Saturday, August 6, 2011

Terpengaruh atau Dipengaruhi??

Greetings readers! or in other word, assalamualaikum. ha, ape lak penulis nak tulis kali nie. mungkin korang dah dapat tangkap sikit-sikit ape yg aku nk tulis nieh. yla, kate orang, tajuk mempengaruhi tulisan. iyakan aje lah. tapi memang betul pon. kali nie nak cakap yang simple-simple je. ayat dasarnya aku tak pasti la betul ke tak sebab aku bukan munsyi BM. pengaruh. dalam dunia nie memang banyak sangat pengaruh. antara pengaruh yang biasa-biasa la an, politik, movie dan lagu. yang luar biasa sikit, Freemason. haha, giler tak giler.

Nak kate aku nie ada pengaruh, tak ada kowt. yla, as usual, hiding behind the enemy line. fuh, influence movie lah nie. dalam bab camni, pengaruh bagi tahap aku nie an bese la. yang paling ganas pengaruhnya ialah movie or filem. sama je bende tuh tapi saje nak tulis gak. sekolah aku sekarang, fuh, proper word kadang-kadang tak pakai. ayat camne kitorang pakai? camni jer. "lu menyalak aaaa, manyak kuat. serupa anjing. dog ka?". lebih kurang camtu la. ayat mana tuh? eh, kalau ayat nie tak kenal jangan nak berani-berani terus buat-buat tak kenal. itu ayat filem KL GANGSTER la. aku tak nafikan citer tu memang menyedarkan rakyat tentang gangster Malaysia nie. bukan nak suruh join pon, nak bagi orang tak masuk ye ada. ayat camni da bosan dengar. ulang je la ayat tu berkali-kali. buat ayat sendiri pakai slang filem tuh tak boleh ke?

Ala, kalau dengan filem tuh, aku kengkadang memang la terikut sekali. tapi antara yang aku rasa cam best untuk dijadikan idea pada masa depan yang berpengaruh dari certain filem tuh, IRONMAN la wa kasi. lu tanya apa pasal ka? sebabnya mudah jer. sut dia. hahahaha. ape kebabal penulis nie. taksub giler dengan sut dia? aku bagi sebab mudah la. sebab sut dia orang ley cipta satu hari nanti. walaupun untuk military defence, tapi tak mustahil. ha, ini dipengaruhi. nak kata terpengaruh pon boleh. no hal lah. tapi aku ingat nak cuba try test la buat sut tuh. mana la tau an nanti aku jadi top macam Tony Stark tu an? masuk majalah Forbes.

Filem lain yang aku rasa terpengaruh gak ialah siri filem Fast And Furious. dari yang first sampai yang latest. influence aku dari segi kereta yang depa pakai. tapi, banyak-banyak siri citer nie, banyak-banyak kereta yang diorang tunjuk. satu je yang aku suka. Skyline R34 dan Skyline R35. memang kereta nie satu je tapi ada beza. sorang 'abang' sorang lagi 'adik'. mana yang aku lagi suka?? tentulah si 'abang'. sebab apa? jangan nak banyak tanya sangat lah. sebab kereta tu antara yang paling sedap dimakan dipandu dalam apa je keadaan. kereta lebar dah. laju tak payah nak citer sangat lah an. itu memang bidang dia la. lagipon kalau customize memang cantik. tak payah nak ubah sangat dah cukup garang. lagi garang dari cikgu disiplin sekolah aku. (sori cikgu!!!!)

