat blog kau. ngah lalu lalang diantara banyak-banyak blog tergerak nak dengar lagu tu. Rhythm Of Love. layan saja kalau lagu itu amat sedap.


Yang ni memang la banyak lagu yang aku ada. dari album first sampai yang latest. tapi aku tak mungkin la dapat dengar banyak lagu mereka kalau tak kerna aku jumpa budak ni. tribute to Azmin Amin sebab tanpa kau, tak mungkin aku akan kenal Linkin Park dengan lebih dekat. lagu yang kat atas tu, Wthyou, remix punya.

Sebab aku banyak dengar lagu Inggeris, aku jumpa dia ni terus balance list lagu aku. Hujan, Bunkface, The Azender malahan Najwa Latiff pun aku kenal sebab dia. tribute to Zairul Azmi esspecially sebab kau la, aku tak akan jumpa lagu-lagu macam ni.

Thanks kat dia, aku dapat tahu yang lagu band ni ada gak yang best walaupun agak heavy lagu yang lain. mula-mula download satu je, dia dengar lagu tu pastu cadang lagu lagi satu pula.tribute to Syamil Asyraf. sebab kenalkan lagu Dear God dari Avenged Sevenfold. sekarang aku sangap lagu tu. terima kasih la sangat-sangat.

Aku pun rilek je bila ada orang sarankan lagu ni. entah la.dia cadangkan pun aku mula-mula buat tak tau je sebab masa tu internet dah lembab. jadi aku tak ambil langkah proaktif sangat. bila internet dah cukup laju, aku start la download. dah habis tu dengar, layan lak. hahaha. lawak apa entah macam tu. tribute to Nur Amalina sebab kenalkan lagu Disaat aku mencintaimu. penat dah dengar Sixth Sense je. tukar angin pun best juga.

Ni lagi sorang. kalau kau tak dendangkan lagu tu, mesti aku tak gelak terbahak-bahak. laki tapi macam perempuan. tribute to Amirul Irfan sebab kenalkan Justin Bibir Bieber kat aku. nasib la suara dia dah start matang sikit. kalau tak macam perempuan la pula. tak sanggup den nak dongar.

Okeh, mungkin tu sahaja kot apa dan siapa yang aku nak berterima kasih. sebab mereka ni la koleksi lagu aku dah lebih 1,400. dari lagu retro sikit sampai la lagu yang terbaru. ramai sebenarnya yang menyumbang kepada proses pengumpulan lagu ni. tapi itu je yang aku ingat. lantaklah. yang penting aku dah ada banyak variasi lagu. thanks guys!!

1 comment: