Puasa la sok. peh, aneh gak la rse. mcm x lme tinggalkan bulan yg best nie. ye la, bulan camni la yang org pling ramai kejar pahala. ramai yang mintak nak lagi rasa Ramadhan utk tahun depan. dan memang ramai gak anak-anak muda yang rasa nak men mercun. nanti terpampang la kat dada-dada akhbar tragedi bulan puasa. ni sebab budak-budak salah konsep bulan puasa lah. tak patot betul. nanti ada la yang solat terawih 8 raka'at, 21 raka'at syap witir. ada gak nanti pakcik-pakcik akan lepak warung pas solat tuh (aku cakap sebab aku pna nmpk). haha, macam-macam gelagat la senang citer time2 bulan puasa nie.
Kalau nak citer pasal gelagat nie, tak yah pergi jauh-jauh la. tengok yang paling dekat, juadah berbuka. puasa berapa jam je. ade la lalu waktu subuh sampai maghrib. tapi nanti kalau nak buka tengok makanan atas meja. fuh, kalau meja tu ley jadi dua tingkat, memang penuh dua-dua tingkat tuh. nie pon satu gak, salah konsep. orang makan sebab nak isi perut yang kosong utk membolehkan wat ibadah solat yang lepas buka tu. nie tidak. syap qada' sarapan ngan lunch campur dinner sebab time dinner nak pergi masjid. perangai nie aku tak tau la sape yang buat tapi aku harap-harap tak berlaku la kat penulis nie sendiri.
Ade gak kalau kita lihat nanti, mungkin akan berlaku. de yang tak nak puasa. g kedai cina mintak nasi itik. haha. orang yang camni aku tak tau la nak cakap apa cuma satu je la nak cakap. puasa sebulan bukannya tak kasi makan langsung. lepas masuk waktu buka kan ley makan. ke silap tengok jam. dengar azan terus makan walhal baru masuk zohor. kalau kantoi gitu-gitu ngan orang bese tak pe. nie kalau kantoi ngan JAIS ke, lagi malu. tapi top gak la sebab dapat masuk surat khabar. front page lagi. da la kene tangkap, nek van jenazah lagi. kuang3. ape la nasib badan mereka tuh. len kali puase je lah. bukannya tak ley makan dalam masa sebulan pon kan...
Ni pon aku bese gak tengok time duduk umah lame dulu. gumpal duit, bakar baling dan meletup, boommm!! terkejut jiran sebelah menyebelah. duduk kat bandar dah tak dengar camtu lagi. mungkin sebab budak bandar tak berani nak kacau jiran-jiran tetangga. ingat lagi dulu time men meriam. peh, kalau sini berdentum, selang sepuluh rumah pon meletup gak. gila-gila. dulu sepupu aku men la meriam besi. paip besi mane nta ayah aku balon pastu gi buat meriam. mula-mula memang la ayah aku ngan pakcik aku yang men. last-last kitorang yang men. aku memang ngaku la. aku tak bakar dan aku tak masukkan karbait dalam meriam tu. almaklumlah, pengecut sikit dalam bab-bab yang ley mendatangkan kecacatan nie. ade gak budak-budak len yang main meriam tanah, meriam tin dan macam-macam lah. buluh je yang da lame giler aku tak dengar orang main. mungkin saiz buluh yang berpatutan tak de kowt. bab mercun tak yah citer, mercun bola satu paket besar habis gak la dalam seminggu baling kat jalan. nak baling tu tengok kiri kanan la an. kang ngah baling ade orang lalu mati kitorang kene pukul nanti. thunder clap la. mercun padi. mercun telur. memang tak de la pengalaman camtu kat kawasan bandar nie. kalau ade pon susa nak jumpa part mne yang diorang men tuh.
Last sekali, yang nie aku bese jumpa bile dah nak abis puasa. orang bagi-bagi makanan kat jiran-jiran. aku lupe ape ayat jawa dia. tapi lantak la. part nie la yang biasanya aku busy sikit. ya la, kene tolong macam-macam sampai kalau ada kerja sekolah pon aku abaikan habis-habisan. lantaklah ape nak jadi ngan kerja tuh. pastu kena hantar g rumah orang. besenye yang aku ngan ayah aku kenal je la. yang aku tak kenal, tengok je la lauk ape yang aku hantar ye. lain rasanye bile ade aktiviti camnni. sekurang-kurangnya tak de la aku tido je petang-petang an.
Aku tak yakin aku ley jumpa suasana camni lagi selagi aku duduk kat bandar. nak kata rindu rumah lama, da berduit dan kawin agaknya baru la aku rasa nak patah balik ke tempat aku dibesarkan. tempat aku eksiden dulu-dulu. tempat aku men parit dekat kawasan belakang kampung. ape lagi, merempit nek basikal. haha. so utk tahun kedua puasa dekat bandar nie, aku kene la cube utk jadi cam kat kampung dulu. tapi bukannya letupkan meriam tuh. kang marah jiran-jiran kang. Ramadhan nie pon dengan orang baru an dalam famili so mungkin de kelainan utk Ramadhan kali nie. Ramadhan menjanjikan 1001 kebaikan kepada kita dan bergantung kepada kita sama ada mahu merebutnya ataupun biarkan sahaja ia berlalu sebagai bulan yang melaparkan kita. akhir kata, jadikanlah Ramadhan nie sebgai bulan utk menambahkan pahala kita. begitu juga dengan bulan-bulan lain. jadikan la Ramadhan kali nie sebagai batu loncatan utk kita berubah kepada yang lebih baik pada masa akan datang.
bagus la ayt hang,,leh jd ustaz ni
ReplyDelete