Inilah si 'abang' tuh
Ha, tetibe datang pulak last idea yang bernas. cakap pasal kereta. ada gak pengaruhnya. camne? sabo, baru nak tulis. caranya dengan converting kereta. waja jadi evolution. so, waja + evolution = wajalution!! wah, bapak huduh perangai orang yang bagi istilah nie. tengok depan an, dah nampak evo nie, sekali lalu sebelah, fuh berderau. tengok lampu belakang.......... tak guna, waja rupanya. ada lagi, gen 2 + G35 = G35. tapi nie memang kantoi abis la kalu diorang tak hilangkan lambang proton. ape la. nie ada lagi yang aku ingat. satria neo + subaru impreza WRX STI (yang latest) = memang camn subaru. tapi aku memang berani cakap la. yang laki-laki men convert-convert nie, sebenarnya lagi kaya daripada pemilik asal Evolution, G35 ngan Subatu Impreza. reasons? senang. diorang ada duit nak convert kereta diorang. pemilik Evolution asal, ada ke duit dia nak convert jadi waja? or yang iras-iras dengannya. tak ada bro. kalau ada pun dia memang bangang sebab dah elok-elok beli Evolution IX nak tukar jadi waja. giler ke ape?!

Haha, walaupun macam a bit lari dari tajuk asal tapi sebenarnya betul jugak. ye lah. pengaruh ni biasanya akan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. kalau korang tak influence orang dalam jumlah yang ramai, mungkin pengaruh tu hanya pada famili sahaja. itu skop paling kecil la tuh. dan pengaruh nie bukan je pada filem, lagu atau kereta idaman. tapi akhlak yang mulia pun boleh buat orang terpengaruh dengan kita. terpengaruh untuk jadi lagi baik. jadi, ingatlah, bahawa pengaruh yang baik akan mempengaruhi orang disekelilingnya untuk menjadi baik dan begitulah juga sebaliknya. kekalkan diri dibawah pengaruh yang baik, nescaya anda akan menjadi baik. itu jer kowt aku nak tulis kali nie. sekian.

p/s: ada ke yang nak tukar perdana jadi Skyline R33, 'abang' R34 dan R35? dan jangan pikir laki je yang wat keje meng-convert tuh. wanita pun ada lah.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan kembali lagi!!!

Puasa la sok. peh, aneh gak la rse. mcm x lme tinggalkan bulan yg best nie. ye la, bulan camni la yang org pling ramai kejar pahala. ramai yang mintak nak lagi rasa Ramadhan utk tahun depan. dan memang ramai gak anak-anak muda yang rasa nak men mercun. nanti terpampang la kat dada-dada akhbar tragedi bulan puasa. ni sebab budak-budak salah konsep bulan puasa lah. tak patot betul. nanti ada la yang solat terawih 8 raka'at, 21 raka'at syap witir. ada gak nanti pakcik-pakcik akan lepak warung pas solat tuh (aku cakap sebab aku pna nmpk). haha, macam-macam gelagat la senang citer time2 bulan puasa nie.

Kalau nak citer pasal gelagat nie, tak yah pergi jauh-jauh la. tengok yang paling dekat, juadah berbuka. puasa berapa jam je. ade la lalu waktu subuh sampai maghrib. tapi nanti kalau nak buka tengok makanan atas meja. fuh, kalau meja tu ley jadi dua tingkat, memang penuh dua-dua tingkat tuh. nie pon satu gak, salah konsep. orang makan sebab nak isi perut yang kosong utk membolehkan wat ibadah solat yang lepas buka tu. nie tidak. syap qada' sarapan ngan lunch campur dinner sebab time dinner nak pergi masjid. perangai nie aku tak tau la sape yang buat tapi aku harap-harap tak berlaku la kat penulis nie sendiri.

Ade gak kalau kita lihat nanti, mungkin akan berlaku. de yang tak nak puasa. g kedai cina mintak nasi itik. haha. orang yang camni aku tak tau la nak cakap apa cuma satu je la nak cakap. puasa sebulan bukannya tak kasi makan langsung. lepas masuk waktu buka kan ley makan. ke silap tengok jam. dengar azan terus makan walhal baru masuk zohor. kalau kantoi gitu-gitu ngan orang bese tak pe. nie kalau kantoi ngan JAIS ke, lagi malu. tapi top gak la sebab dapat masuk surat khabar. front page lagi. da la kene tangkap, nek van jenazah lagi. kuang3. ape la nasib badan mereka tuh. len kali puase je lah. bukannya tak ley makan dalam masa sebulan pon kan...

Ni pon aku bese gak tengok time duduk umah lame dulu. gumpal duit, bakar baling dan meletup, boommm!! terkejut jiran sebelah menyebelah. duduk kat bandar dah tak dengar camtu lagi. mungkin sebab budak bandar tak berani nak kacau jiran-jiran tetangga. ingat lagi dulu time men meriam. peh, kalau sini berdentum, selang sepuluh rumah pon meletup gak. gila-gila. dulu sepupu aku men la meriam besi. paip besi mane nta ayah aku balon pastu gi buat meriam. mula-mula memang la ayah aku ngan pakcik aku yang men. last-last kitorang yang men. aku memang ngaku la. aku tak bakar dan aku tak masukkan karbait dalam meriam tu. almaklumlah, pengecut sikit dalam bab-bab yang ley mendatangkan kecacatan nie. ade gak budak-budak len yang main meriam tanah, meriam tin dan macam-macam lah. buluh je yang da lame giler aku tak dengar orang main. mungkin saiz buluh yang berpatutan tak de kowt. bab mercun tak yah citer, mercun bola satu paket besar habis gak la dalam seminggu baling kat jalan. nak baling tu tengok kiri kanan la an. kang ngah baling ade orang lalu mati kitorang kene pukul nanti. thunder clap la. mercun padi. mercun telur. memang tak de la pengalaman camtu kat kawasan bandar nie. kalau ade pon susa nak jumpa part mne yang diorang men tuh.

Last sekali, yang nie aku bese jumpa bile dah nak abis puasa. orang bagi-bagi makanan kat jiran-jiran. aku lupe ape ayat jawa dia. tapi lantak la. part nie la yang biasanya aku busy sikit. ya la, kene tolong macam-macam sampai kalau ada kerja sekolah pon aku abaikan habis-habisan. lantaklah ape nak jadi ngan kerja tuh. pastu kena hantar g rumah orang. besenye yang aku ngan ayah aku kenal je la. yang aku tak kenal, tengok je la lauk ape yang aku hantar ye. lain rasanye bile ade aktiviti camnni. sekurang-kurangnya tak de la aku tido je petang-petang an.

Aku tak yakin aku ley jumpa suasana camni lagi selagi aku duduk kat bandar. nak kata rindu rumah lama, da berduit dan kawin agaknya baru la aku rasa nak patah balik ke tempat aku dibesarkan. tempat aku eksiden dulu-dulu. tempat aku men parit dekat kawasan belakang kampung. ape lagi, merempit nek basikal. haha. so utk tahun  kedua puasa dekat bandar nie, aku kene la cube utk jadi cam kat kampung dulu. tapi bukannya letupkan meriam tuh. kang marah jiran-jiran kang. Ramadhan nie pon dengan orang baru an dalam famili so mungkin de kelainan utk Ramadhan kali nie. Ramadhan menjanjikan 1001 kebaikan kepada kita dan bergantung kepada kita sama ada mahu merebutnya ataupun biarkan sahaja ia berlalu sebagai bulan yang melaparkan kita. akhir kata, jadikanlah Ramadhan nie sebgai bulan utk menambahkan pahala kita. begitu juga dengan bulan-bulan lain. jadikan la Ramadhan kali nie sebagai batu loncatan utk kita berubah kepada yang lebih baik pada masa akan datang.

Saturday, July 30, 2011

Aku nak senang kemudian, tak nak sekarang

Em, dalam masa-masa terdekat nie, banyak pulak dugaan dan cabaran hidup. contoh macam lupe camne nak kira acceleration, ape tu normal distribution, ape yang berlaku dalam meiosis. haha, macam lawak tapi tu la yang berlaku sekarang nie kat aku. budak-budak aku nampak jer aku ngah normal, wat keje yang cikgu bagi syap gelak-gelak time buat. tapi dilema dalaman brader. tu yang gua tak tahan tu. pekse nak dekat dah. tapi satu bende pon aku masih lagi tercari-cari cara nak kuasai ape yang dipanggil point penting dalam pekse. aku tak nak la mencuba senang sekarang dan kesan masa depannya akan menghancurkan segalanya. baik aku susah sekarang daripada senang. kan3?

Bile aku pikir2 balek, ade betul jugak cakap ustaz aku yang sorang nie. beliau pernah berkata "lebih baik bersusah-susah dulu, nie nak SPM. susah-susah je tak ape. tapi anak-anak fikirkan kesan masa depan anak-anak. senang dikemudian hari.". baru ayat camtu dah buat aku fikir, mampu ke aku bertahan dengan kesusahan ini hingga keakhirnya? lama aku berfikir dan bermuhasabah diri. lama gak aku ley termenung untuk berfikir "berbaloikah aku berpenat sekarang daripada aku bertungkus lumus pada masa-masa akan datang?". akhirnya aku menemui satu jawapan yang membuatkan aku mula untuk bertarung dengan kepenatan.

Ya, aku yakin aku mampu lepas ujian dunia ni. biarlah aku bangun dah tak ikot time sangat sekarang pon, asalkan aku dapat ilmu yang aku baca dan aku tulis. lantaklah aku tido atas lantai ke mana ke asalkan aku dapat rest yang sedikit untuk bertarung untuk masa hadapan. tak kisah la sakit jari ke, demam ke sakit hati ke, aku nak jugak kejar ape yang aku impikan. apa yang dah aku rancangkan. lantaklah ape cikgu nak target aku untuk SPM nie tapi itu bukan alasan untuk aku menurunkan gred yang aku impikan. aku nak orang tahu aku duduk kelas last sains pon aku ley gak dapat sama taraf dengan apa yang budak kelas first dapat. aku masih lagi belum cukup 'panas' untuk SPM nie tapi bulan puasa ni la yang aku rasa paling sesuai untuk aku 'panaskan' enjin yang memang tak cukup panas nie. aku nak pecahkan tradisi yang mana belah mak ngan ayah aku tak pernah dapat.

Aku dah cukup rehat untuk F4 dan aku kene cepat 'panas' untuk F5 nie. aku tak nak tertinggal apa-apa pon ilmu yang cikgu bagi dalam kelas. setiap teguran aku akan consider as rangsangan untuk berjaya. setiap pujian aku akan terima sebagai ujian untuk aku mantapkan lagi kemampuan aku hingga aku mencapai tahap limit yang terakhir. bak kata pepatah "pantang maut sebelum ajal". jadi, aku tak nak rebah dulu sebelum aku sempat tamatkan perjuangan aku yang gans dan payah nie. akhir kata, pada yang membaca blog nie, yang seusia dengan aku, aku doakan korang berjaya untuk Spm kali nie. yang mungkin tua or muda daripada aku nie, doakan la kejayaan aku agar aku ley bantu korang balek pada masa hadapan. Thanks!!

Saturday, July 23, 2011

Kreativiti mengatasi pemikiran manusia biasa

Wah, ape keganas sangat tajuk tuh? haha. sebenarnya saja je tulis gitu sebab mane nak carik idea an time-time gini. tapi terlintas lak nak amek tajuk nie sebab..... camni citernye....

Mase nie, aku ngah la belek-belek pc aku yang dah tak berapa nak penuh nie. aku masok la dalam third partition (camne nak ayat nieh) hard disk aku. kirenye kat situ la aku simpan gambar, kat situ gak la hasil-hasil kerja aku dan gak music + muvi + vid klip. tetibe aku pon terbukaklah folder LP. dan aku tengok la balek vid klip 'Iridescent' diorang tuh. macam amat kreatif dan inovatif serta berdaya saing. lagi satu vid aku tengok 'New Divide'. mak aih, hensem gak nieh. ley ketengahkan kembali vid bertuah nie. pastu aku pon bukak la lagi satu vid klip Lp nie. nama dia 'Breaking The Habit'. tiga vid klip nie antara yang aku suka dan menjadi koleksi la senang citer. al-maklumlah, budak batak LP, camni la jadinye.

ha, ape kreatifnye vid nie sampai aku kate memang kreatif mamat-mamat dalam LP nie? kne tengok la gak an vid dia. tapi mesti kene tau dulu sape pencetus idea untuk rekaan set dan background vid klip nie. bese cume 2 orang jer. Joseph Hahn (Joe Hahn) dan Mike Shinoda. aku memang respect giler ngan diorang berdua kalau bab-bab kreatif nie. memang kerja diorang la yang kene pastikan vid klip nie nampak baru, tak cedok idea orang dan menampakkan kelainan dalam penonjolan genre music mereka kini. aku harap de yang enjoy bile tengok vid klip nie. ade satu lagi vid yang aku memang suka gak. 'Waiting For The End'. tak kurang hebatnye. selamat menonton dan klu nampak kelainan dalam vid klip nie. kci komen pon boleh.











p/s:mne yang dapat je la aku kasi

Sunday, July 17, 2011

Linkin Park - sape tak kenal!

Menggatal nak tulis pasal fav band sendiri. tgk la masuk blog je nampak Linkin Park depan mata. bukan ape, cume memang minat band nie sejak darjah 3 kalau tak silap. sebabnye satu je, terdengar dan tertengok video klip 'One Step Closer' yang agak 'ganas' tuh bagi budak-budak umur darjah 3. sejak dari tu, mula la aku minat ngan bende bertuah nie. and aku gak memang bertuah ble masuk skola menengah de gak yang sekepala ngan aku pasal LP nieh. thanks kepada dia sebab dia aku tau banyak lagu LP dan sebab dia gak la lagu LP aku sekarang dah cecah 100++. meh aku citer ckit-ckit pasal band nie.

Band nie start mase tahun 1996 (bru 2 taon) dengan pengasas asal dia ialah:


Michael Kenji Shinoda, Robert Gregory Bourdon dan Bradford Delson. nie la mereka yang asal dan still ada dalam band nie. kire persahabatan diorang kukuh la sampai sekarang. sejak dari high school kat California lagi. tak lama pastu, diorang nie tamat la sekolah dan abis je sekolah, diorang bertiga tu start jadi serius. dengan itu, mereka merekrut Joseph Hahn, David Michael Farrell dan Mark Wakefield untuk mantapkan lagi band diorang dan tolong diorang bertiga nie wat performance. masa nie nama Linkin Park tak wujud lagi. nama asal Xero. 1996 gak la Mike Shinoda wat lagu ngan sumber kewangan (maybe) yang agak limited. dia pon best-best je tukar bedroom dia jadi studio. ganas. tak lama pastu, dengan kekurangan kejayaan, 2 orang anggota band nie mula meninggalkan Xero. orang tu ialah Mark Wakefield dan Dave 'Pheonix' Farrell. sume ade alasan tersendiri untuk chow dari band nie. lame gak la diorang nie spend mase nak carik pengganti vokalis baru, akhirnya, jumpa la diorang dengan Chester Charles Bennington. penyanyi yang berasal dari Arizona nie dicadangkan oleh naib presiden Zomba Music, Jeff Blue sendiri. kemudian, dari nama asal Xero menjadi Hybrid Theory. gandingan mantap duo vokal antara Mike dan Chester itu sendiri dah banyak tolong band nie hidup balek dan nama sekali lagi ditukar dan menjadi nama tetap. iaitu Linkin Park yang asalnya dari Santa Monica's Lincoln Park. tapi still, diorang nie masih susa nak sign kontrak ngan mana-mana syarikat rakaman. sedih-sedih.

Tapi nasib diorang nie terlalu la baiknya bile Jeff Blue yang tolong diorang tu jd vice presiden kat Warner Bros dan tahun 1999, diorang sign kontrak dan record lagu kat company tu. ape lagi, ngan segala sumber yang ada, maka terciptalah Hybrid Theory, first album diorang pada tahun 2000. album nie memaparkan hasil kerja diorang dari tahun 1996-1999. lame la gak bru dapat kuar album. Single macam 'Crawling' dan 'One Step Closer' antara yang top pada masa tu. 4.8 juta album terjual dan mendapat status best selling album taon 2001. start dari ini, banyak invitation yang high-profile diorang terima untuk wat persembahan. dengan kembalinya Dave Farrell, maka diorang pon work hard nak bikin album remix yang dipanggil Reanimation. album nie remix dari Hybrid Theory dan Hybrid Theory EP sendiri. contohnye cam 1 stp klsr. disember 2002, diorang announce nak wat album baru. namanye Meteora. terjual sebanyak 800K dalam minggu pertama debut, album nie terpilih sebagai best selling album oleh Billboard. lagu-lagu cam 'Somewhere I Belong', 'Breaking The Habit', 'Faint' dan 'Numb' mendapat tempat dihati peminat-peminat band nie. awal taon 2004, Meteora World Tour dianjurkan sendiri dan de gak beberapa band yang ikut serta dalam tour nie cam Hoobastank.

2004-2006, tahun dimana diorang membuat side projek.contoh, Chester menubuhkan Dead By Sunrise, Mike Shinoda kerja ngan Depeche Mode ngan lagu cam 'Enjoy The Silence' untuk Mike dan 'Crawl Back In' daripada Chester. antara tahun nie gak la keluarnya album 'Collision Course' dengan kerjasama rappers terkenal, Jay-Z. Mike gak wat band sendiri bernama Fort Minor. dengan kerjasama Jay-Z gak la Mike dapat keluarkan album dengan Fort Minor bertajuk 'The Rising Tied' dengan lagu cam 'Believe Me'.banyak gak konsert charity diorang join cam mase puting beliung Charley (2004) dan Katrina (2005) semata-mata nak naikkan dana untuk bantu mangsa bencana alam nie.

15 May 2007, LP mengeluarkan album baru bertajuk 'Minutes To Midnight' dengan lagu-lagu seperti 'What I've Done' untuk siri popular 'Transformers' ,'Leave Out All The Rest' dan banyak lagi. 600K salinan terjual dalam masa 1 minggu, sekali lagi mereka catat rekod dengan jualan album terbanyak. terlalu banyak pencapaian yang dibuat oleh LP dan album kali ini menunjukkan mereka bukan sahaja tertakluk kepada genre rock sahaja. lagu-lagu dalam album ini lebih  bersifat kesedaran kalau dihayati betul-betul liriknya. 'Live at Milton Keynes' antara konsert yang senang citer direkodkan dan dijual pada 28 November 2008, 5 bulan selepas konsert berlangsung. dan akhir tahun lepas, lahirnya album terbaru LP yang bertajuk 'A Thousand Suns' yang menampilkan lagu-lagu seperti 'The Catalyst' , 'Iridescent' ,'Waiting For The End' and much more. video klip 3 lagu nie memang kreatif dan idea yang ditampilkan memang berlainan dari klip-klip video mereka yang sebelum ini. hasil idea dan usaha daripada seluruh ahli LP terutama Mike dan Joe Hahn.

Minutes To Midnight Cover

8-Bit Rebellion cover album

Kalau konsert camni pon da penuh tempat, memang cukup top band nie
A Thousand Suns cover album
 tu je la yang aku dapt cer kat korang.klu nak tulis lagi panjang lah. nanti kang ade yang menyesal bace. kalau de mase lagi nanti aku post pulak pasal member LP nie. one by one. Adios!


p/s: terpanjang dalam sejarah.